Friday, November 19, 2010
Ulasan: MILEY CYRUS Can't Be Tamed CD
Fenomena tween. Satu masalah institusi jika tidakpun masalah masyarakat. Fenomena dimana, remaja yang sepatutnya masih keanak-anakkan, didewasakan. Jika tanpa paksa, mungkin tidak mengapa kerana itu adalah proses fitrah. Tetapi jika dipaksa, ini menyedihkan. Tambah lagi jika ia dipaksa semata-mata untuk menyuburkan sistem kapitalisme.
Ya, aku sedar. Aku sedang mengulas produk kapitalisme ini.
Mungkin ada kemaafan jika dibilang umur sebenar Miley tahun ini. 18 tahun. Tetapi kita akan mula mencaci kerana yang menjadi audiens album ini adalah tween di kalangan remaja berumur antara 14-16 tahun.
Apa yang hendak diluahkan oleh Miley ialah umur sudah 18 tahun maka ini adalah titik tolak untuk memberontak. Tiada masalah dengan memberontak. Memberontaklah tentang ketidakadilan sistem kapitalisme. Ataupun tentang keadaan bumi yang semakin huru hara. Ataupun sistem politik dan ekonomi yang korup.
Memberontak untuk memakai pakaian yang lebih sendat dan singkat? Memberontak mahu buat apa saja? Pedulikan dengan mak bapak!
Namun difikirkan kembali, apa yang boleh difikirkan oleh dia yang berumur 18 tahun, ye tak?
Tolak lagu-lagu yang dikatakan memberontak seperti Liberty Walk dan Can't Be Tamed, bolehlah dikatakan Miley adalah seperti remaja lainnya. Keliru dan pening dengan keadaan biologi diri. Hairan dengan perangai orang lain. Tidak faham dengan ketentuan.
Malah, saya dapati lagu-lagu seperti Stay, Forgiveness and Love dan My Heart Beats For Love adalah lagu yang sesuai untuk remaja pada umur sebegini. Bermelodi mudah untuk sing-a-long.
Kenapa elemen seksual yang diketengahkan pada kulit mukanya sedangkan majoriti lagu di dalamnya tidak begitu?
Sex sells, of course. Tak pasti samada abang-abang umur 30an ada yang membeli album ini kerana kulit muka albumnya.
Track listing:
1. Liberty Walk
2. Who Owns My Heart
3. Can’t Be Tamed
4. Every Rose Has Its Thorn
5. Two More Lonely People
6. Forgiveness and Love
7. Permanent December
8. Stay
9. Scars
10. Take Me Along
11. Robot
12. My Heart Beats for Love
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
anak pompuan aku minat sangat minah ni...
ReplyDeleteko takder terpikir nak hadiahkan kat aku ker?...maklum la abang2 umur 30an memang tak beli cd ni walaupun sex sells...heheh...
miley cyrus, ikon remaja masa kini..hahaha
ReplyDeletemakin seksi pulak dia nih..