Saturday, November 13, 2010

Ulasan: KATE NASH My Best Friend Is You CD

Macam pernah aku dengar suara sebegini.

Suaranya mengada-ngada, manja, bergetar dengan pelat British yang pekat. Macam siapa ye? Aku tak boleh nak pin-point. Dolores dari The Cranberries mungkin?

Ini adalah album kedua selepas kejayaan album pertamanya, Made of Bricks yang telah menduduki tangga no 1 dalam carta UK. Nampaknya album ini sekadar mendapat tempat di tangga ke-8 saja kali ini.

Dengan umur yang baru berumur 23 tahun ini, bolehlah dikatakan lagu-lagu di dalam album ini lebih ditujukan kepada mereka yang berada di peringkat remaja. Muziknya? Pop yang quirky.

Muzik Kate Nash berlandaskan semangat muda, mencorakkan lonjakan kedua-dua kaki ke udara untuk menjiwai sepenuhnya. Bayangan kecenderungan untuk memakai pakaian 60an dengan skirt mengerbang dengan paten polka dot.

Visual pendengaran yang aku jelaskan di perenggan di atas boleh didengar melalui lagu hits beliau Do-Wah-Doo; juga di dalam lagu Kiss That Grrrl dan Paris.

Sedangkan lagu Take Me To Higher Plane dan I've Got A Secret,  lebih bersifat punk-geram selayaknya untuk remaja dalam usia sebegini.

Mansion Song pula adalah bebelan beliau (yang bukan lagu) dengan carutan demi carutan yang merisaukan mana-mana ibubapa. Dalam keadaan masyarakat Barat yang sudah memang begitu, kerisauan itu mungkin agak minimal jika dibandingkan dengan kita.

Variasi lagu dalam album ini memang luas. Ini membuatkan album ini agak fleksibel. Jika anda meminati lagu dengan pelat British yang tebal dan suara gadis yang gedik, mungkin ini album untuk anda.


1.     "Paris"       3:04
2.     "Kiss That Grrrl"       3:41
3.     "Don't You Want to Share the Guilt?"       5:05
4.     "I Just Love You More"       3:05
5.     "Do-Wah-Doo"       2:32
6.     "Take Me to a Higher Plane"       3:20
7.     "I've Got a Secret"       2:39
8.     "Mansion Song"       3:22
9.     "Early Christmas Present"       3:08
10.     "Later On"       3:34
11.     "Pickpocket"       3:21
12.     "You Were So Far Away"       3:26
13.     "I Hate Seagulls" (Silence From 4:13 until 7:11 – then hidden track begins: "My Best Friend Is You")     8:50





-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

3 comments:

  1. cover album dia lawa.

    sape punya kerja lah tu ye abang ben?

    ReplyDelete
  2. Silkscreen oleh Kate Gibb (Big Active)

    ReplyDelete
  3. arigato ne abang ben!!

    ReplyDelete