Saturday, November 06, 2010

Ulasan: HELLOWEEN If I Could Fly CD


If I Could Fly merupakan single untuk album The Dark Ride. Ada dua jenis rilisan untuk single CD ini, German dan Jepun. Aku memiliki yang German punya.

Lagu If I Could Fly sendiri dikatakan menjadi salah satu lagu paling popular Helloween. Kalau anda sendiri mendengarnya, memang tidak boleh dinafikan. Ianya ada cap mohor Helloween; Power Metal bermelodi dengan hook dan riffs yang mencengkam. Bukanlah lagu yang pantas dan agresif tetapi lebih kepada suasana beremosi sesuai dengan tajuknya. Liriknya pun berkenaan dengan pencarian diri.

Gitar solo oleh Grapow pun best. Dalam video klip Grapow menggunakan GIBSON Flying V dan Weikath menggunakan GIBSON Les Paul. Selalunya Grapow dengan FENDER Strat dan Weikath dengan GIBSON Flying V (kadang-kadang Les Paul). Grapow tukar selera agaknya.

1.     "If I Could Fly" (Single Version)     Deris     Deris     3:30
Versi single yang dipendekkan untuk siaran radio dan promo.

2.     "Deliver Us From Temptation"       Grosskopf     Grosskopf, Weikath     4:53


Sebuah lagu dari album The Dark Ride tetapi hanya boleh didapati dari rilisan Jepun sahaja. Rilisan standard, memang tak jumpa lagu ni. Lagu laju dan agresif yang mengingatkan kita kepada Helloween zaman Kai Hansen. Solo pun shred berasap!

3.     "If I Could Fly" (Extended Album Version)     Deris     Deris 4:53
Versi album yang lebih panjang untuk merealisasikan suasana emosi lagu ini.



No comments:

Post a Comment