Sunday, November 14, 2010

Ulasan: ANDREW LLOYD WEBBER Love Never Dies CD

Kehebatan drama muzikal Phantom of the Opera memang tidak boleh dinafikan lagi. Asalnya ia adalah sebuah novel yang siap ditulis pada tahun 1910 oleh penulis Perancis. Malah peminat Metal sendiri pun dikenalkan oleh IRON MAIDEN melalui lagu bertajuk yang sama di dalam album pertama mereka. Dalam hal ini, IRON MAIDEN menang kerana lagu ini ditulis pada tahun 1980 sedangkan muzikal Andrew Llyod Webber ini ditulis pada tahun 1986.

Kejayaan muzikal Phantom Of The Opera membawa kepada sambungannya di dalam Love Never Dies yang ditayangkan kepada umum beberapa bulan lepas.

Untuk menghargai album ini, anda perlu menjadi peminat teater dahulu. Kerana pada teaterlah adanya ikatan pertalian. Jika tanpanya, kita akan sedikit hilang di dalam kesibukan muzik dan seksyen yang memenuhi album 2-CD ini.

Lagu-lagunya cuba membawa kita berada ke dalam ruang duduk penonton. Kita dapat merasakan seolah-olah memang benar teater itu bermain di dalam fikiran.

Namun bayangan itu sekadar bayangan tanpa kesinambungan kerana kita tidak mengetahui jalan ceritanya yang sebenar. Oleh sebab itu, sangat penting untuk teater ini ditonton dahulu. Atau sekurang-kurangnya, kita mengetahui sinopsis cerita ini.





-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

No comments:

Post a Comment