Switchblade adalah satu restoran franchise yang baru dibuka di Kuala Lumpur (tak sampai setahun).
Ownernya, Amat, dahulu geng lepak Restoran Ramzan Central Market KL, di zaman kegemilangan Black Metal Norway. Sekarang beliau bukan saja seorang usahawan restoran, bahkan peminat Ustaz Azhar Idrus yang tegar.
Isterinya adalah seorang penyanyi kontemporari yang berbakat besar.
Aku mendapat peluang untuk menjamu selera di restoran ini.
Konsepnya agak berbeza dari restoran yang lain. Emmm... Mungkin aku tak sepatutnya menggunakan terma restoran kerana asal kedai ini adalah kedai pakaian! Tetapi pada masa yang sama, ia juga adalah tempat makan. Jadi apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya?
Switchblade adalah jenama pakaian yang boleh dikatakan ada iras dengan jenama Billabong (Australia). Yang bezanya, ia memperkenalkan fesyen urban untuk penghuni kota metropolitan. Jenama-jenama yang bernaung di bawah Switchblade adalah
1. LIQUORBRAND™
2. KOZUMIKKU™
3. HOTRODHELLCAT™
4. SIX BUNNIES™
5. SB KIDS
Yang mencakupi kesemua peringkat umur (umur 50 ke atas ada tak?). Termasuklah fesyen lingerie.
Apapun, menjau selera di sini memang memuaskan dengan menu masakan Barat yang disediakan oleh Chef Hanif dan Chef Saad.
Selain dari makanan dan pakaian, Switchblade juga mengadakan persembahan live muzik alternatif pada malam tertentu. Jadi sekarang, anda sudah ada kesemuanya. All in one.
Gaya lukisan urban
Kombinasi restoran dan kedai fesyen
Fesyen untuk bayi pun ada!
Ehem... lingerie?
Dah lupa apa ke nama ntah... itu adalah ketulan ayam diletak di atas mashed potato
Meleleh kan?
Ni pula, fish & chips... tak meleleh juga? (otak anda memang tak betul)
Maklumat lanjut:
http://www.switchblade-kl.com/ (website takde info tapi link ke facebooknya lebih bermanfaat)
SwitchBlade Kuala Lumpur
A2-G1-07, Solaris Dutamas No.1,
Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
(T:+603.6207.9894)
time kasih encik sam..
ReplyDeleteAmat Tokey Kambing
ReplyDeletedah try Switchblade Ice Cream? Hehehhe...
Mintak sticket tak abang Ben? Sticker switchblade tu cun.
aik, gambar lama ker baru ni Abang Ben? Mana hilang semua Basikal?
ReplyDeletespeedrider,
ReplyDeletegambar lama... rebiu keluar lambat hehehe
something different la tempat makan ni
ReplyDeleteKeta owner cun ooo... Chevrolet Impala klu x silap aku, yang tu memang meleleh..
ReplyDeletemcmne dgn harga makanan kt sini?
ReplyDeleteHi En. Krenmaut,
ReplyDeleteTerima kasih di atas penulisan anda. Harap maklum bahawa Switchblade™ Kuala Lumpur dimiliki sepenuhnya oleh Initium Sdn Bhd iaitu kepunyaan En. Asep Ahmad Sastrawidjaja dan En. Azry Aziz.
Terima kasih.