Tuesday, November 16, 2010

Prebiu album terbaru AGALLOCH - Marrow Of The Spirit

Album Ashes Against The Grain (rebiu DI SINI) sangat berhantu. Ia menarik-narik perasaan kita untuk turut sama tenggelam bersama mood lagu yang dimainkan. Kita seolah-olah dibawa ke alam lain. Perasaan dikawal oleh setiap note yang dimainkan. Kita jadi ralit.

Namun AGALLOCH bukanlah konsisten sepenuhnya.The White EP agak membosankan disebabkan oleh produksi akustik. Mungkin juga aku yang tersalah pilih. Ada 4 buah EP yang dirilis dan cuma The White saja yang didengar.

AGALLOCH sekarang ini dalam proses merilis album ke-4 mereka, selepas Ashes Against The Grain. Menampilkan drummer baru dari kumpulan LUDICRA, Aesop Dekker juga beberapa pemuzik lain yang memainkan instrumen cello contohnya.

Keseluruhan album ini boleh didengar secara streaming DI SINI. Atas kesuntukan masa, aku tidak dapat mendengar keseluruhan album sepenuhnya. Nampak gaya, elemen berhantu masih dikekalkan. Dimulakan dengan sebuah lagu yang diketuai oleh bunyian cello yang kemudiannya disambung dengan lagu yang panjangnya 12 minit.

Mungkin kena dengar duduk dengan betul-betul sepertimana aku melayan album AGALLOCH yang terdahulu kerana itulah caranya yang paling betul.

Apa pandangan anda tentang album ini?

"Marrow Of The Spirit" track listing:

01. They Escaped The Weight Of Darkness [3:41]
02. Into The Painted Grey [12:25]
03. The Watcher's Monolith [11:46]
04. Black Lake Nidstang [17:34]
05. Ghosts Of The Midwinter Fires [9:40]
06. To Drown [10:27]

No comments:

Post a Comment