Tuesday, November 02, 2010

Masjid Tanjung Tualang 3 hari daftari (30/10/10-1/11/10)

Masjid Tanjung Tualang terkenal bukan saja kepada orang tempatan kawasan Tanjung Tualang bahkan kepada Muslim dan Muslimat yang menggunakan jalan Batu Gajah ke Kampung Gajah dan Teluk Intan.

Ia merupakan sebuah masjid yang selalu digunakan oleh pengguna jalanraya untuk singgah solat.

Alhamdulillah dalam ke'slack'an aku dalam usaha agama ini, Allah s.w.t. masih pilih aku untuk meniru-niru pengorbanan Sahabat r.a. yang tiada bandingnya itu.

Aku bersama 2 orang rakyat Tronoh (pensyarah dan bisnesman) dengan seorang orang baru (pangkat Abang) dan seorang rakyat tempatan pra-lagenda (lagenda kena mati dulu kan?), Haji Tahir bersama-sama berkumpul di masjid ini selama 3 hari untuk buat usaha agama tempatan.

Jemaah yang lemah ini hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dipermudahkan kerja-kerja yang dibentangkan kerana kami terkesan dengan suasana.

Lagipun aku dan seorang lagi daftari meninggalkan amir sab dan dua makmur je hari ini.
"Seseorang yang hidupnya mewah, selesa tanpa ada sedikitpun kesusahan di dunia selama 70 tahun di dunia ini, apabila Allah s.w.t. masukkan dia ke dalam neraka selama 1 SAAT saja, maka lupalah akan dia segala nikmat yang pernah dikecapinya di dunia dahulu.


Seseorang yang lain yang hidupnya sengsara, susah dan tiada nikmat di dunia selama 70 tahun, apabila Allah s.w.t. masukkan dia ke dalam syurga selama 1 SAAT sahaja, maka lupalah akan dia segala kesengsaraan yang pernah dikecapinya di dunia dahulu.

Sesungguhnya dunia ini sementara dan pendek. Akhirat saja yang kekal abadi." Bayan maghrib malam tadi.
Semalamnya, dari pagi hingga Asar, seorang student Arab Madinah telah join kami selama sehari dan kami mendapat karguzari (laporan) yang tak pernah didengar selama ini tentang Arab Saudi. Biarlah ianya menjadi simpanan kami saja buat masa ini. Beliau ada azam untuk keluar lagi untuk mempelajari usaha Tok Nenek beliau ini.






---------------------

Malam Sabtu, oleh kerana kekurangan kakitangan dalam jemaah, kami buat keputusan untuk iktikaf di markaz Ipoh, yang mana malam itu juga malam yang spesel kerana adanya jemaah Pakistan yang mengumpul (sedaya upaya mereka), rakyat Pakistan yang menetap di sekitar Ipoh untuk diberi nasihat atas agama.

Yang keduanya Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah bersama dengan jemaah malam tersebut untuk mengambil manfaat dari bayan Maulana Hasnool (Masjid Seri Petaling). Beliau kemudiannya memberikan ucapan ringkas menyetujui apa yang disarankan oleh Maulana tentang kepentingan dakwah. Kata beliau:
"Dulu orang kata, if you want to see the world, join the Navy. Sekarang, if you want to see the world, join the Tabligh"

Kami kenduri makan 2 ekor lembu malam tu. Burp!

------
Hj Tahir adalah seorang yang telah lama buat usaha agama ini semenjak beliau pencen askar tahun 1982. Sebaik pencen beliau keluar 4 bulan ke India, Pakistan & Bangladesh untuk mempelajari bagaimana ianya dilakukan. Alhamdulillah, semenjak dari itu beliau sangat istiqomah.

Beliau telah menjelajah ke Eropah antaranya UK, Sweden, Holland etc dalam beberapa siri keluar 4 bulan beliau.

Antara yang menarik, beliau teringat bagaimana beliau mantasykil Saadon (sekarang jemaah tasykil Ipoh - dahulu di Seri Petaling) untuk keluar ketika Saadon masih buat undergraduate degree di UK.

Tentu sejuk hati melihat orang yang ditasykil atas asbab kita, sekarang menjadi orang strong dalam usaha agama, kan?

Sekarang, Hj Tahir agak uzur. Tangan sebelah kanan kurang berfungsi dan menyebabkan beliau sukar untuk memandu. Melainkan jika ada orang yang menjemputnya dari rumah untuk keluar 3 hari, gash dan khususi.


Tapi apabila melihat wajahnya, kita akan dapat merasai korban yang pernah dilakukannya sebelum ini. Bila compare dengan sendiri - rasa kecik macam hama.

-------------
Bayan tangguh dibuat oleh seorang ustaz muda dari Selatan Thailand. Sungguh hormat beliau kepada kami walaupun kami ni carca marba. Bayan beliau sungguh bermakna walaupun pendek dan ringkas. Kata beliau:
"Dalam dunia ini ada dua jenis usaha - 1. Usaha berdasarkan keyakinan mata dan 2. Usaha berdasarkan atas perkhabaran. Usaha 1 itu adalah usaha orang tiada iman sedangkan yang 2 adalah usaha oleh orang yang beriman"
Sungguh dalam! Nanti senang-senang aku huraikan.

Selepas bayan tangguh di Masjis Tanjung Tualang, kami (bertiga orang Tronoh), beriktikaf di Masjid Tronoh selepas dijamu makan malam di rumah En. Azahari (nasi + capati lauk kari, yummy!).

Di Masjid Tronoh, sebelum tidur kami muzakarah tentang kehidupan masing-masing. Kesimpulannya, memang hidup ini penuh dengan pancaroba. Masing-masing dengan masalah masing-masing dan dengan muzakarah itu kami nampaklah sedikit sinar tentang apa yang perlu dilakukan untuk kehidupan masa depan kami, insyaAllah.


4 comments:

  1. salam..
    cite le yop ape yg mamat arab tu bgtau kat mike?x sabor nak mendengornye..
    dengor citenye MB pon bg azam nak kluor,betui ke?

    ReplyDelete
  2. ish terkesan gak aku..

    ReplyDelete
  3. muzakarah tentang kehidupan atau karkuzari pengalaman lepas memang menaikkan jazbah.

    insyaAllah cuti Deepavali saya keluar masthurat 3 hari dengan seorang penyanyi wanita yang amat popular dan beberapa pasangan lain.

    hidayah Allah maha luas.

    ReplyDelete
  4. suka aku baca ni
    menteri kat tempat lain berstatus, dalam mesjid semua orang equal.. no different.

    ReplyDelete