Friday, October 15, 2010

Ulasan: LENA My Cassette Player CD

Impressi (apa punya perkataan ni?) pertama - THE CARDIGANS!

Gaya vokal beliau yang keanak-anakan tetapi merdu dan muzik yang mengada-ngada memberikan hint kepada THE CARDIGANS di zaman album Life. Yang pada pandangan aku, agak menarik sebab dah lama tak dengar muzik sebegini. Suara beliau adalah versi kurang-gemersik Nina Perrson.


Lena mengambil jalan yang sesuai dengan usianya yang tidak mencecah umur 20 lagi pun. Muzik yang berciri remaja tetapi tidak menjual seks (setakat apa yang diperhati dalam CD ini).

Ini memberikan kekuatan kepada beliau disebabkan 'kelainan' ini. Menjadikan kita akan menunggu produk seterusnya. Jika diikuti rentak THE CARDIGANS, jadi lain pula kerana setiap albumnya berbeda.

Lagu-lagunya catchy dan urban dengan instrumen akustik (bukan sampler dan elektronik). Satellite dan My Cassette Player merupakan track yang paling menangkap melodi ke dalam kepala dengan lirik berkisar tentang sifat keremajaan hati. I Like To Bang My Head ada unsur disco dari segi susunan rhythm (bass yang funky) berserta dengan intermission yang begitu afro. My Same dan You Can't Stop Me pula memang betul akustik dengan elemen ska yang lembut. Untuk lagu balada cuma sekadar ada dua iaitu Caterpillar In The Rain dan Mr Curiosity.

Untuk persembahan lagu-lagu dalam CD ini, album ini telah menduduki tangga pertama dalam carta muzik German dan akan sekali lagi mewakili German dalam pertandingan Eurovision 2011 (selepas mewakili pada tahun 2010).

No comments:

Post a Comment