ARADIA tidak pernah merilis album yang proper selain dari album live tersebut. Itu agak pelik. Tetapi memang banyak kepelikan yang ada dalam 'industri' ekstrim Metal tempatan.
ARADIA di dalam kelompok muzik Black Metal tempatan mendapat tempat di hati ini disebabkan merekalah yang berani saya katakan the real deal. All in one package.
Pertamanya, tahap musicianship memang tidak boleh disangkal. Sungguh mantap. Lebih-lebih dalam album ini, segala stroke dan skil yang terpendam diusaikan secara menyeluruh.
Yang keduanya, disebalik teknikaliti dan tahap musicianship yang tinggi, sense of melody mereka juga sangat tajam. Dalam keganasan ada bunganya. Ambil sahaja mana-mana lagu, pastinya sebab pertama dan kedua pasti ada dianyam sekali.
Produksi juga mantap walaupun boleh diperbaiki lagi. Tapi memang begitulah tahap produksi di negara kita, walau sebaik mana pun pasti kita akan rasa semacam satu dua rempah yang tak cukup. Cuma bolehlah dikatakan bahawa, antara yang terbaik, produksi album masuk dalam alumni tersebut.
Untuk mereka yang baru mengenali ARADIA, mereka memainkan muzik Black Metal bermelodi yang banyak condongnya kepada rentak yang dipelopori oleh klan dari Sweden. Muziknya adalah laju pada kebanyakan masa tetapi tidak juga melupakan alunan yang lebih perlahan pada satu dua tempat. Muziknya kompleks dan memerlukan skil yang bukan biasa untuk mendapatkan apa yang dimainkan oleh mereka.
Kekuatan ARADIA terletak pada melodi di dalam ekstrimiti dengan skil permainan instrumen yang boleh tahan dahsyat, sesuatu yang kurang didapati pada band tempatan sekarang ini.
Klik pada poster ini untuk maklumat pembelian
mmg tak di nafikan line up aradia ni terdiri ahli music yang berkebolehan... perghhh...
ReplyDeleteKat mana boleh dapat album ni? Sorry kalau soalan ini tak sepatutnya ditanya.
ReplyDeleteboleh dapatkan album tersebut dari alamat yang tertera di atas (RENASCENT AXIS PRODUCTION).
ReplyDelete