Friday, October 22, 2010
Perkhidmatan kenderaan awam kita apa cerita?
Walaupun badan-badan pengangkutan awam asyik mempromosikan perkhidmatan mereka disamping menjamin khidmat yang terbaik, realitinya tidaklah sebegitu.
Aku pun sudah lama meninggalkan scene perkhidmatan awam ni sejak ada kenderaan sendiri. Dan sebab tidak mahu menggunakan perkhidmatan awam ini disebabkan khidmatnya membuat kita 2-3 kali fikir.
Komplen seorang pengguna komuter di Selangor boleh dibaca DI SINI.
Aku pun boleh bayangkan keadaan beliau. Kesian kepada mereka di Selangor yang menggunakan sistem komuter. Pasti ramai yang boleh kaitkan dengan pengalaman buruk sendiri ketika menaiki komuter ini.
Ditambah pula dengan kemalangan yang melibatkan bas baru-baru ini.
Kejadian sebegini memang menyebabkan majoriti dari kita, kalau boleh, kita akan mengelak menggunakan kenderaan awam.
Pengangkutan awam seperti LRT, komuter, bas, teksi dan sebagainya memang perlu dipantau dengan lebih sistematik kerana inilah salah satu ciri yang menunjukkan negara kita sedang menuju ke arah Negara Maju.
Ikut pengalaman aku di negara maju (Australia), pengangkutan awam memang tip top.
Kalau bas rosak, syarikat bas akan hantar teksi untuk hantar penumpang ke destinasi mereka.
Lambat yang dibenarkan hanya dalam lingkungan 5-10 minit saja. Jika lambat, tindakan denda akan diambil (tak pasti kepada pemandu atas syarikat).
Aku rasa isu pengangkutan awam ini sudah lama dan masih tak selesai.
Soalannya, bila nak selesainya?
aku bersyukur sbb dpt keja kat backwater town mcm bintulu ni... wlupun aku guna kreta sndr tp jln xsibuk, jrg jem (kecuali waktu bdk2 pegi/blk skolah)
ReplyDeletelgpun tmpt keja oke, tadak stress siap bleh jamming lg hehehe...
good observation brader ben..we still have long way to go, tapi percayalah kerajaan memang sedang berusaha keras sekarang..malas citer la pasal plan2 akademik mcm GTP,NKRA,NKEA dll tapi kita citer apa yg akan dibuat..utk makluman, KTMB sedang beli 38 set komuter (6 gerabak, sekarang cuma 3 gerabak) yang akan sampai berperingkat2 dalam tempoh 2 tahun. dengan adanya lebih set komuter otomatik headway(bil tren atas landasan) akan bertambah secara drastik.
ReplyDeleteUtk pengetahuan, sekarang KTMB run cuma 24-25 set ajer sbb banyak jugak yang rosak..selain beli baru, sekarang KTMB sedang refurbished 15 set lama dan menghidupkan balik 8 set mati (deadset).semua ni akan berlaku dalam 2 tahun. jadi harapan abg ben sebenarnya sedang dimakbulkan Allah.
kami sentiasa memikirkannya sampai kadang2 terpaksa tinggal nikmat dunia hehe..tapi kami insaf sebab memang dibayar utk itu :)
hamid albar nyer statement on public transport tuh mmg lawak bangang abes
ReplyDeleteaku belajar kat bandar penawar, nun selatan kota tinggi tuh. tempat aku ni ala pekan cowboy baru nak up, dengan penubuhan institusi pengajian seperti kolej profesional mara, IKBN, kolej komuniti...dan saban tahun banyak pelajar datang mununtut di sini. tetapi masalahnya ialah pengangkutan awam seperti bus amatlah terhad. untuk pergi ke kota tinggi sahaja (sejauh 50km),kami terpaksa berhimpit lebih dari ikan sardin di dalam tin.aduan dan cadangan sudah di buat tetapi.....hampeh dan haram
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekalau nak kata saya pengguna perkhidmatan awam tegar, mungkin juga agaknya. saya start naik bus dan lrt sejak tahun 1997, sampai la sekarang. nak beli kereta memang tak mampu, maklum saja duduk kat kl ni kalau gaji kecik toksah nak berangan kata org. apatah lagi dengan status student cum part time working ni..aderh..berapa sen sangat la yg boleh spend..
saya memang dah lama stop naik komuter ni..kalau naik pun sbb terpaksa...memang saya tak prefer..sebab memang betul apa yang pengguna komuter tu komplen. berebut-rebut, bertolak-tolak, sampai kena tunggu 2-3 koc komuter lalu baru boleh naik tren. ada koc wanita pun yang lelaki pun sibuk2 juga nak naik (especially bangla ngan mat indon siap leh duduk lagi nampak pompuan pregnant pun tak mau bagi duduk). pak menteri memang tak rasa sebab dia naik beemer atau merc..minyak pun tuang foc je.. lepas tu siap boleh komen lagi macam macam..aduhai naik emo lak dengar statement diorang ni.
tapi apa apapun pertanyaan mutlak saya: mampu ke menteri2 kita nak ke opis naik lrt/komuter pepagi??
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIanya akan selesai insyaAllah jika PAS dan pakatan memerintah Malaysia.
ReplyDeletegreat post mm.
ReplyDeleteand happy belated anniversary to both of you.