Pada ruangan user-profile, pada ayat paling hujung, ditulis:
Kalau minat dengan satu band, beli ORIGINAL! Apa cerita beb, kata support tapi beli pirate!
Ini seolah-olah sudah menjadi tagline KRENMAUT kerana sejak dari awal lagi ayat ini telah tersemat. Atas dasar ini jugalah, untuk sesuatu bahan direbiu (CD atau DVD), KRENMAUT berkeras untuk merebiu apabila CD/DVD itu ada di dalam tangan.
Dengan lain perkataan, tiada rebiu dari hasil download. Tak kira betapa pentingnya CD/DVD itu dalam scene Metal.
Cuma dalam beberapa keadaan, seperti untuk memperkenalkan band baru yang berpotensi, KRENMAUT akan merebiu band tersebut berdasarkan kepada lagu yang disebarkan melalui myspace dan sebagainya.
Lanjutan dari itu, KRENMAUT juga tidak bersekongkol dengan laman yang berbentuk laman download. Pada link-page kami, anda tidak akan mendapatinya.
Oleh kerana ada beberapa pihak yang kurang faham atas pendirian ini, maka perlu juga diterangkan dengan lebih jelas. Dan ini mungkin akan membawa kepada beberapa siri jika soalan berkaitan ditanya lagi.
Pendirian khas KRENMAUT ini hanya pada hal yang berkaitan dengan muzik Metal saja. Hal lain - kena cerita lain.
Jadi, adakah KRENMAUT tidak pernah mendownload?
Sudah tentu pernah!
Kenapa?
Kerana pendirian KRENMAUT ialah seperti yang tertera pada tagline tersebut. Mungkin perlu diulangi dan mungkin perlu dibesarkan di bawah:
Kalau minat dengan satu band, beli ORIGINAL! Apa cerita beb, kata support tapi beli pirate!
Jelasnya (obviously), dalam lambakan ribuan (jutaan) rilisan Metal seluruh dunia, untuk mencari sesuatu yang kita minat, sudah tentu kita perlu mendengar sample. Majoriti akan bersetuju - tak guna beli/korban duit untuk sesuatu yang kita dengar dan kita tak minat.
Zaman sekarang bukan macam 20 tahun dahulu. Dahulu pilihan tak banyak. Namun pilihan yang tak banyak itulah pilihan yang terbaik. Jarang kita menyesal beli album zaman tu, kan?
Sekarang lain.
Oleh itu, kita download dan dengar. Bila rasa minat, kita beli.
KRENMAUT tidak berhajat nak menyimpan semua hasil download tersebut sebagai koleksi sebab - what's the point? Simpan benda yang kita tak minat. Menyemak je! Jadi, lepas dengar, tak minat - delete.
Yang kemudiannya kita sampai kepada pointnya:-
Kita kata kita minat satu band. Kita sembang pasal band itu. Kita follow setiap perkembangan band itu. Dan dalam kepala kita ni ada macam portal khas tentang band itu - kalau buat exam bertulis mengenai band tersebut kita akan score dengan cemerlang. Orang sekeliling pun tau yang kita ini memang peminat band tersebut.
TAPI...
TAK BELI CD BAND TU PUN!!!
APA CERITA BANG???
Tak cukup duit? Hahahaha... ye la tu. Gaji kau cukup-cukup nak hidup. Beli CD sekeping kira terpaksa berlapar 2-3 hari. Macam tu kalu, kira dimaafkan la dan kita doakan semoga insyaAllah satu hari rezeki beliau ditambah.
Tapi kalau tak...
HAHAHAHA....
Aku ulang balik, untuk fahamkan:
Kalau minat dengan satu band, beli ORIGINAL! Apa cerita beb, kata support tapi beli pirate!
Kalau minat dengan satu band, beli ORIGINAL! Apa cerita beb, kata support tapi beli pirate!
ReplyDeleteGua setuju! Btw gua baru terima CD Slash dengan autograph sekali... hahaha sure lu pun ada sebab lu siap interview lagi...
nanti aku tanya pasal t-shirt limited edition tu.. lupa plak masa tu..
kat opis aku skrg tgh demam lagu2 maher zain, hmpr setiap seksyen berkumandang mp3 maher zain
ReplyDeletetp bila ditanya ada siapa2 beli cd ori maher zain... semua senyap
sama mcm zmn yuna dulu...
salams
ReplyDeleteaku hidup dalam kelompok yang lebih suka download dari membeli.
Pemikiran aku ketika itu
"Robin Hood moden lah.kita beri kemudahan pada yang tak mampu"
kini,
Alhamdullilah, Tuhan beri aku kerjaya yang bagus dan kemampuan membeli (bukan semuanya..tapi boleh lah jika berusaha kuat).
Terasa kepuasan sebenar!
Sepuluh tahun dahulu, terdetik juga cara bersalah bila ada rakan sanggup gadai motor semata-mata mahu bikin album demo.
"Takkan aku pula senang nak dub free jer kaset dia?"
Sekarang, sedikit demi sedikit aku beli yang original.bagi yang tiada dipasaran, aku dengar melalui youtube sahaja...atau live bootleg sahaja (salah?)
kahkah kah...marah diorg Ben!
ReplyDeleteKalau minat dengan satu band, beli ORIGINAL! Apa cerita beb, kata support tapi beli pirate!
ReplyDeleteaku pun stuju!!! kah3!!!
dwload, kalau best kita beli original, itu pun kalau ada dipasaran lah.. bukan senang nak cari ori beb. major label senang lah (iron maiden contoh nya), kalau Church of Misery???!!!
aku sokong...
ReplyDeletetengok apa dah jadi rock melayu sebagai contoh.
aku pun download, tapi low profile la, and aku takkan bilang orang hehe.
yeahh! setuju sangat!
ReplyDeletebila beli, dapat pegang, dapat simpan, bikin koleksi.
benda nampak depan mata.
dulu zaman kaset, gua beli ori,simpan duit belanja sekolah, dengar pakai kaset player.
sekarang kaset player dah hancur, nak dengar tak bole, cari versi cd tak dapat (sebab dah takde jual), gua cari mp3, download, pasang dalam kereta.
kaset dia gua simpan. sampai sekarang.
kenangan tu!
aku download... kira untuk pre-listening.. kalau tak best aku remove.. kalau aku suka.. aku beli CD dia.. Scale The Summit 2 CD dia aku ada...direct with guitarist dia.. kalau Paradise Lost and Katatonia also Anathema.. yeah mesti beli.. kalau tidak, aku rasa mcm bagus gantung diri...
ReplyDeleteRamai juga mendownload.. kaya and banyak duit but download lagu.. huhhu tapi beli benda haram jadah dadah semua ada duit..huuhu