Sunday, October 10, 2010

NASH di Green Concert, Universiti Teknologi PETRONAS 5/10/2010



Persoalan - masihkah Nash bersama dengan Lefthanded kerana flyer menunjukkan seolah-olah beliau masih bersama Lefthanded?

Aku bersama family dapat tiket free ihsan dari rakan sepejabat sehari sebelumnya. Tiket free - apalagi?

Green Concert ini adalah event UTP yang bertujuan untuk mempromosi tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Konsert start 8pm. Aku sampai selepas selesai solat Isya. Mungkin sebuah persembahan dari band student UTP yang aku tertinggal.

Aku sempat menonton persembahan Threnody dan Morven, dua band student UTP. Threnody dengan indie pop elektrik sedangkan Morven lebih heavy. Aku rasa kedua-duanya ada talent tapi vokalis Threnody ada stage presence yang lebih.

Yang menarik ialah penonton dari kalangan students memberikan sorakan yang hebat kepada kedua-duanya. Ini tanda presence kedua-dua band dihargai oleh geng student sendiri. Ini satu tanda yang positif.

Grup nasyid UTP pun naik stage sekali setelah diundang Marven. Sound mix gagal.

*aku gelihati melihatkan sorakan dari student wanita apabila grup nasyid naik ke atas pentas - pun intended*

Kegagalan sound mix bukan gagal pada slot Marven dan nasyid saja tapi secara KESELURUHANNYA! Bunyi humming sangat kuat keluar dari speaker yang aku suspek sumbernya dari mikrofon. Ia menyebabkan bunyi bercelaru dan terpaksa dikuatkan untuk 'melawan' bunyi humming tadi.

Untuk konsert selepas ini, tolong cari punca masalah dan selesaikan. Malang sekali, stage yang bagus dan sound system yang bagus dihancurkan dengan bunyi humming yang memeningkan.

Nash muncul dari pintu masuk dewan diiringi dengan sorakan penonton yang membingitkan. Sorakan juga kedengaran dari ruang family - tentunya terkesan dengan nostalgia lama. Manakan tidak, lagu pertamanya Debunga Wangi. Aku sendiri pasti tak lupa, pengalaman mendengar lagu tersebut ketika membeli kaset Battle Of The Bands terbitan Warnada, puluhan tahun lalu! Ianya adalah satu lagu ballad yang paling menyerlah dalam kompilasi tersebut.

Nash berpakaian kemas sesuai dengan konsert sebegini. Walaupun seorang saja di pentas - diiringi minus one - tetapi stage presence beliau mencorak respons dari penonton.

Tiga lagu seterusnya adalah Tiada Lagi Kidungmu, Ku Di Halaman Rindu dan Pada Wajahmu Syurga disambut dengan sorakan yang hebat. Kedengaran beberapa penonton yang menjeritkan lagu Seruan tetapi di bolayan oleh Nash.

Bayangkan Nash menyanyikan Seruan dan Keadilan? Mungkin kurang sesuai - unless aku bermain gitar dan menjadi band undangan malam itu hahaha...

Kesimpulannya, konsert menarik. Grup Tronoh Theater Shop menggelikan hati penonton dengan persembahan mime mereka.

Kenyataan rasmi RAKAN MASJID UTP yang melabelkan konsert sebegini sebagai BUDAYA HEDONISM boleh dibaca DI SINI. - In-Saff & Az-Zarriyat dalam konsert hedon? Aku sikit keliru. Aku rasa terma HEDON ini terlampau keras dan tidak patut digunakan sama sekali.

Selesai show... crowd di luar dewan

Nash & the rest... menyanyikan lagu WE ARE THE WORLD

 Nash the greatest

 Morven

 Threnody

7 comments:

  1. Rakan masjid ni tak belajar sejarah..

    ReplyDelete
  2. "Bayangkan Nash menyanyikan Seruan dan Keadilan? Mungkin kurang sesuai - unless aku bermain gitar dan menjadi band undangan malam itu hahaha..."

    bayangkan...

    ReplyDelete
  3. Rasanya Nash masih layak menggunakan nama Lefthanded kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk keluar dari Lefthanded atau disingkirkan dari kumpulan.

    Beliau hanya mengeluarkan kenyataan untuk tidak mahu lagi menyanyi bersama-sama Lefthanded akibat masalah peribadi yang tak sudah2 antara ahli kumpulan.

    Rasanya inilah justifikasinya kot..

    ReplyDelete
  4. Nash one of the greatest singer in my opinion. Aku nyer lagu wajib Pada Syurga Di WajahMu and Tiada Lagi Kidungmu. tangkap lentok...

    kau tak perform ke?

    ReplyDelete
  5. 09 oktober lepas lefthanded main utk konsert born 4 nature di UTHM batu pahat. dah terbukti diorang masih main sama2

    ReplyDelete
  6. FdausAmad,

    Aku pun tak tau sejarah. Cerita la sikit.

    ------------
    Ijau,

    Bila bayangkan tak boleh tidur!

    ------------
    zan,

    thanks!

    -------------
    azuan,

    nanti kita karaoke bersama2 ye...

    -------------
    mozou,

    ye ke? patutnya Nash bawak Lefthanded sekali.

    ReplyDelete
  7. Ckp pasal Nash ni aku teringat citer member aku suatu masa dulu. Terjadi bila Nash jd juruckp utk satu majlis pertunangan.. waktu dia sampai bersama rombongan lelaki.. ada makcik tua dtg bertanya pada Nash.. "awak ni penyanyi kumpulan rock tu kan? Makcik suka lagu2 dia tp x brp suka orgnye"..

    Hmm.. ??

    ReplyDelete