Friday, October 01, 2010

My Selangor Story: Hari 2 - Royal Selangor Visitor Centre - Resort World Genting

My Selangor Story: Hari 2

VOTE FOR KRENMAUT





My Selangor Story: Hari 2 from bentara on Vimeo.
.
Lagu latar: Losfer Words (Big 'Orra) - IRON MAIDEN


“Setan!” Joe mendengus. Joe marahkan dirinya sendiri kerana tidak berjaya menulis walau satu perenggan pun untuk entry aktiviti semalam.

Manakan tidak,tidur pun tak cukup. Aku membiarkan Joe di atas katil memerah otak.

Ketika aku tersedar dari tidur awal pagi tadi, kelihatan Joe sedang bersolat Subuh di hujung katil. Awal dari aku nampaknya.

Tadi kami bersarapan bersama. Nampak selera Joe tiada. Risau sangat dengan entry beliau mungkin. Aku pun risau juga tapi aku ambil buat tak tahu dengan telatah Joe. Aku sekadar memerhati.

“Setannnnn…!!!” jeritan kecil Joe memecah suasana sambil beliau menghentak bontot gelas jus air yang diminumnya ke atas meja. Hanya kami berdua sahaja di ruang makan Hotel Carlton Holiday, Shah Alam pagi itu. Kami awal. Kami sudah menerjah café tersebut 1 minit selepas waktu dijanjikan café itu akan dibuka iaitu 7:01 pagi. Kami terpaksa menunggu sehingga jam 7:10 untuk makanan disediakan di atas kaunter. Itu pun tidak cukup semuanya. Aku mula membayangkan masa hadapan yang kelam di dalam program ini.

“Lipas!” bisik Joe sambil menunjukkan anak lipas yang mati dihentak tadi.

“Nyah kau lagi sekali” Joe menghentak sekali lagi. Joe telah melenyek dua ekor anak lipas. Dan itu terjadi di atas meja kami!

Selepas itu dua kali lagi aku terjumpa anak-anak lipas. Satu di meja dibelakang kami ketika aku bangun untuk mengambil makanan dan kedua di susunan pinggan bersebelahan dengan kawasan roti bakar. Lipas tersebut berlegar-legar di atas pinggan. Mengerikan!

Ketika kami berkumpul sekali untuk memulakan perjalanan, kami diberitahu oleh rakan-rakan yang lain bahawa mereka juga ternampak akan lipas-lipas tersebut. Kali ini di dalam bilik mereka!

“Ini Hotel Lipas namanya!”, Joe memberi cadangan.

++++++

ROYAL SELANGOR VISITOR CENTRE

Syarikat yang dibina pada tahun 1885 ini mempunyai sejarah yang sangat panjang. Tersohor bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kliennya menjangkau 7 benua dan 7 lautan. Mereka adalah pembuat pewter terbesar di dunia. Ini pencapaian yang fabulous!

 "Joe mana? Kami menunggu beliau..."

Bangunan ini cuba menjadi pusat sumber kepada industry pembuatan pewter. Di dalamnya terdapat memorabilia dan khazanah yang menceritakan sejarah bagaimana syarikat ini terbina. Juga mengajar kami tentang cara pembuatan pewter.

Yang paling menarik, walaupun wujudnya teknologi canggih, syarikat ini masih menggunakan kemahiran tangan pekerjanya untuk membuat setiap satu hasil pewter yang dijual. Ini satu kekuatan kerana hasil tangan mempunyai sentuhan tersendiri yang tidak tercapai dengan hasil mesin.

"Dulu nyaris Steven Spielberg nak buat scene-shot kat sini sebab layout yang cantik..." 

Sibuk je brader ni enter frame... Tepi la wei!

"Eh... ada cicak! Ambik gambar pun best ni"

Sori... saya bukan Joe!

Terjemah: "Tiada Esok Bagimu, Joe"

"Saya dah cuba tarik, memang tak boleh..."

"Dua tangan pun tak boleh... tengok ni..."

Di satu ruangan, kami dapat menonton pekerja mencanai dan mengetuk pewter hingga menjadi bentuk yang dikehendaki. Yang akhirnya pada penghujung lawatan kami telah diberi peluang untuk mengetuk sendiri.

School of Hard Knocks or School of Anger Management” kata jurulatih kami.

Memang betul. Bukan saja hendak membentuk pewter kepada bentuk yang dikehendaki itu susah, bahkan aku sendiri terketuk jari sendiri! Rasa macam nak campak je pewter tu.

Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya, kami lepak di café di dalam bangunan yang sama sambil menikmati kopi panas dan kek cheese yang begitu sungguh lazat.

 Rilek bro, praktikal belum start dah naik darah. Anger management bro!
Jangan kacau!

Ini macam bro, kalau nak pahat.

+++++

GENTING HIGHLANDS

Selesai dengan Royal Selangor, kami bergerak ke Genting Highlands. Kami kepenatan sebenarnya. Beberapa minit di dalam bas, aku terus lena. Sedar-sedar sudah sampai di destinasi.

Kali terakhir aku ke Genting Highlands lebih kurang 10 tahun lalu. Aku tak menyangka bahawa Genting Highlands begitu pesat sekali membangun. Ia mempunyai system komuniti yang tersendiri di dalam alam yang tersendiri. 13,000 kakitangan dalam satu kawasan yang kecil menunjukkan betapa pesatnya aktiviti yang berlaku di sini.

Sambutan VVIP dari Resort World Genting - Vice President pun turun padang!
(Gambar diambil menggunakan Pentax Optio I-10)

 Cucuk mata dia!
(Gambar diambil menggunakan Pentax Optio I-10

"Macam ni la Akak karate beruk tu..." jelas Kak Nik kepada Iman.
(Gambar diambil menggunakan Pentax Optio I-10

"Hi... saya dah berpunya..."
(Gambar diambil menggunakan Pentax Optio I-10

Kami mendapat sambut VVIP. Bukan sahaja Naib Presiden, Dato' Anthony Yeo yang hadir, bahkan YB Elizabeth Wong juga sudi makan tengahari bersama kami. Entah kenapa Amelia menyuruh aku duduk satu meja dengan Datuk dan YB.

“Satu persepsi yang salah dalam masyarakat ialah apabila Genting disebut, mereka terus teringat kepada perjudian.” Dato' memulakan bicara.

“Yang sebenarnya, Genting adalah integrated family oriented leisure park.”

Ada benarnya kata beliau. Di Genting, terdapat 60 jenis fun rides dan 500 game simulators. Ditambah dengan 170 pusat makanan tidak termasuk dengan ratusan lagi kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Hotel, pusat konvensyen, auditorium untuk pelbagai jenis persembahan dan kesemuanya ini terletak 6000 kaki dari aras laut menambahkan lagi argument beliau.

Joe kelihatan di meja sebelah. Sibuk mengambil makanan yang tersedia di atas meja dengan kamera kompak Pentax I-10. Aku pun diberi model yang sama. Oh ya, Pentax telah berbesar hati menjadi sponsor kamera kepada kami. Setiap dari kami diberi peluang untuk mencubanya sepanjang tour ini.

 “Kami berharap kamu semua dapat melihat Selangor sebagai destinasi pelancongan yang terbaik di Malaysia,” ujar YB.

Beliau memang nampak komited dalam menjalankan tanggungjawabnya mempromosi Selangor, bukan sahaja di mata pelancong tempatan, bahkan pelancong dari luar. Program My Selangor Story ini adalah salah satu buktinya.

Selepas makan kami diberi tiket percuma untuk masuk ke dalam Themed Parks di sebelah hotel berserta voucher dalam bentuk kad dan mata terkumpul sebanyak 10,000 yang kesemuanya berjumlah RM200.

 Mmmm...

Chak!!!


“Ini sudah bagus!” Joe tersenyum lebar.

“Gua nak belasah yang naik tinggi-tinggi tu!”

Kami menghabiskan waktu petang kami di Themed Park yang di luar bangunan. Themed Park di dalam bangunan pun ada tapi masa memang tak cukup. Untuk menikmati kesemua permainan pada kedua-dua Themed Park, aku agak mengambil masa 5-6 jam kesemuanya.

“Arrgghhhhh….!!!” Jeritan seperti kesakitan kedengaran. Begitu kuat, mengalahkan lain-lain bunyi di dalam Themed Park tersebut. Aku kenal itu suara Joe. Kelihatan Joe sedang menaiki salah satu fun rides yang ekstrim.

“Gua puas bro!” kata Joe ketika kami naik ke hotel sebelum maghrib.

Persembahan Dazzle pada malam itu di auditorium begitu menghiburkan. Kumpulan Dazzle ini terdiri daripada ahli silap mata, mime dan pelbagai lagi. Aku lihat Joe mengekek ketawa sambil berair mata ketika ahli silap mata itu membuat lawak.

Kepenatan, kami pun kembali ke bilik hotel. Semalam kami tidur di Hotel Lipas, malam ini di hotel world class iaitu Hotel First World yang juga merupakan hotel terbesar di dunia dengan bilik tidur berjumlah 6118 buah!

Malam itu juga Amelia membuat perubahan yang melegakan peserta. Kami tidak perlu mengepos blog pada setiap malam tetapi bebas untuk membuat entry sehingga tarikh akhir 4 Oktober.

“Sempoi camni bro… gua nak enjoy puas-puas… balik rumah nanti baru gua start blog,” bisik Joe kepadaku. Aku bersetuju. Mata Joe dah merah menyala akibat tak cukup tidur dan terlebih aktif pada siangnya.

"Abah ni... sempit la..."

"Bang... Wangsa Maju boleh sampai tak?"

 "Gua tengah cari kedai bundle ni bro..." kata Joe.

"Bro, jom naik..." 
Aku karate tengkuk Joe.

I can fly!

 Space 1999 (siapa tahu cerita ni?)

 Sungguh mengerikan - kata Joe

  Bas bukan untuk dijual

 Eh, mana pulak duit syiling gua ni...

SPONSORS:










10 comments:

  1. sempoi.... blog post lain semua lebih kurang... kau nyer lain dari yang lain!

    ReplyDelete
  2. bab "gmbr cicak" ngan "karate beruk" tu aku suka! sakit perut menahan gelak baca kat opis ni :) klu kat rmh kompom aku terbahak2

    ReplyDelete
  3. sempat lagi cucuk mata rimau tu..hak3

    ReplyDelete
  4. Wah, chun blog bro. I like your video, music good also :)

    ReplyDelete
  5. nice abg ben!!!
    yihhaarR!!

    wheres joe??!!kami nk tgk beliau!

    ReplyDelete
  6. Hahaha! Kelalar la u joe. Eh?

    ReplyDelete
  7. Azuan,

    Overdose punya version ni.

    -----------
    Ijau,

    Hahaha... aku menulis sambil tersengih2

    -----------
    Thristhan,

    Thanks man but yours are much better!

    ------------
    pakcik kordi,

    last2 nanti baru reveal!

    ------------
    RunWitMe,

    Got no running today aaa?

    ReplyDelete
  8. fuh! power giler gambar abang ben ngan tukul tu! =D

    ReplyDelete
  9. Dylan,

    Itu namanya BRUTAL!

    ReplyDelete
  10. kejam, cucuk mata dia...
    pakcik mmg brutal!

    jeles tau , nape tak de kabus lansung...hu3

    ReplyDelete