Friday, October 08, 2010

My Selangor Story: Hari 6

VOTE FOR KRENMAUT


My Selangor Story: Hari 6 from bentara on Vimeo.
Lagu latar: Coming Home (IRON MAIDEN)

Akhirnya, perjalanan yang bermula sudah sampai ke penghujung.

Kami bermalasan. Untuk kembali ke alam realiti. Joe nampak sugul. Aku rasa sembap.

Sahabat kami dari Indonesia dan Singapura sudah mula berkemas awal. Mereka naik flight awal.

Untuk kami orang tempatan, check out pada jam 12pm. Masa dihabiskan dengan menambah tidur di dalam bilik hotel yang luas dan selesa ini.

Joe mengemas barang yang hendak dibawa pulang.

"Aku datang bawak dua beg nak balik bawak empat!" keluh Joe.

Manakan tidak, dengan pakaian yang tidak berbasuh dan ole-ole yang diberi oleh pihak penganjur. Nak ditinggal, sayang. Maka, bawalah balik kesemuanya.

Termasuklah sekaki payung!

Aku mula berfikir - bagaimana nak membawa payung itu menaiki teksi dan bas ekspress - bersama dengan satu bag baju, satu bag notebook, satu bag kamera/video dan satu bag ole-ole? Boleh bayangkan tak?

Bas ekspress Plusliner kena naik dari Stesen Keretapi KL. Ada dua opsyen untuk menaiki teksi - 1. Di hadapan hotel dengan RM60 dan disebelah Sunway Pyramid dengan RM27. Aku fikir mahu naik limousine sebab segala perbelanjaan perjalanan boleh claim.

Akhirnya aku ambil yang murah. Aku pun tak tahu kenapa.

Joe menjabat tangan aku dengan erat dan memelukku.

"Semoga berjumpa kembali bro di lain siaran", sengih Joe tawar.

Bila aku keluar dari bilik hotel cuma aku, Joe dan Azuan saja. Yang lainnya, sudah membawa hala tuju sendiri.

Namun kenangan tour ini memang bestest!

Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.


-------------------------
KESIMPULAN

Sepanjang perjalanan 6 hari 5 malam ini beberapa rumusan boleh dibuat.
1. Program blogging berbentuk sebegini semakin menjadi trend. Ini adalah kerana blog adalah medium yang sangat berkesan dalam penyebaran maklumat. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, mereka pun sudah mengetahui betapa besarnya peranan blogger dalam menyebarkan nama sesuatu perniagaan. Lihat saja sambutan VVIP di Resort World Genting. 

2. Sebaran maklumat di ruang cyber bersifat kekal berbanding dengan media cetak. Apa yang ditulis oleh blogger boleh diulang baca atau dibuat rujukan untuk selama-lamanya. Kemudahan pencarian juga memudahkan pencari maklumat mencari maklumat yang dikehendaki dengan menekan beberapa butang keyboard saja.

3. Dalam promosi berbentuk pelancongan, blogger sebagai pelapor (kemungkinan) lebih jujur kerana blogger biasanya tidak dikongkong oleh mana-mana syarikat. Dan itulah yang sebenarnya dikehendaki oleh pihak penganjur supaya setiap kelemahan dapat diperbaiki. Blogger sepatutnya lebih jujur dari media cetak atas sebab kebebasan ini.

CADANGAN

1. Pada pendapat aku, program sebegini perlu sangat mengambil kira sensitiviti peserta Muslim. Sepanjang program ini aku dapati waktu solat tidak diberi perhatian berat. Bukan semua peserta layak untuk menjamakkan solat mereka dan aku sedih apabila mengikuti program ini, ramai dari saudara seIslam terpaksa mengqadakan solat mereka sedangkan qada yang tidak syarie tidak dibenarkan sekali-kali.

2. Begitu juga dengan tempat makan - perlu diberi perhatian berat untuk mendapatkan yang halal tanpa was-was. Kesedaran tentang PENTINGnya makanan halal telah menjadi global phenomenon. Amat malang sekali jika ini tidak diambil berat - malah tidak dipedulikan.

3. Tempat yang memerlukan masa yang lebih perlu diberi masa yang sewajarnya. Contoh - homestay di Sabak Bernam perlu sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam dan kawasan Sunway cuma perlu 2 hari satu malam saja. Aku yakin banyak yang kami tertinggal akibat kesuntukan masa ketika membuat liputan homestay tersebut. Malah majoriti dari peserta tidak biasa dengan kehidupan kampung.

4. Memastikan tempat penginapan di dalam kawasan bandar menyediakan kemudahan internet secara PERCUMA. Ironi sungguh apabila blogger tidak mendapat akses kepada internet, ataupun harus membayarnya! Tidakkah mereka tahu bahawa nyawa kepada blogger adalah akses internet?

keletihan di dalam bas - pulang ke pangkuan keluarga.


----
SPONSORS:






12 comments:

  1. best...serasa kita dibawa travel bersama...

    ReplyDelete
  2. "Sebaran maklumat di ruang cyber bersifat kekal berbanding dengan media cetak. Apa yang ditulis oleh blogger boleh diulang baca atau dibuat rujukan untuk selama-lamanya"

    kecuali klu entri tu didelete atau blog tu kena banned hahaha...

    ReplyDelete
  3. best!mmg best!!!!

    bju tu aii da lama kenan!

    ReplyDelete
  4. bro tolong kasi vote... http://www.myselangorstory.com/my-selangor-story-hari-6/

    ReplyDelete
  5. lawa la sunway nye pixs

    betul ko cakap pasal makanan etc tu semua..

    ReplyDelete
  6. ok..gua dah vote..

    good job bro..

    ReplyDelete
  7. karakter joe ni sangat misteri..rasanya macam blom pernah nampak dia komen kat sini..

    ReplyDelete
  8. wahhh..abis suda pjalanan 6 ari.home sweet home.a'a kn? joe cam misteri je.. aritu kata nk reveal kn joe time last2 nih??sapa joe ni bentara?

    sy dh vote utk 6 ari ye bos.kalo bley..sok nk vote lg haha

    ReplyDelete
  9. joeeeee.... dimanau kaauuuuu!!!!

    ReplyDelete
  10. IT WAS A great journey bro..and i agree 100% with ur suggestion....perkara2 sebegini perlu dititikberatkan juga,especially bab2 solat dan juga internet..yiezee..apalah blogger tanpa internet kan?bagai nyawa mereka..

    nice knowing ur bro..byk eden belajar dari memerhatikan bro..life is beautiful..word of advice..disablekanla word verification tu,lebih mudah orang nak mengomen bro...

    ReplyDelete
  11. bro, siapa joe tu?adakah rakan bro di alam??? hik3...

    ReplyDelete
  12. Fuyok tak tau Abang Ben suka rock music punya =)
    We bloggers really need internet throughout the trip to blog =D

    ReplyDelete