Tarikhnya 14-17 Oktober 2010. So masih ada peluang untuk datang.
Malam semalam sempat bersembang dengan seorang staff UTP. Dia kata, sambutan kali ini antara yang terbesar pernah diadakan di UTP.
No wonder malam tu aku buat kuliah ganti jam 8pm cuma 16 orang pelajar je yang hadir dari 70 orang! Terpaksa re-schedule pada hari yang lain. Final 2 chapters yang kritikal dan akan dibawa/diguna sampai jadi jurutera. Jadi aku mengharapkan kehadiran 80%.
Pesta konvo UTP ni adalah event komuniti penduduk Daerah Perak Tengah. Aku rasa UiTM Seri Iskandar pun takde buat konvo. Jadi, event macam ini memang dinanti-nantikan masyarakat setempat.
Kehadiran orang ramai membuktikan ini.
Petang tadi sempat bawa family. Kami luangkan masa dari 6pm sampai 10pm. Solat maghrib dan Isya di masjid UTP yang berhawa dingin dan lawa tu. No problemo.
Hajat di hati nak tunggang kuda, tetapi 6pm dah tutup. Kuda nak rehat. Kuda-kuda telah mula bekerja sejak 9am lagi. Kesian tu.
Jadi kami ronda-ronda sekitar tapak pesta. Agak luas. Mungkin menghampiri 100 booth dengan pelbagai tema.
Gambar pun banyak, so aku pecahkan kepada beberapa bahagian le ye? Ini kira Part 1.
Macam-macam dok ada.
Gerai ni laku. Siap beratur. Dia jual potato ring goreng pelbagai perisa. Teringin nak makan tapi tak larat nak menunggu.
Pengunjung dah start memenuhi tapak pesta.
Antara yang menarik perhatian - kerabu mangga. Rasa boleh tahan. Aku ratah je.
Dan pulut mangga
Bahan-bahan untuk kerabu mangga disusun dengan menarik sekali. Tengok ni pun dah meleleh.
Anak-anak aku tak kenal makanan lain. Ini le yang disuruh beli nak makan. Natijah dari propaganda TV dan media cetak ;)
Sebiji RM5. Beli 3 = RM15. Peniaga ni tak sewa booth pun. Cukup kerusi untuk duduk dan sedikit ruang nak letak gas. Aku bajet, peniaga ni dapat durian runtuh hasil dari jualannya.
Zaman aku, souvenire adalah bunga hidup. Sekarang tak jumpa!
Yang ada sekarang teddy bear yang dibungkus macam gambar kat atas ni. Kesian.
Pada aku, novelty kurang. Walaupun bunga hidup akan layu dan mati tetapi pemberiannya tak sekerap kita jumpa teddy bear ni yang mass-produced dan boleh dapat kat mana-mana (setengah kedai runcit pun ada jual!)
Sedangkan bunga hidup tu nak dapatkan pun susah. Dan kena pilih yang paling cun antara yang dijual. Setiap gubahan bunga adalah unik dan tak sama, berbanding dengan teddy bear ni. Alahai... nampak "murah"
You love UTP?
Kempen bersama waktu konvokesyen ini.
No comments:
Post a Comment