Ianya berkait pada satu situasi.
Bruce Dickinson (vokalis IRON MAIDEN) telah menjadi juruterbang kapalterbang yang membawa pasukan Liverpool F.C. ke Naples (Italy) untuk perlawanan Liga Eropah malam Khamis lepas. (SUMBER)
Beliau bukanlah asing dengan industri aviasi. Untuk program konsert jelajah dunia Somewhere Back On Tour, IRON MAIDEN telah menyewa sebuah kapalterbang yang mana beliau sendiri menjadi juruterbangnya.
Malah, dalam masa lapang apabila tiada aktiviti berkaitan dengan IRON MAIDEN, beliau menjadi juruterbang sepenuh masa.
Ditanya samada beliau memilih menyanyi ataupun menjadi juruterbang, beliau sukar untuk memberi kata putus.
Tetapi yang penting, beliau tidak akan meninggalkan bidang nyanyian. Ini keputusan yang melegakan jutaan peminat IRON MAIDEN.
Bruce Dickinson adalah seorang multi-talent. Selain menyanyi dan menjadi juruterbang professional, beliau juga pengarah filem, penulis buku, penulis skrip, juruhebah, pelakon dan juga fencer bertaraf dunia.
Pernah tengok filem Chemical Wedding? Gua tak tengok lagi, ntah, tak jumpa pun filem tu kat Mesia nie, actually skrip dan lakonlayar filem nie ditulis oleh Bruce Dickinson, dia pun ada part as cameo dalam filem nie (kebetulan masa aku tgh tulis komen nie MP3 player aku main lagu Childhood's End)
ReplyDeleteyg pastinya dorg xguna flight666
ReplyDeletedulu2 zmn discovery turbo mash "free" blm masuk pakej metro, aku suka tgk dokumentari flying heavy metal yg dihoskan oleh abg bruce dgn pelat britishnya...
latest dia promoted kat airline dia kerja
ReplyDeletehead of marketing ke hapa ntah.
mintak2 Liverpool ka... oppss haha
wahhh tak sangka.. ni boleh jadi bahan blog aku...
ReplyDelete