Thursday, October 21, 2010

Introduksi kepada VENOM - Pemujaan syaitan di dalam muzik Heavy Metal

Di Ipoh, dua orang manusia yang sangat rapat dengan VENOM. Asri dan Man Burger. Mereka sentiasa berdua kemana-mana saja. Dan mereka juga bermain drum walaupun Asri lebih menyerlah dari segi permainannya. Sidekick mereka, Lan (gitar) dan seorang lagi yang saya tidak ingat namanya (kedua-duanya sekarang aktif dengan aktiviti Tabligh). Tiga orang ini (atau empat jika campur dengan Man Burger), selalu jamming di Superkinta. Saya kurang pasti kenapa mereka tidak memilih studio popular ketika itu, SYJ. Nama band mereka ialah VULGA.

Saya mengenali VENOM bukan melalui kaset cetak rompak VENOM, tetapi melalui VULGA. Adalah menjadi kebiasaan saya pada ketika itu (tahun 1989), mengekori senior Metal pada ketika itu di dalam sesi jamming mereka. VULGA hampir tidak memainkan lagu band lain (kecuali SODOM) dan memainkan VENOM, VENOM dan VENOM. Lagu 1000 Days In Sodom dan Countess Bathory saya pelajari chord gitarnya dari VULGA dan saya berupaya memainkannya dari A-Z. Ini semua dipelajari tanpa pernah mendengar dari VENOM sendiri!

Lain ceritanya apabila kaset pertama yang saya dengar dari VENOM, Official Bootleg (1986) yang dirakam secara kasar. Bunyinya sangat buruk dan hampir-hampir lagu-lagunya tidak dapat didengar. Ini menyebabkan saya melupakan terus VENOM walaupun naluri untuk mendekatinya agak kuat disebabkan imej memberontak mereka yang lebih menyerlah dari band lainnya ketika itu. Saya lebih selesa dengan VULGA dan saya rasa VULGA memainkan lagu-lagu VENOM lebih baik dari VENOM sendiri.

VENOM adalah sebuah band Heavy Metal yang ditubuhkan di England pada tahun 1978 oleh Cronos (bass/vocals), Mantas (gitar) dan Abaddon (drum). Muzik mereka agak sukar untuk dikategorikan secara sahih melainkan Heavy Metal yang laju dari lumrah yang biasa. Begitupun, gaya permainan muzik mereka tidak kemas dan agak bercelaru.

Namun begitu pengaruh muzik mereka sangat kuat kepada band yang bermain muzik Thrash Metal dan Black Metal. Band Metal terbesar dunia, METALLICA juga mendapat sedikit inspirasi dari album-album rilisan VENOM dan mereka pernah menjadi band pembuka kepada VENOM semasa awal karier mereka.

Namun, VENOM lebih dikenali sebagai band yang mempelopori terma Black Metal, yang merupakan tajuk album kedua mereka pada tahun 1982, selepas album Welcome To Hell (1981). Oleh sebab itu, kebanyakan band Black Metal sekarang akan meletakkan VENOM sebagai salah satu sumber inspirasi mereka. Lirik yang ditulis berkisar tentang pemujaan syaitan dan ejekan kepada agama Kristian menjadi asas kepada VENOM dan ini memberi kesan yang sangat besar kepada pergerakan muzik Black Metal antarabangsa.

Muzik Thrash Metal pula mendapat manfaat dari muzik VENOM yang pantas dan agresif. METALLICA secara terang-terangan mengambil manfaat dari muzik pantas VENOM dan diaplikasikan kedalam album Kill Em All. Selain dari itu, ANTHRAX, MEGADETH dan SLAYER (bersama METALLICA mereka dikategorikan sebagai Big Four Of Thrash) juga terpengaruh dengan muzik pantas VENOM.


Kontroversi mula timbul apabila berlakunya peristiwa pembakaran gereja dan pembunuhan oleh peminat muzik Black Metal di Norway pada awal tahun 1990an. Kebanyakan dari peminat Black Metal ini tidak berselindung dari menamakan VENOM sebagai sumber inspirasi mereka.


Walaubagaimanapun, ahli VENOM sendiri mengkritik keras tindakan peminat Black Metal Norway tersebut. VENOM menegaskan bahawa apa yang dibawa oleh VENOM hanyalah sandiwara hiburan sahaja dan mereka tidak mengambil serius terhadap apa yang mereka nyatakan di dalam kulit album Black Metal dan Welcome To Hell.

Di dalam senarai diskografi VENOM yang panjang, hanya dua buah album sahaja yang memberi kesan yang mendalam kepada muzik ekstrim Metal dunia iaitu Welcome To Hell dan Black Metal. Dari segi kualiti permainan instrumen, boleh dikatakan permainan mereka di bawah paras yang dikehendaki. Itu bukan masalah kerana mereka tidak pernah bergantung kepada permainan instrumen yang cantik dan bagus tetapi bergantung kepada imej kesyaitanan yang melampau atas dasar mahu membuat kejutan yang tak sepatutnya.


Album terakhir mereka bertajuk Hell (2008) dan dilaporkan sekarang mereka sedang dalam proses merilis album yang ke-15.

---------
Komentari:

Tonasi lirik VENOM memang berkisar tentang penyembahan syaitan dan pemberontakan terhadap agama Kristian. Ini jelas melalui lirik di dalam lagu seperti In League With Satan, Witching Hour, To Hell And BackSacrifice dan sebagainya. Topik lain termasuklah pelacuran (Red Light Fever), Hedonism (Live Like An Angel, Teacher's Pet) dan sejarah kezaliman manusia (Countess Bathory).

Di Malaysia, pengaruh muzik mereka juga tersebar. Namun begitu, majoriti peminatnya sekadar mengambil muzik dan gaya luarannya saja sepertimana yang dikehendaki oleh VENOM sendiri. Ia tidak lebih dari satu punca hiburan ekstrim (sepertimana sukan ekstrim). Ini berbeza dengan peminat di Barat yang mengambil idea VENOM ini secara serius dan menggunakannya sebagai sumber gaya hidup.

Namun timbul persoalan berkaitan akidah Islam yang boleh tercemar akibat menjadi peminat VENOM. JAKIM telah mengeluarkan fatwa yang berkaitannya:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.
Persoalan yang selalu ditimbulkan oleh peminat VENOM adalah, jika sekadar mendengar muziknya tanpa terpengaruh dengan apa yang dihidangkan (sepertimana menonton filem seram) mungkin boleh diperhalusi lagi. Mungkin ianya akan terjawab apabila hasil kajian ini dibentangkan (SINI dan SINI dan SINI).

Seleksi album:
Welcome To Hell (1981)
Black Metal (1982)

14 comments:

  1. saya tak pernah lagi dengar lagu mereka ni. adakah muziknya best seperti mana album megadeth&metallica di tahun 80-an dulu ?

    ReplyDelete
  2. asal cover art ada hantu, kompom kena label blekmetal

    iron maiden pun dah ada yg labelkan sbg blekmetal gara2 cover art eddie yg agak menyeramkan (maskot eddie tu seram sgt ke?)

    ReplyDelete
  3. kah3!! we all satanic worshiper!!!
    we all $LAVE to the satanic worshiper!!! (pasti banyak comment abg ben dapat pasal topik ni)

    ReplyDelete
  4. Apabila kita membicarakan soal halal haram dan akidah memang ianya tidak terhad kepada muzik Black Metal shj, muzik2 lain yg dtg dari Barat sememangnya membawa ideologi dan falsafah masing2, misalnya Grunge, Hip-Hop dan muzik Pop juga terkandung falsafahnya tersendiri, yg paling popular skrg adalah ideologi Freemason dan Illuminati yg dibawa oleh sesetengah artis dari Barat, cuma penampilan drpd artis2 ini sesetengahnya agak kurang menonjol dan tidak menunjukkan dgn jelas fahaman2 tsb kecuali bila diteliti dgn lebih lanjut, cuma pemuzik Black Metal yg secara terang2 menonjolkan imej Satanic di dalam muzik mereka dan cara mereka berpakaian.

    ReplyDelete
  5. Sorry, aku tambah lagi,

    Aku pernah dengar dalam suatu tazkirah bulan puasa lalu, seorang Ustaz ada memberitahu seandainya kita makan atau minum sesuatu yg halal tetapi kita menyamakannya dgn sesuatu yg haram maka ia jatuh kpd haram, misalnya kita minum air teh tetapi kita melakonkannya seolah-olah kita minum champagne, maka air teh yg halal itu telah jadi haram, mungkin boleh disamakan dgn Black Metal juga, kita mengaku kita masih mengikut ajaran Islam dan tidak terpengaruh dgn ideologi yg dibawa oleh kumpulan Black Metal, namun dalam masa yg sama kita tetap menyanyikan lagu2 yg liriknya ada unsur2 Satanic, jadi secara tidak langsung kita telah turut sama terikut2 ideologi Satanic yg dibawa itu. Ini cuma pendapat aku saja, kalau salah atau menyinggung perasaan sesiapa aku mohon maaf.

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:46 PM

    Salam brader Ben.

    Hahaha. Ini lah susahnya bila nak bagi klasifikasi pada genre muzik ni. Sama gak dengan band Cradle of Filth, kalau sekali imbas nampak cam band black Metal, tapi pada aku lebih tepat kalau dorang diklasifikasikan sebagai band gothic metal. Cuma bezanya vokal gothic metal menggabungkan vokal soprano + growling (style vocal death metal), sedangkan Cradle of Filth gabungkan vokal soprano dengan vokal shrieking (style vokal band black metal).

    Ape2 pun, yup memang btol, Venom ni band heavy metal (tapi fan depa marah woo kalau cakap depa band heavy metal, hahaha). Lyrical theme dorang jadi influence pada band2 Black Metal dan Thrash Metal yg lain.Tapi pada aku, band yg lagi kuat bagi pengaruh pada muzik Black metal sebenarnya Bathory.

    Bab2 sama ada akidah akan tercemar ke tak kalau dengar lagu2 macam ni. Pada aku kemungkinan akidah tercemar tu memang ada, nak2 lagi kalau dengar sambil layan lirik. Kalau ade orang cakap camni, woi aku dgr muzik je, x layan lirik pun, aku rasa kalau betul la mamat tu buat camtu, memang mamat tu tak berapa betul. sebab score muzik black metal bukan macam score muzik kitaro ataupun mohram yg kita boleh feeling @ layan lagu smpai habis tanpa rujuk lirik, black metal punya muzik amat crowded dan rampage, kalau tak layan lirik boleh dikatakan tak significant nak layan lagu camtu.

    Pada aku, walau ape pun muzik pun, yang penting mesej dalam lagu tu. Bukan takat lagu black metal je, kalau lagu pop, balada bawak mesej pasal hubungan seks macam lagu John Mayer - Your Body Is Wonderland, kita kena tolak la muzik camtu. Muzik Heavy Metal, macam Iron Maiden, aku suka layan sebab tema lagu2 dorang berunsur literature, sejarah..jadi yg penting, mesej dalam lagu tu camne.

    ReplyDelete
  7. aku minat band nie... baik buruk tuhan jer yg tahu..

    ReplyDelete
  8. Bidaah dholalah yang jelas...

    ReplyDelete
  9. From karl:
    "Kalau ade orang cakap camni, woi aku dgr muzik je, x layan lirik pun, aku rasa kalau betul la mamat tu buat camtu, memang mamat tu tak berapa betul."

    ye ke cam tu karl... aku pon lyn muzik camni gak... COF antara band yg aku minat... tapi kan, sirius aku cakap kebayakkan lagu diorang aku x layan lirik pon... aku just feel muzik and irama die jek... tapi tak semua la... ade gak lagu die yang aku layan skali lirik... takkan aku dikategorikan tak betul gak kot... huhuhu... sian aku... hahaha... tapi takper la, bagi aku lain orang, lain cara layan muziknya...

    bagi aku, aku mudah layan irama dulu sebelum lirik... sebab tu la Melodic Metal adalah genre yang paling aku minat dalam bayak2 genre dalam dunia ni... tak kesah la Melodic Death Metal atau Melodic Black Metal... Amon Amarth, Arch Enemy, Alghazanth, Stormlord antara band aku layan... semua band ni aku bayak layan irama... memang aku tak hafal pon liriknye... main hangguk kepale jek... hahaha...


    To Abg Ben
    Sory klu komen kat atas terkeluar tajuk... hehehe... just nk share cara aku jek...

    Harap byk lagi entry yang akan mengupas isu2 camni k... sy silent reader Abg Ben... hehehe...

    ReplyDelete
  10. Katakan tiba-tiba kita terlihat anak kita main gitar dia dengan khusyuk sambil menjerit-jerit berkata, "mari sembah tuhan rock & roll"..For BLACK METAL, lay down your soul to the gods rock `n' roll...apa kata kita, nak biarkan anak kita hanyut atau nak tegur?

    Tahun 80an dulu ada juga dengar-dengar venom dan sekutu dengannya, tapi bila baca lyrik, tambahan tengok ada mamat khusyuk layan sambil berkumit-kumit mulut..tambahan ada yang mula pakai rantai salib terbalik dan entah apa-apa..langsung tawar hati.

    Belajar bahasa asing bukan setakat nak dapat ijazah serta tunjuk terre cakap macam mat saleh tetapi untuk memahami apa yang dikata dalam bahasa tu dan memahami dunia.

    Dan iman adalah menyakini dengan hati, berkata dengan lisan serta beramal dengan jasad.

    - Black metal ini bukan sahaja bidaah dholalah untuk agama... malah untuk mamat thrash, mamat nu-metal dan dll pun kira black metal ni dholalah...ha..ha..ha

    ReplyDelete
  11. Pada aku kita kena pantau lirik lagu yang kita dengar. Kalau ada pasal setan tengok apa maksudnya OK x OK. Kalau contoh macam lagu S***n ( not ) my master-DB tu x yah la dengar.

    Ada lagu yang selit nama Allah contohnya Death Magick for Adepts- COF atau Curse The Gods-Destruction aku rasa x sedap hati nak dengar. Tolak tepi lagi baik pasal ada nama Allah.

    Memang muzik dari orang kafir ni x kira genre ada yang OK ada yang x OK. Pandai2 la nak menilai. Dah kita minat muzik metal kan. Yang penting lirik tu bukan pengakuan dari kita yang boleh efek akidah.

    Tom Araya pun dalam dokumentari Metal-A Headbanger's Journey komen pasal God Hates Us All yang "God doesn't hates-just a great fikin' title" yang menunjukkan Slayer pun menggunakan lirik2 mereka hanya sebagai sandiwara hiburan. Sedangkan di pun seorang katolik.
    Cuma setengah band lain serius dan tidak bersandiwara...ntah.

    ReplyDelete
  12. Kita nilai sendiri dengan akal. Kita masih lagi mampu layan walaupun black metal...kalau segan sekurang2nya masih ada Megadeth untuk kita :)

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:23 PM

    pasal isu sandiwara hiburan ni, pada aku kita sebagai orang Islam kena lagi sensitif la. Kalau lirik tu dah terang2 kutuk & hina Allah, absolutely kita kena ketepikan band tu sebab tu satu penghinaan (blasphemy) kepada aqidah kita. Serupa jugak kalau sesebuah filem, ade pelakon melakonkan watak sebagai Tuhan, atau sebagai Nabi, wajar tak kita sokong filem macam tu sedangkan filem tu menghina agama?

    Hina agama ni macam2 cara. Dengar muzik dangdut sampai tinggalkan solat, tu menghina agama. Dengar muzik metal, lirik lagu mencarut-carut pastu kita ikut mencarut-carut, tu pun menghina agama sebab kita sebagai orang Islam tak boleh mencarut.

    Jadi adakah minat kita terhadap muzik sampai ke tahap menghina agama? Itu kena nilai sendiri la beb, kalau tak sure tanya pada orang yang pasti, geng2 imam muda, alim ulama.

    ReplyDelete
  14. band terbaik tahun 80am...2 album tu memang dijadikan "buku Sekolah" untuk sesiapa yang nak main style black metal..cuma jangan lupa Allah udah le...

    ReplyDelete