Thursday, October 28, 2010

Dilema bloggers Metal 1

Bloggers ni sebenarnya menulis untuk orang lain - pembacanya.

Kalau dia menulis untuk diri sendiri, jadilah diari yang disimpan baik bawah laci.

Tetapi, bloggers menulis dengan harapan ada orang yang membaca blog beliau.

Sebanyak mana orang yang membaca (rujuk pada jumlah kedatangan harian), sebanyak itulah semangat blogger berkenaan.

Cumanya blog ni ada ribu-ribu kat Malaysia ni aje. Mana satu nak baca?

Ada blog memasak, blog rumahtangga, blog kucing, blog gosip artis, blog download free mp3 (yang sebenarnya tak free) dan macam-macam blog lagi.

----------

Seseorang blog yang mula menulis blog dengan semangat, akan berharap selepas beberapa entry - ratusan bahkan ribuan yang berebut-rebut datang masuk melayari blog beliau sampai sesak laluan internet.

Tak kiralah, apa saja konsep blog tersebut.

Termasuklah blog Mat Metal.

Tapi dah 7-8 bulan blogging, yang datang banyak itu la jugak. Muka itu la jugak. Walhal blog lain, sekali entry sampai puluh-puluh komen dok ada.

Kenapa?

KENAPA???

*menunjal dahi si penanya*

Kerana kau memblog mengenai Metal la bro. Bukan kau memblog mengenai Faizal Tahir, Melissa Saila, Ramlah Ram etc (aku tak berapa kenal artis terkini).

Kau pun tidak memblog mengenai resipi masakan.

Sebab itu blog kau sikit je orang datang!

----------------
Tapi bro,

Walaupun sikit je orang datang (berbanding dengan blog hebat yang lain), ketahuilah, pembaca kau tu SETIA.

Benda yang kau tulis pun rapat pada hati mereka.

Mana nak cari blog lain yang cerita mengenai minat kau yang sama - METAL!!!

Sebab itulah balik-balik dia juga yang komen kat kau. Kau sepatutnya rasa bestest sebab kau dah jumpa soulmate kau di alam maya ini.

---------------


Tetapi blog Metal kaulah yang aku dok selalu klik dan klik, kadang-kadang bila kau tak update - sampaikan ulang baca entry lama-lama!

Sebagai penyudah - kau yang Metal dan berblog tentang Metal - buat la entry apa-apa walaupun kau rasa entry kau tu entry paling cikai dalam dunia. Kerana entry kau yang cikai itulah yang membuatkan aku tersenyum dan terasa seperti nak mengomen!

*sebenarnya aku mengeluh sebab tak ramai blogger Metal tempatan - yang aktif boleh kira dengan jari - kalau kau berblog mengenai Metal sedangkan aku tak tau - buatkan aku tau dan aku letakkan link kau pada bloglist aku - habis sapa lagi nak aku linkkan? Blog bela kucing?*

23 comments:

  1. very inspiring la abang ben hahaha!Dissecting the Euphony tetap tegar support Krenmaut!

    ReplyDelete
  2. baiklah abg ben! hahaha~

    ReplyDelete
  3. metal skrg rambut belah tepi tutop mata bang.. hehe

    ReplyDelete
  4. lu buat la entry buat kuih sekali sekala.baru orang rasa nak komen merapu2.asyik metal bedoyon, tak attention whore la kan.
    hahahahahahahahaahahahahahahahahah

    gua pun rambut belah tepi.ada apa hal?hahah

    ReplyDelete
  5. Lutfie... mana rebiu? Kata dah beli banyak CD?

    ReplyDelete
  6. marketing pun nak kena kencang, abang ben. hahaha.

    semalam saya jumpa/interview Kjetil Wold, sorang designer dari Norway. produk dia jeans Anti Sweden. adalah bahan menarik nanti.

    ReplyDelete
  7. aku rebiu show Metallica nanti terus la bos.sekarang takde mood nk rebiu cd.takde rasa metal sangat lately.sibukkkkkkk dgn duniawi lain.

    ReplyDelete
  8. blog bela kucing..hahahah

    ReplyDelete
  9. wei apa cerita pasal kucing pulak ni? kucing2 pun metal jugak!~

    lg2 kucing yg berwarna hijau >:)

    ReplyDelete
  10. Saya selalu ke sini untuk ikuti tulisan-tulisan pasal metal. Cuma tak pernah komen.

    saya minat metal jugak. Tapi takut nak blog pasal metal sebab tak cukup ilmu. :P

    nazri
    www.dunia-vovin.com

    ReplyDelete
  11. caya la abg ben, so kpd bloggers2 metal semua sila update blog anda yer??? \m/

    ReplyDelete
  12. BANG THE HEAD THAT DOESNT BANG

    ReplyDelete
  13. Cuba buat writing on British rock dan American Rock yg mana lagi besh.

    ReplyDelete
  14. blog aku pasal bela binatang..terasa gak ni..hehe

    tapi skang dah more to free writing..maknanya aku menulis untuk diri sendiri.aku nak dokumentasi kisah-kisah lama sebab aku ini seorang yang sangat pelupa.

    kalau ada pembaca, terima kasih.kalau ada pengomen, alhamdullilah.

    Metal? semua muzik yang bagus aku dengar.Dari Mark Knopfler sampai lah ke bad brains.

    ReplyDelete
  15. Abang Ben,

    Kalau minat dengar lagu metal tapi dressing tak metal consider mat metal jugak ker??

    ReplyDelete
  16. Ini idea je...post yang sedang2 for quick reading juge orang suke singgah...cam blog demimasa tuh..ahem..ahem..

    Anyway- post yang inspiring:)

    ReplyDelete
  17. betol! aku siap korek2 lagi post lame dan berhabuk wat santapan mata

    ReplyDelete
  18. peminat metal tegar memang tak ramai bro. lantak la! tak perlu ramai2 asal bahagia.

    har fragin har!

    ReplyDelete
  19. metal ni dari segi apa eh bro??

    haruskah beliau ber dress up metal?

    atau apa?

    terangkan. hehe.

    ReplyDelete
  20. blog abang ben dah terkenal di antara peminat metal dan karkun (contradict betulla).

    Abang kena buat keputusan. pilih yang mana satu:

    payabesarpedas.blogspot.com
    atau
    akuskizo.blogspot.com

    takleh dua-dua dalam satu blog. nantik newbies cam saya confuse dan tag abang sebagai poser (poser metal DAN poser muslim)

    ReplyDelete
  21. melissa saila?

    ni zaman drama PJ ni

    ReplyDelete
  22. sempoi!
    smpai trasa cam nk tulis blog je..

    ReplyDelete