Monday, October 04, 2010

Baraan

Apa itu baraan?

Aku pun tak dapat nak define maksud yang sebenar sebab aku sekadar ikut-ikut aje.

Baraan ialah satu aktiviti pada Hari Raya Aidilfitri di kampungku di Sungai Tengar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Selalunya ia dilakukan pada 2 atau 3 Syawal.

Aktiviti ini ialah para peserta sesuatu kariah surau atau masjid, berkumpul pada waktu pagi di surau/masjid kemudian beramai-ramai menziarahi rumah peserta yang menyertai rombongan baraan tersebut.

Rumah yang diziarahi memang telah mengetahui akan program ini jadi mereka menyediakan juadah untuk rombongan.

Rombongan baraan pula selepas menikmati juadah, beramai-ramai mendoakan kesejahteraan isi rumah dan seluruh umat Islam.

Biasanya hanya peserta rombongan sahaja yang rumahnya akan diziarahi. Kalau tidak, rumah tersebut akan ditinggalkan. Cukuplah seorang wakil sahaja dari satu rumah.

Di kampungku, baraan ada tiga peringkat. Dewasa, muslimah dan pemuda yang biasanya dibuat pada hari yang berbeza. Biasanya dewasa pada Raya ke-2, pemuda pada raya ke-3 dan muslimah pada raya ke-4.

Oh ya, peserta wajib memakai baju melayu bersampin.

Rasanya ini adalah tradisi mereka yang berdarah Jawa. Anda bagaimana?

14 comments:

  1. Salam.trimas bro..meriah & banyak info yang diberi..:)

    ReplyDelete
  2. orang johor panggil marhaban...
    walaupun sekarang dah tak duk kampung...semua duk taman perumahan...tp tradisi ni masih di jaga...majoriti taman2 perumahan kat JB masih buat...lorong rumah aku buat rabu malam depan ni..

    ReplyDelete
  3. hari tu aku join baraan. err.. kira first time. pakai baju melayu.

    tapi bila sampai, brader2 tu semua pakai sempoi je. tshirt kolar? ceh. nasib baik aku tak disuruh baca doa.

    ReplyDelete
  4. igtkn nama band metal td..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Wan Beruas

    thank you back for reading

    -----------
    berteromber,

    bagus macam tu masih dikekalkan.

    -----------
    tawawfayakof,

    Pakai baju melayu la baru melayu!

    -----------
    pakcik kordi,

    OK gak tu bagi nama band

    ReplyDelete
  6. mmg tradisi wong jowo.. tmpat aku org tua2 buat mlm raya.. diorang citer dulu2 brtakbir kngkadang smpai nak subuh.. tp skang takat 1-2 pg je.. Cuma puas la bertakbir..

    Skang ni rasanya mlm raya mane la nak bertakbir dok sibuk merendang dan melemang.. pagi raya pun kalau lmbat gi masjid, dtg smbahyang je la... Padehal mmg kita disuruh membesarkan Allah di pagi raya bukan mmbesarkan perut.. huhu..

    ReplyDelete
  7. Baraan ni bahasa jawa..
    kat kampung aku setiap raya ke-2 setiap rumah mesti ada wakil ikut baraan/marhaban. Memang bagus bermaafan satu kampung sekaligus. Best dapat makan macam2.. petang tu jamban mesti penuh.. haha.. tu yg tak tahan tu.

    ReplyDelete
  8. zaman sekolah dulu2 pernah join kat kampung aku di Sungai Besar, Selangor. Ni kawasan sebelah la dgn Air Tawar, iaitu dlm daerah Sabak Bernam. Kawasan ni banyak jawa dan banjar.
    Memang meriah. best...

    Ohh orang Sabak rupanya encik Bentara...

    Mudah-mudahan jd juara MySelangor

    ReplyDelete
  9. yep ada tapi aku tak tahu apa dipanggil..

    tapi kalo nak ada dress code ni, lermekkkk leceh ah haha

    ReplyDelete
  10. ooo... aku ingatkan artikel pasal panas baran, sbb aku termasuk dlm golongan tu

    kat swk ni ada satu tradisi waktu raya dinamakan "berlanggar meja" femes kat belah2 mukah... tp akupun xbrapa tau detail2nya

    ReplyDelete
  11. kampung mak teman kat n9 pon masih amalkan tapi pada malam raya.ziarah rumah ke rumah bertakbir n bdoa utk tuan rumah.malam raya tu mmg hapening sebab malam tu ler nk lentang-lentung dgn stok mercun masing2.sronok sungguh.raya haji pon buat jugak.tu yg sronok bila balik kg mak.

    ReplyDelete
  12. yeah kampung aku di batu pahat pon still ada lagi baraan ni, dipanggil baraan pasal ramai2 berarak, hehehe pergi dari satu rumah ke rumah utk marhaban.

    kalau kat kg aku pulak mcm2 krew baraan ada, biasanya kalau yg bujang start raya ke 2/3, 2 hari je siap pasal makan pon simple2 minum air oren bodoh (botol mcm botol kicap warna itam tu), pastu ada budak2 sekoalh pagi punya baraan, budak sekolah agama punya baraan, org masjid punya baraan paling lama, kadang2 smp minggu ketiga raya baru abis, diorang buat mlm dan makannya for sure berat2 hahaha

    seronok baraan ni, semua sebok nak tunjuk baju melayu baru masing2 (zaman kecik2 dulu la heheh)

    anyway mmg tak ramai yg tau apa itu baraan, thanks mengenengahkan isu baraan ni

    ReplyDelete
  13. xkira mana pun klu dah ada darah Wong jowo pasti ada kat kg2 jawa ni.. aku org tgkarang mmg best baraan nie.. memandangkan kat Kelantan xde so excited aku n anak2 aku nak blk tgkarang ikut baraan..

    ReplyDelete
  14. xkira mana pun klu dah ada darah Wong jowo pasti ada kat kg2 jawa ni.. aku org tgkarang mmg best baraan nie.. memandangkan kat Kelantan xde so excited aku n anak2 aku nak blk tgkarang ikut baraan..

    ReplyDelete