Pengaruh black metal
REMAJA merupakan individu yang berumur antara 13 hingga 20 tahun. Ia merupakan peringkat antara alam kanak-kanak dengan alam dewasa.
Pada ketika ini, berlaku proses perubahan besar dari aspek fizikal, kognitif dan sosial selain kematangan seksual lebih ketara dan mencabar dalam peringkat peralihan ini.
Mengapa remaja terlibat?
- Terdorong inginkan keseronokan
- Pengalaman baru
- Suka-suka
- Unik
- Cabaran baru
- Kaitkan dengan minat genre muzik
- Mencari keyakinan diri
- Tingkatkan tahap kendiri
Black metal
Black Metal ditakrifkan kepada pelbagai penaksiran antaranya ialah black dan metal bermaksud hitam dan logam. Haris M. Berger dari universiti Indiana menakrifkan muzik metal sebagai muzik yang menggunakan gitar yang diubah dan mempamerkan kepandaian pemain secara individu dan bentuk muzik lagunya adalah kompleks.
Metal pula mempunyai pelbagai genre atau aliran muzik di dalamnya. Antaranya genre yang paling utama adalah Proto Metal, Heavy Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Death Metal, Progressive Metal dan Black Metal.
Istilah black yang digunakan dalam ungkapan ini difahamkan berasal dari asas ajaran Satanism di mana setiap dogma atau amalan yang diajar dalam setiap doktrin Satanism mestilah berbeza 100 peratus dengan doktrin yang hampir serupa dengan agama Kristian dan lain-lain agama.
Oleh yang demikian, mass di dalam gereja Katolik Rom disongsangkan perlaksanaannya sebagai Black Metal Mass di dalam ajaran Satanism. Manakala Pope menjadi Black Pope dan muziknya dipanggil Black Metal.
Black Metal ditarifkan sebagai kumpulan muzik yang mengadakan persembahan separuh gila, menggunakan senikata yang tidak difahami dan berunsur lucah dan kesyaitanan serta berpakaian ala syaitan dan hantu, seni katanya juga menjurus ke arah pemujaan iblis dan roh.
Sejarah penubuhan
Genre muzik Black Metal bermula dalam tiga peringkat fasa mengikut perubahan masa dan aliran kefahaman mereka yang terlibat.
Metal fasa pertama berkembang di sekitar tahun 1969 hingga 1983.
Fasa kedua bermula pada 1983 hingga 1988 yang bergerak selari dengan Perang Dingin. Ketika itu, Ideologi Black Metal dipengaruhi oleh budaya konsumer pada era 80-an.
Budaya konsumer ini memberi pengaruh kepada struktur konvensional kepada Speed Metal yang menjurus kepada nihilistik.
Fasa ketiga bermula pada 1988 hingga sekarang. Pada latar sejarahnya, ketika itu adalah era pasca-Perang Dingin yang penuh dengan kebosanan.
Bagaimana beroperasi
Pergerakan Black Metal dipengaruhi oleh Inner Circle yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya. Ia bermula di bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell).
Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions.
Mereka merakam lagu-lagu yang berunsur anti ketuhanan di lakasi tersebut. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan “menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna”.
Bagaimana tersebar
Black Metal tersebar melalui lirik lagu yang dicipta bagi tujuan menarik minat remaja agar memuja syaitan. Lirik-lirik lagu yang dicipta adalah berunsur kematian, anti-Tuhan, kebangkitan kembali dan penentangan.
Subjek bagi lirik yang terkandung dalam muzik mereka adalah darah, kematian, keganasan, kehidupan selepas mati dan banyak lagi.
Kumpulan Black Metal Barat yang paling ekstrem serta membawa fahaman kesyaitanan adalah seperti Mayhem, Burzum dan Immortal (Norway), Katatonia (Sweden) dan Thou ArtLord (Greece).
SUMBER
---------------------
Komentari:
PROF. MADYA DR. KHAIDZIR BIN HAJI ISMAIL ialah seorang pensyarah di PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI & PEMBANGUNAN MANUSIA, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui email izay4559@gmail.com dan izay@ukm.my
Haris M. Berger adalah penulis buku Metal, Rock And Jazz: Perception and the Phenomenology of Musical Experience (boleh dibaca DI SINI).
Beliau (Khaidzir Ismail) meletakkan sub-genre Proto Metal yang merupakan satu istilah yang asing dalam genre dalam genre Metal.
Dalam sub-topik Bagaimana Beroperasi, beliau menulis tentang pergerakan Black Metal Norway di awal tahun 90an yang diketuai oleh mendiang Aarseth, yang telah dibunuh oleh Vikernes dalam situasi perebutan kuasa. Walaubagaimanapun, pergerakan ini setakat yang diketahui telah pun berkubur sebaik saja kematian Aarseth pada tahun 1993. Penulis mengatakan seolah-olah operasi Black Metal adalah berdasar kepada pergerakan Black Metal Norway sedangkan yang sebenarnya operasi sebenar Black Metal digerakkan oleh syarikat rakaman antarabangsa seperti Nuclear Blast, Osmose Prods dan sebagainya. Malahan, sekadar mengenalkan Aarseth dan kelompoknya tidak menghurai dengan fakta - bagaimana ia beroperasi - menyebarkan fahaman dan sebagainya.
Seterusnya, penulis mengatakan bahawa Katatonia (Sweden) adalah sebuah band Black Metal sedangkan mereka adalah band bergenre Doom Metal pada awal penubuhan dan sekarang genre mereka lebih cenderung kepada Post-Metal atau Avantgarde Metal. Ini sangat jelas jika kita mendengar album-album Katatonia.
Pada versi cetakan, artikel ini ada sisipan kedua. Ianya ditulis secara sangat longgar dan membuka kepada persepsi yang salah. Antara lain ia mengatakan bahawa:
"Perkara yang perlu dilalui oleh remaja yang berminat untuk menyertai kumpulan Black Metal adalah remaja atau bakal ahli perlu melepasi ritual pertama iaitu sujud kaki ketua kumpulan"
Ayat ini menunjukkan sesuatu yang lumrah bagi ahli kumpulan Black Metal (kumpulan Black Metal disini bermaksud band atau kugiran Black Metal), sedangkan mengikut pengalaman saya yang selama ini berkawan dengan pemuzik Black Metal, tidak pernah dibuat. Juga ritual ini tidak pernah dilaporkan oleh kumpulan Black Metal luar.
Tulisan seterusnya juga adalah janggal bagi mereka yang biasa dengan muzik Black Metal:
Ahli kumpulan akan diminta menyembah syaitan yang kesemuanya ada 9 dewa dan disuruh menghafal lirik-lirik dalam bahasa Arab walaupun maksud dan maknanya langsung tidak difahami oleh remaja.
Pada sub-tajuk Kumpulan yang popular di Malaysia, penulis tidak menulis menulis nama kumpulan yang dimaksudkan.
Tidak dipastikan samada sisipan kedua ini ditulis oleh penulis yang sama (Khaidzir Ismail) kerana ia merupakan kesalahan fakta yang berat.
Saya berpendapat bahawa artikel ini adalah sangat longgar dan tidak menggambarkan muzik Black Metal secara menyeluruh. Saya menjemput penulis untuk menajamkan lagi artikel yang berkait dengan muzik genre ini, terutamanya apabila mengulas tentang pergerakan muzik ini di Malaysia. Saya boleh dihubungi melalui email *thebentara@*gmail.*com (sila buang tanda *)
kenapa tak hantar dekat utusan je bro??
ReplyDeletei find this disturbing and sad..
ReplyDeletemana dia research? ni bukan laporan dari borak borak kedai kopi..
ni laporan orang ada doktor bertugas kat universiti, apa dia cakap orang akan dengar..
irresponsible
I like! hantar lah ke utusan abang Ben.
ReplyDeletegud job la bro!
ReplyDelete"...kepada Speed Metal yang menjurus kepada nihilistik"
ReplyDeleteerrr, speed metal nihilist ke?
setuju bang ben....
ReplyDeletehantar dekat utusan,diorang ni mmg x wat study,main hentam keromo jer....
perlu dijawab dengan kaedah yang ilmiah juga.. berikan fakta, serang mana2 point dari tulisan mereka yang longgar... persepsi mereka dengan metal malaysia adalah berdasarkan pada kajian yang tak telus.. saya rasalah...saya rasa bro bentara cukup layak dah...
ReplyDeletesokong abg ben hantar kat utusan...
ReplyDeletedorg ni xhbs2 nak hentam black metal...
disebabkan org2 mcm nilah metal scene kat malaysia dipandang serong...
saya bersetuju bebenor dgn isdokmar...bro ben dan cukup layak utk membidas tanggapan2 yg salah dalam artikel ini secara ilmiah...kalo kita reply dengan emosi, x guna bro...diorang akan anggap metalheads semuanya jahat...baik kita buat satu friendly confrontation agar diorang pun tau apa yg betul dan apa yg x betul psl muzik black metal khususnya...
ReplyDeletesaya bersetuju bebenor dgn isdokmar...bro ben dan cukup layak utk membidas tanggapan2 yg salah dalam artikel ini secara ilmiah...kalo kita reply dengan emosi, x guna bro...diorang akan anggap metalheads semuanya jahat...baik kita buat satu friendly confrontation agar diorang pun tau apa yg betul dan apa yg x betul psl muzik black metal khususnya...
ReplyDeletesaya bersetuju bebenor dgn isdokmar...bro ben dan cukup layak utk membidas tanggapan2 yg salah dalam artikel ini secara ilmiah...kalo kita reply dengan emosi, x guna bro...diorang akan anggap metalheads semuanya jahat...baik kita buat satu friendly confrontation agar diorang pun tau apa yg betul dan apa yg x betul psl muzik black metal khususnya...
ReplyDeletebersembang dengan rakan saya, bila saya memetik nama band dan media arus perdana, saya sebut 'black metal'.
ReplyDeletekawan saya kata, "bukan black metal lah. diorang tu thrash metal."
saya jawab, "pada media arus perdana, semuanya black metal. termasuklah bon jovi".
sukar sekali ingin mengambil pendekatan ilmiah tentang black metal walaupun dengan seorang doktor jika sepanjang hidup mereka tak pernah pun sekali mereka mendengar jenisan muzik tersebut.
artikel di atas memang namoak sangat pincangnya. seperti dirujuk dari satu sumber, dan itulah yang dirasakan sebagai sumber yang sahih.
saya pun memang nak tulis pasal metal, dari akar umbinya lagi hingga membawa kepada pecahan-pecahannya termasuklah black metal, tapi saya takkan dapat buat dalam masa sehari dua. saya perlukan penyelidikan yang ekstensif. saya perlu merujuk bahan dan orang yang sepatutnya walaupun diri sendiri dah hidup dengan muzik metal berpuluh tahun. saya perlu cari pengamal muziknya.
penulis semacam mencari sudut kejahatan sahaja pada black metal, iaitu apa yang tersurat. yang tersirat dan segala insider joke bathtub Dimmu Borgir confirm dia takkan tulis, takkan tahu pun.
abang Ben, 2 perkataan : Pink Metal. joke of the day.
aikk..
ReplyDeletekuar lg isu ni??
tp perenggan ni klaka ah: "Perkara yang perlu dilalui oleh remaja yang berminat untuk menyertai kumpulan Black Metal adalah remaja atau bakal ahli perlu melepasi ritual pertama iaitu sujud kaki ketua kumpulan"
hahahahaha..glak smpai nk tkencing aku
kah3!!! LADY GAGA pun Black metal gak!!! we all $LAVE to the satanic worshiper!!!
ReplyDeleteCORRECTION!!!
ReplyDeleteØystein Aarseth aka Euronymous has been killed because he is fucking Varg Vikernes girlfriend. Not because of power. Because of love and jealous. So, this is how the Legendary 'Count Grishnackh' look like...huh
abg ben.dah tiba masenye isu black metal dan mat2 metal kita di bela.elok ada satu forum ke,diskusi ke kat UTP tu tentang isu ini.mat metal solat juga hape~!baca quran,makan nasikk~!!aku babulu btol org yg berpangkat dr/profesor tapi buat kajian ttg isu2 cmni ikot sedap tekakk angah diorang jekk~!!hadehh~!!
ReplyDeleteTerbaeklah bro!!!
ReplyDeleteDr tu poyo je lebih.. mana boleh dia menulis sesuatu artikel by referring to the mirrors?
di kena kaji scene kat mesia, bukan kat norway sana nun.. setakat buat research dalam tenet pasti mengadapatasikan apa yg dia dapat dari sumber tenet tu ke dalam budaya hidup org mesia.. mmgla nampak semuanya nampak evil..tp ada ke dia pernah interview mana2 band metal (UG) kat mesia ni? xde..so artikel dia tu mmg xleh pakai..
Biasalah tu bro. Kumpulan Utusan ni semenjak dari awal millenium dulu bawak ke sekarang tak habis-habis buat artikel merepek-repek pasal Black Metal. Paling banyak kat dalam majalah Mastika.
ReplyDeletePasal sembah syaitan la hapa la. Pernah sekali tu kumpulan Incubus pun dituduh Black Metal, mentang-mentanglah nama kumpulan pun Incubus, habis dia pukul rata. Takda kena mengena langsung Incubus dengan Black.
Macam mana la masyarakat nak maju fikiran. Dah tahap doktor pun tulis meraban-teben lagi. Tulis macam budak jenis buat assignment copy paste.