Jangan tanya apa maksud Scissor Sisters. Aku tak tau dan malas nak menyelidikinya walaupun ianya sangat bermisteri, sedap disebut dan menimbulkan syak wasangka.
Syak wasangka aku bermula dengan keyakinan bahawa ini adalah kumpulan gadis gedik seperti Pussycat Dolls ataupun makcik Spice Girls.
Aku silap (banyak kali aku silap, bukan saja dalam hal merebiu bahkan dalam kehidupan).
Scissor Sisters adalah sebuah band yang berteraskan campuran muzik disco dan glam rock. Boleh digambarkan begini - Duran-Duran tambah Sex Pistols? Ye ke? Adalah sikit elemen sebegitu.
Ini adalah album ketiga mereka. Karier mereka bermula dengan meletupnya album pertama terutama di Australia pada tahun 2004. Aku bersaksi akan kehebatan nama mereka di Australia ketika aku menetap di sana suatu ketika dulu. Seperti biasa, aku buat tak tau.
Walaupun album ini tidaklah boleh aku kategorikan sebagai album yang menyebabkan aku membeliakkan mata, rambut tegak ke atas dan mulut tersengih (ciri-ciri album abad ini), tetapi album ini cukup untuk aku meletakkan Scissor Sisters sebagai satu band yang aku akan ambil kira pada masa hadapan.
Berbeda dengan band yang seumpamanya, mereka tidak terlampau serius dalam adaptasi muzik 80an mereka. Sebaliknya, elemen bersahaja dan rilek-la-brader, secara tanpa sengaja disepahkan merentasi durasi album ini. Pada aku, ini adalah kekuatan. Kekuatan dalam mencipta muzik tanpa menjadikan ia sesuatu bebanan yang perlu dipikul oleh pendengarnya.
Maaf, gambar album tak sampai hati nak diletak di ruang ini. Sex sells!
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
teringat dlu dorg ada cover lagu Pink Floyd, Comfortably Numb dgn gaya Scissor Sisters..
ReplyDelete