Tuesday, September 21, 2010

Ulasan: KEVIN RUDOLF To The Sky CD

Ini seperti kes mistaken identity.

Ataupun kes, jangan menghakimi buku melalui kulitnya.

Antara dua kes tersebut, yang pasti aku tertipu dengan kulit muka CD ini. Aku tak sangka yang Kevin Rudolf adalah penyanyi dance/hiphop! Aku ingatkan beliau penyanyi pop ataupun country rock. Aku rasa nak tergelak.

Google sikit dan kita akan mendapati beliau suka bergambar dengan gitar GIBSON LP. Ini mungkin kelainan imej yang mahu diterapkan oleh beliau. Kontras dengan apa yang dihidangkan secara kebiasaan. Nampaknya kelainan ini berhasil, beliau menjadi artis rock/hiphop pertama dibawah kontrak dengan label muzik urban,  Music Empire.

Masalah sebenar album ini bukanlah lagu-lagu yang diutarakan tetapi lebih kepada kontras yang melampau yang ditunjukkan oleh beliau. Kontras tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu lagu yang beliau sendiri menyanyikan dan yang selebihnya lagu-lagu yang divokal oleh penyanyi undangan. Kontrasnya melampau! Lagu yang dinyanyikannya seolah-olah datang dari album yang berlainan.

Tolak vokalis undangan Weezer, yang lainnya mencorakkan lagu-lagu beliau seperti album hip hop yang mengejar populariti Eminem. Sedangkan lagu yang dinyanyikannya sendiri, ia seperti album dariband Lifehouse! Begitulah jarak kontradiksi beliau.

Penampilan beliau yang pada satu bahagian, agak nerdy dan pada satu bahagian yang lain seperti Kid Rock juga tidak membantu.

Jika anda ada dua personaliti, mungkin ini secawan teh untuk anda. Aku lebih suka sekiranya Kevin Rudolf mendapatkan nasihat pakar konsultan imej untuk mencorakkan imej beliau yang sebenar. Keputusan harus dibuat segera, Kevin!




-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

2 comments:

  1. Dalam ramai2 penyanyi hip-hop barat aku lebih gemar pada Everlast kerana lirik2 beliau lebih positif dan setelah beliau memeluk Islam beliau cuba untuk menerapkan unsur2 keIslaman dalam lirik lagunya walaupun tidak begitu ketara.

    ReplyDelete
  2. zulazahari,

    nanti aku try test cuba dengar. Kalau rajin le ;)

    atau ada CD free datang.

    ReplyDelete