Kebiasaan aku balik ke rumah, singgah kedai grocery dulu, beli ais.
Pelik juga. Peti ais kat rumah 2 meter tinggi, ais tak cukup-cukup. Hari-mari mau ;)
Aku bawak bungkusan ais ke kaunter - seluk kocek nak keluarkan RM1.50 untuk 2kg ais.
Brader kat belakang - bertanya kepada nyonya kaunter,
"Mercun takde jual ke?"
Aku pandang ke belakang. Dia sedang mendukung anak. Aku kira umur anaknya dalam 2-3 tahun. Dia tak peduli pandangan aku. Dia mengharap jawapan dari nyonya kaunter.
"Takde la"
"Eh, itu hari ada?"
"Ada orang sudah komplen"
Elok!
Mercun ni bukan membakar duit je. Malah membakar tangan, mata, telinga bahkan nyawa. Dia tak baca ke?
Kes 1
Kes 2
Sudah-sudahlah tu bro...
Ke arah MALAYSIA BEBAS MERCUN DAN BUNGA API!!!
bile diaorang nak haramkan penjualan arak plak abang ben..
ReplyDeletesedangkan arak lebih merbahaya dari mercun..
p/s ayat defen dari penjual mercun
bab ni gua sokong abang ben..
ReplyDeletebab arak..
Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?

mercun bawang best..
ReplyDeletemercun? nape men tak ikot rules? naper org tua tak peratikan?
ReplyDeletelame lak anak aku nak besor... nanti leh ajo dia men meriam katak
Betul- bila any fastive season je..anak melayu kita jer yang kudung tangan atau injured..or the latest 7 the saddest died due to the explosion...
ReplyDeletetapi saye rasa paling alarming bab buang baby- every month ade je..yesterday kat rumah saye..di tinggalnya baby tuh dalam paper bag sebelum disangkut kat papan tanda- mujur ada passerby jumpa-more malaysian are becoming ass-holes! Sad but true