Monday, July 12, 2010

Ulasan: CHILDREN OF BODOM Skeletons In The Closet CD

Album tribute ataupun cover-songs adalah pisau bercabang dua. Samada boleh membunuh orang yang mendengarnya ataupun membunuh kedua-dua, pendengar dan juga band yang merilisnya. Ini kerana jarang sekali sebuah album tribute yang boleh dipersetujui oleh majoriti sebagai album yang baik.

Biasanya album tribute adalah kompilasi dari sesi rekoding album untuk menghilangkan stress rakaman studio. Apabila dirilis, album sebegini bukan menjadi album yang diharapkan memecah carta. Sekadar menambah koleksi peminatnya saja. Untuk diambil serius, tidak sama sekali.

Untuk band yang bersuara growl, ini menambah beban mereka apabila cover/tribute yang mereka dendangkan dari artis yang bersuara lunak. Children of Bodom cerdik. Paling sukar pun, mungkin lagu Don't Stop At The Top (Scorpions), itupun kerana lagu berat yang meminimakan peranan Klaus Meine. Bayangkan lagu Still Loving You versi Children Of Bodom.


Mungkin dalam sesi merakamkan lagu Britney Spears, mereka gelak berguling-guling atas lantai. Ini lagu rules! Siap dengan slap bass lagi. Siapa yang pernah ada pengalaman merakam album di dalam studio sudah pastinya faham stress dan tekanan dalam menyiapkan album. Lagu-lagu cover sebegini akan melenyapkan seketika stress tersebut dan band akan bangkit kembali bersemangat untuk meneruskan kerja.

Majoriti adalah lagu-lagu Metal yang lain seperti Mass Hypnosis (Sepultura), Silent Scream (Slayer), Hellion (WASP), Aces High (Iron Maiden) dan sebagainya. Ini logik. Kalau yang banyak adalah lagu-lagu pop, bagaimana pula asas Children Of Bodom nak diletak?

Ini album yang menggembirakan hati tapi tidak patut dijadikan benchmark untuk mengadili reputasi Children of Bodom. Untuk peminatnya, ini adalah rilisan wajib. Untuk yang bukan peminat, dengar tanpa expectations, take as it it.

   1. "Lookin' out My Back Door" (Creedence Clearwater Revival)
   2. "Hell Is for Children" (Pat Benatar)*
   3. "Somebody Put Something in My Drink" (Ramones)
   4. "Mass Hypnosis" (Sepultura)
   5. "Don't Stop at the Top" (Scorpions)
   6. "Silent Scream" (Slayer)
   7. "Just Dropped In (To See What Condition My Condition Was In)" (Kenny Rogers)
   8. "Hellion" (W.A.S.P.)
   9. "Aces High" (Iron Maiden)
  10. "Rebel Yell" (Billy Idol)
  11. "No Commands" (Stone)
  12. "Antisocial" (Trust/Anthrax)
  13. "Talk Dirty to Me" (Poison)
  14. "Ghost Riders in the Sky" (Stan Jones / Johnny Cash)
  15. "War Inside My Head" (Suicidal Tendencies)**
  16. "Oops! I Did It Again" (Britney Spears)
  17. "Waiting" (King Diamond)






-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

7 comments:

  1. laiho ni suara tak sedap.MTV punya growl style.main pun biasa je.the whole band are overrated.

    ReplyDelete
  2. hahaha aku suka intro lagu oops i did it again "coz u loose all... perkele!"

    tu lagu waiting king diamond tu kira hidden track

    ReplyDelete
  3. Lepas nie Langsuir boleh buat cover version untuk lagu Percayalah Siti Nurhaliza.

    ReplyDelete
  4. mm buat la cover mak et 'cinta luar biasa'

    ReplyDelete
  5. hohohoh kena cari ini album

    ReplyDelete
  6. Aku rasa untuk track baru cuma pada track 2, 12, 15 dan 17. Track lain semua pernah keluar dalam Single, Ep dan Lp. Kanjai juga mikiorkan apa tujuan album ni di buat? Berbaloi ke untuk menambahkan koleksi sedangkan lagu kebanyakan dah pernah keluor..Ntah, kawe dok caro.

    ReplyDelete
  7. infernal hammer,

    biasa memang macam tu. Memudahkan fans yang nak dengar lagu cover je.

    ReplyDelete