Sunday, July 04, 2010

Ulasan: ARES KINGDOM Incendiary CD (Promo gatefold version)

 Oleh: Lutfie

Sekarang ni aku tengok ‘underground metal’ makin menjadi-jadi. Underground di sini bukan underground punk atau macam mana media atau orang-orang biasa ingat band-band keras ni underground, tapi underground yang lagi underground. HAHA. Belit punya explanation. Kat sini(Australia) aku semakin hype untuk explore ‘underground metal’ ni dan ternyata aku dah sangkut.  Dalam banyak-banyak cd underground  metal yang aku ada, aku baru je angkut Ares Kingdom Incendiary dan Return to Dust yang aku order dari sebuah Distro local. Untuk harga $5AUD tiap-tiap cd, ternyata it worth more than that lepas dengar hampir 2 kali setiap album!. Tapi kali ni aku akan mengulas album Incendiary dulu.

Aku mula-mula agak skeptik untuk label band ni sebagai mempunyai ‘die-hard’ factor but I was completely wrong. Incendiary adalah full length release Ares Kingdom tahun ini (2010), menurut Metal-archive. Versi cd yang aku dapat ni adalah versi promo gatefold. Tak pasti mula-mulanya kenapa versi promo ada isi full length, tapi that is not a problem.

Mendengar blasting dan riffing lagu pertama ‘Incendiary’ dah cukup untuk aku terus khayal untuk layan keseluruhan album ni. Aku takkan review album ni by songs; sebab aku tak reti nak komen pasal instrumental stuff. Aku dah lama dengar tentang Ares Kingdom sebagai band Underground Deathrash metal tapi malas nak download/dengar kat MySpace sampai lah aku tergerak nak beli cd ni. Ramai kenalan cakap this band is a must listen for Order From Chaos fans. Mana taknya, dalam band ni ada 2 ex-members of Order From Chaos. Not suprising pada aku bunyi Ares Kingdom ada iras-iras 2 full-length terakhir Order From Chaos (Dawnbringer dan An ending in Fire). 

Walaupun underground, tapi kualiti album ni lain macam. ASS-KICKING! This is exactly how metal should be done-at least to me; something that I have always been favouring for! Riff yang sedap,catchy dan rangup, dan berat!. Drumming pattern pun ada kualiti tersendiri yang membuatkan setiap lagu ada feel tersendiri. Vocal yang ‘marah’ dan production yang sederhana tapi personally semua tu mengekalkan kualiti kemanusiaan yang pada aku ada keistimewaan sendiri. Aku makin bosan dengan band-band death metal dan thrash metal yang sekarang suka sangat buat production yang ‘super-clear’ dan tak meletakkan feeling ‘originally played by human’.

Banyak lagu-lagu dalam album ni panjang-panjang. Ada sampai 8 minit. Tapi nampaknya aku tak perasan berapa panjang(aku menyampah band main lagu panjang-panjang-sebab utama aku tak suka progressive metal) dan semua lagu boleh bikin dive yang mengasyikkan. Lagu ‘Consigned to Ages’ adalah lagu instrumental ala-ala Orion(Master of Puppets Metallica). Boleh tahan syok tapi tak berapa nak naik syeikh. Kena panjang lagi kot lepas tu kasi goreng lebih sikit lagi sure lagi best. Lagu lepas instrumental track ni sangat menarik dan berat, sebenarnya lagu-lagu lain pun berat tapi tiba-tiba tertarik dengan track ni. Kuat dengan unsur thrash pada hujung-hujung lagu ni. Lagu seterusnya pun macam ada sequence dengan lagu ‘Consigned to Ages’. Lagu terakhir album ni ‘Abandon in Place’ agak laid back, tapi diselang seli dengan intense riff dan blasting. Cukup menarik dan secukup rasa arrangement melodinya.

Line-up Ares Kingdom terkini:
LineAlex Blume - Bass, Vocals (Nepenthe (USA), Blasphemic Cruelty)
Doug Overbay - Rhythm Guitar
Mike Miller - Drums (Order From Chaos)
Chuck Keller - Lead/Rhythm Guitar (Order from Chaos, Vulpecula (USA), Barbatos (Jpn)

Tracklist:
1.Incendiary 3:36
2.Descent of Man 7:19
3.The Destruction of Sennacherib 2:24
4.Silent Mortal Flesh (Convergence) 5:02
5.Ashen Glory 6:04
6.Beasts That Perish 7:04
7.Consigned to the Ages 2:43
8.Gathering the Eagles 6:51
9.Abandon in Place 8:03

For fans of underground old school Deathrash metal, Ares Kingdom are no comparison to other bands     (apart from Order From Chaos).Band ni mempunyai kualiti yang sangat menyerlah dari pelbagai segi. Untuk mereka yang dah bosan dengan crystal clear type of production tapi masih mencari tunes yang kotor tapi masih maintain berat dan catchy, this is your call!.

8/10 – Lagi dua bintang gua pangkah sebab promo gatefold ni tak bagus la untuk cd.Boleh buat cd rosak!

1 comment:

  1. baca sambil dengar you tube ares kingdom..

    harap-harap terjumpa cd ni dekat Malaysia dengan RM5..

    ReplyDelete