Friday, July 09, 2010

Space Gambus Experiment di Surf's Up 3/7/2010

Mukaddimah boleh baca SINI.

LATIHAN

Aku tak expect apa-apa. In fact, aku tak prepare apa pun selain dari dengar dalam kereta, lagu-lagu yang sepatutnya dipersembahkan. 3 buah lagu dan 3 improvisations. Mungkin aku malas? Mungkin juga aku mahu ianya spontaneous. Aku perlu free my mind from any expectations.

Penuh ruang studio dengan musicians dan equipments. Andri dan Aizat bawa kereta kebal masing-masing (ie effect paddles dan amp sendiri). Kamal dengan alatan spaceship. Munis dengan alatan tradisional. Yang tertinggal ialah highlight show iaitu Zulkifli sebab dia hanya akan datang keesokan harinya, iaitu hari persembahan.

Dengan preparations yang macam ini, apa yang bakal berlaku?

Untuk lebih jelas, senarai pemuzik seperti di bawah:

Space Gambus Experiment: The Collective:

kamal sabran: sampler, noise (mad scientist/sound artist)
zulkifli: gambus (ex-Cryptic Malediction, Dewangga Sakti)
haneem: guitar, ambient (artist, curator)
bentara: guitar, soundscape (ex- Langsuyr, Tro-Njo-I, Bentara)
elly: bass (ex-the hans)
Munis Musa: multi-ethnic-instrumentalist (Uh Uh!)
andri: guitar, noise (Goodbye 20th Century)
aizat: guitar (Keladak)
azmil mokhtar: drum , percussion (The Hans)

4 gitar, 1 bass, 1 drum, 1 gambus, 1 multi-ethnic instruments dan 1 DJ.

 Andri dan Haneem

Kamal, Elly, Munis dan Aizat

 
Kamal dengan barangan spaceship dan Aizat dengan bom jangka

 
Andri dengan bom jangka dan Kamal
 
Aku tau... memang aku nak jogging esoknya.

 
Menggodek miniatur The Transformers!


HARI PERSEMBAHAN

Malam tadi sesi latihan sukses. Kami dapat aura dan vibe. Dan kami tahu peranan masing-masing untuk hari ini. I guess, we are all seasoned in one way or another. Stage fright, at least pada aku, hampir tiada. Kawan-kawan yang ramai atas stage juga membantu menghilangkan stage fright itu.

Rasa crowd pun tak letak expectation apa-apa pada kami. Yang jelas, mungkin mereka curious. Apa reaksi yang patut diberikan kepada SGE. Jika ada adrenalin rush, apa yang nak dilakukan terhadap adrenalin rush tersebut? Nak melompat? Nak cucuk tanah? Nak shuffle? Aku rasa itulah perkara yang bermain-main dalam fikiran mereka.

I mean, 9 musicians atas stage!!! Penuh.

Crowd mengelilingi kami. Ada yang bersedekap. Ada yang memanjangkan leher. Ada yang blank. Ada juga yang sinis.

Aku pun tak pasti bila show kami bermula sebenarnya. Masing-masing sibuk adjust instruments dan sound masing-masing. Tiba-tiba, cue dari Kamal bermula (bunyi elektronika)...

Kami pun terbang di ruang udara sonik. Masing-masing tenggelam dalam keasyikan masing-masing. Aku terpaksa memastikan sound tremolo gitar aku tidak mengganggu flow instrumen yang lain. Menyebabkan aku terpaksa mengadap kepada amp kerana mustahil volume dapat aku jaga dari multiefek. Selepas show, Kamal bagitau apa yang aku tak nampak; aku ada crowd sendiri di belakangku. Memerhati.

Finale kami adalah yang terbaik. Sebuah lagu improvisation yang menekankan elemen chaos dan random tetapi mingle dalam rhythm continuity. Yang 9 seolah berfikir dalam satu walaupun zahirnya kami adalah random dan chaotic. Jelingan aku pada crowd mendapati ada yang sudah melompat-lompat. Ada yang menggetap bibir. Ada yang mengerut dahi. Bagus, itu tanda naik syeikh.

Finale fade out dan disambut dengan sorakan tanda persetujuan dari crowd. Kami turun dari stage dengan senyuman.

It was a TRIUMPH!

Zulkifli Ramli
 
Bentara
 
Azmil Mokhtar
 
 
Elly

 
 
Munis Musa aka Tok Penghulu

Komen random seperti yang dilaporkan oleh Azmil Mokhtar:

"perghhh, macam radiohead dah... memang giler!"

"Menusuk kalbu la bro dgr korang main"

Si Polan: Ape Genre korang?
Aku : Gambus + noise = Gambus xperiment...
Si Polan: Time aku dgr korang main, tiba2 menitis airmata..  Syahdu giler...(SAMBIL MENUNJUKKAN VIDEO DALAM HP NYA)
AKU : ..................... ( Blur sekejap )...
Si Polan : Takder CD ke?
AKU : Check dalam FB... tanya kat sana.... aku tak tau pasal tu...

Si Polan 2 : HAhahaha... ramai betul yang main ni... (mcm perli)
..... HABIS JE MAIN....
Si Polan 2 : Perghh, Macam mana korang praktis? Sapa Yang arrange muzik?
AKU : Kamal Sabran and Zul.... Yang lain kolabrate...
Si Polan : Semua org Ipoh ke?
AKU : Tak, 3 dari KL lain ipoh le...
Si Polan 2 : Aik, tak paham aku... perghhh, lain macam muzik...
AKu : namapun xperiment........
Si Polan 2 : Serius gua minat...

MORE PHOTOS here http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=2066614&id=1472171052

Next show:
17/7/2010 - Solaris, Sri Hartamas, KL
31/7/2010 - Balai Seni Lukis Negara, KL

Kredit gambar black/white: Nini Marini
Kredit gambar warna: Haneem Kaydeen

8 comments:

  1. Anonymous9:33 AM

    aku dah dengar dan aku suka !!!.

    atleast ada jugak banda yg try lari dr kepompong band2 kat mesia nih.

    ReplyDelete
  2. main muzik ni xkisah apa genre, kalau dah dpt geng sekepala mmg best!

    ReplyDelete
  3. Tu diaa...effect ada 18 ratus...kalu ada metal zone yg tak pakai sedekah la pada mereka yg memerlukan ni...

    ReplyDelete
  4. wah...supergroup nie..

    ReplyDelete
  5. minta kebenaran untuk terbitkan kembali di blog!

    ReplyDelete
  6. tahniah pada Kamal and the gang.Lama juga tak tonton persembahan SGE.

    ReplyDelete
  7. Sam....
    Wah, terbang ke angkasa nampak...!
    ;-)=

    ReplyDelete