Persoalan yang menarik... sila jawab
-----------------------------
Assalamu'alaikum,
Beberapa minggu lepas saya menziarahi satu pasangan yang baru mendapat cahaya mata.
Beberapa hari lepas saya juga menziarahi satu pasangan lain, yang telah mendapat cahaya mata lebih kurang enam bulan lepas.
Kedua-dua pasangan ini memiliki beberapa kesamaan:
- Mereka bernikah selepas lulus IPTA, selepas mendapat degree dalam jurusan masing-masing.
- Masing-masing suami telah mendapat kerja yang stabil dan income yang berpatutan, selari dengan jurusan dan skop kerja mereka. Cukup untuk beli rumah, kereta dan perabot asas.
- Masing-masing dianugerahi Allah dengan cahaya mata yang sihat lagi comel.
- Masing-masing ingin menghantar anak ke pusat penjagaan kerana ingin melanjutkan pengajian ke tahap master, kemudian PhD.
Saya tak faham. Saya...
- Tak faham kenapa orang sekarang hendak mengejar kelulusan kertas.
- Tak faham kenapa nak tambah hutang belajar lagi? Malah hutang PTPTN belajar degree belum habis bayar, entah-entah baru nak start bayar. Campur lagi dengan hutang rumah, hutang kereta, hutang perabot, hutang kad kredit....
- Jika dalam skop kerjaya kelulusan kertas dapat menaikkan gaji dan pangkat, saya faham. Akan tetapi kalau isteri plan tak kerja, dan majikan pula tak kisah sama ada suami ada master atau PhD (janji kerja cemerlang), kenapa nak tambah kelulusan kertas?
- Kelulusan kertas adalah sistem Barat yang diagung-agungkan 10-20 tahun yang lepas. Kini di Barat ia tidak begitu penting, yang penting ialah hasil dan manfaat seseorang kepada masyarakat, syarikat dan sebagainya.
Ambil contoh dua orang pelopor Google. Mereka gagal dalam mendapatkan PhD dari Stanford Universiti. Akan tetapi dari universiti yang sama mereka mendapat idea enjin pencarian, dan mengembangkannya hingga hari ini. Pihak Stanford menyokong usaha mereka dan sehingga hari ini berbangga dengan kejayaan mereka sekalipun kedua-dua pelopor itu gagal di kampus mereka. Pengarah Stanford mengulas, bahawa yang penting bukan kelulusan kertas tetapi apa yang dapat dicapai oleh para pelajar mereka di alam realiti.
Siapa hari ini yang tidak guna satu atau lebih dari perkhidmatan Google?
- Di Malaysia sudah ada ribuan yang berkelulusan PhD. Akan tetapi kita masih jauh ketinggalan dalam kecemerlangan membuat sesuatu yang baru dalam apa jua bidang. Kadang-kadang ada, tetapi tenggelam entah ke mana.
Saya pernah tanya seseorang yang ada PhD dalam hardware komputer, berkerja di R&D salah sebuah syarikat komputer di Malaysia. Saya tanya, kenapa laptop perlu ada separate power adapter? Kenapa tidak siap bina di dalam, maka power cable dari soket dinding terus cucuk dalam laptop? Sudah tentu teknologi sekarang mampu melakukannya, sambil tetap mengekalkan saiz dan berat laptop. Dia jawab: "Ya tak ya...kenapa kami tak terfikir sebelum ini?" Ini berlaku beberapa tahun yang lepas.
Ambil contoh dalam bidang agama. Kita ada banyak kelulusan PhD dalam bidang aqidah, akan tetapi aliran "Rahsia Tarikh Lahir" tetap lebih cemerlang. Kita ada banyak kelulusan PhD dalam bidang hadis, akan tetapi hadis palsu dan dha'if masih bersepah-sepah. Kita ada banyak kelulusan PhD dalam bidang fiqh, akan tetapi fiqh Malaysia masih jumud.
- Kelulusan kertas memberi keyakinan palsu kepada banyak orang bahawa dia telah mencapai kecemerlangan dalam hidupnya. Atas sebab ini kita lihat banyak orang selepas mendapat sijil PhD, tiada apa-apa hasil tulisan/kajian ilmiah dari mereka. Selah-olah PhD ialah kemuncak dalam hala tuju hidupnya. Hanya segelintir yang terus cemerlang dan bertambah cemerlang selepas mendapat sijil PhD mereka.
- Kita hendak ubah presepsi masyakat bahawa orang yang cemerlang ialah orang yang dapat membawa banyak manfaat kepada dunia dan manusia dalam kehidupannya. Kelulusan kertas boleh mungkin menjadi sarana, akan tetapi bukan syarat wajib.
- Kemudiannya bagi para ibu, kenapa sanggup meninggal anak yang dianugerahkan Allah - satu angerah yang tidak ternilai - semata-mata untuk mengejar kelulusan kertas? Kenapa sanggup meninggalkan anak kepada warga asing yang Allah saja yang tahu cara mereka mengabaikan anak-anak ketika dalam penjagaan, semata-mata untuk mendapatkan sijil yang boleh digantung indah di dinding rumah?
Mungkin ibu beralasan, kami terpaksa kerja untuk cari income dalam suasana ekonomi yang menghimpit sekarang ini. Dan kelulusan extra menjamin kerja yang lebih baik gajinya.
Saya tanya kembali, dari gaji yang diperolehi, campur gaji extra yang mungkin diperolehi dengan kelulusan kertas yang bertambah, adakah ia dapat menutupi kos:
- Pengangkutan pergi dan balik ke tempat kerja, seperti minyak, tol, penyelenggaraan kereta, pakir bulanan.
- Pakaian, yang bagi wanita merupakan satu kebiasaan untuk memiliki beberapa set dan bertukar-tukar pakaian selang beberapa bulan. Kalau tidak warga kerja tanya "Aminah, engkau ni aku tengok asyik dengan baju kurang biru ni aje?"
- Makanan. Ketika di tempat kerja makan di kafeteria atau restoran. Balik rumah dah letih nak masak, beli saja di luar.
- Membayar balik hutang semua pengajian.
- Yuran pusat penjagaan anak.
- Masa bersama anak.
- Masa bersama suami.
Saya tak faham. Boleh sesiapa fahamkan saya?
Terima kasih.
(Kapten Hafiz Firdaus)
errr sy pun x paham.
ReplyDeleteUmat manusia kene jadikan dakwah maksud hidup, insyaAllah untuk perkara dunia, mereka akan lebih bersederhana.
depends on org la. kl kasik example org google, bill gates tuh kes2 special. sbb tuh la ade bape bijik je pon org2 camtuh.
ReplyDeletepsl kelulusan tuh aku rs sbb trend zmn skang nih org suke tukar2 kje. generasi skang nih dh jarang dh yg kerja 20-30 taun dgn satu kompeni je, so kl ade mcm2 cert mcm lagi kompetitif r kot. ntah r tp aku mengejar cert 1st aku je. haram xdek duit dh nk sambung. malas plak tuh.
psl mak2 bekerje tuh, lg r depends on org. mak aku kje je waktu ktorg kecik. mak aku yg ajar membace, mak aku yg ajar quran. mak aku yg masak. xdek pon bli kedai. ade pembantu rumah pon still mak aku masak hari2 pe.
kl dh nasib dapat bini xleh multitasking ape buleh buat....
built in power cable kat laptop?
ReplyDeleteboleh built in rasenyer sekirenya semua negare menggunekan voltan yg same......
kalo tak, perlu ade 2 jenis laptop.. untuk negare cam malaysia/singapore dan juga untuk negare cam amerika/indonesia
ac adapter juga perlu diletakkan berasingan/jauh dari board/monitor/cip/dll supaye haba yg terhasil dari ac adapter itu tidak mengganggu kelancaran board atau membakar board..
sekirenya laptop yg dibeli di amerika... perlu ade sekali transformer kerna volt amerika kecik dr malaysia
tu pandangan aku ler... hehehehhe
tu pikiran secare logik.. (mungkin skang ko dah ade jawapan pasal adaptor tu)
tapi pe-pe hal... kalo bawak laptop ke indonesia... jgn caj kat sane... adaptor/bateri leh rosak
hehe nk senyum baca posting ni. sy pun berfikiran yg sama juga. tak faham kenapa. tp bila dirujuk kembali kepada Abraham Maslow punya piramid tu yg paling tinggi adalah self actualization. jadinya sy berfikir mungkin org2 yg sebegini punya cita2 sendiri utk meraih Master dan PhD..ada juga yg mahu sbb self-esteem sbb pengalaman sy, bila kawan2 tahu sy melanjutkan pelajaran, mereka juga merasa tercabar dan mahu ambil master juga. Tapi itu semua pilihan mereka sendiri. Selalunya org yg dh melalui atau tgh melalui proses PhD journey punya tendency utk terfikir mcm ni.. -Just my two cents
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteDunia susah nak dapat tapi mudah nak faham...iyela nk dpt phd byk mujahadh kne tgl ank, byr itu ini, n mcm2 lg yg sy sendiri tak faham...yg sy fhm kne bljr balik...arghh!! not me!!
Tapi org faham, self esteem naik, org respek lebih, jgn suspek, sudah! Income naik...tp yg penting itu kertas sijil phd bole tayang lah...
Akhirat mudah nak dapat, sekali recite subhanallahi walhamdulillahi walaailahaillallahu wallahuakbar, dah dpt satu pohon di syurga yg bayang2/redupnya saja mau 500 thn perjalanan kuda terpantas!!!
Faham??? Tak faham ek? Tapi dah dapat ganjarannya...
Tak faham maka malaslah nak kejor, yg faham dia kejor wpun susah...
Hmmm...tu le pasal...
Semoga Allah beri faham...
Salam
ReplyDeleteSaya baru cadang nak sambung PHD. Esok nak VIVA untuk tesis master.
Balik pada soalan tu.Senang aje- kenapa yang bertanya tu ada title 'Kapten' kat depan namanya tu?
Tepuk dada tanya selera.