Kebelakangan ini selalu kita dengar tentang penderaan anak-anak yang dijaga di pusat asuhan. Ada yang mati pun.
Malang.
Kenapa perlu anak-anak diberi kepada orang lain untuk diasuh ataupun ditinggalkan? Alasan utama adalah kerana kedua ibubapa bekerja.
Aku dulu pun ditinggalkan ibubapa kerana kedua-dua bekerja. Aku dijaga oleh pengasuh bersebelahan.
Bukanlah aku diasuh sangat. Cuma ditengok-tengokkan je.
Cuma pengasuh aku itu mungkin ada rasa tanggungjawab. Dia jaga aku bukan semata-mata upah. Tapi ada rasa tanggungjawab. Memang aku pernah dimarah sebagaimana aku dimarahi oleh ibubapaku tetapi selalu juga aku dibacking oleh pengasuhku juga jika sesuatu kesalahan itu bukan salahku. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih berhubung dengan pengasuhku. Hmm... nak kena ziarah dia juga satu hari nanti, dah lama tak berjumpa.
Bandingkan dengan sekarang.
Duit yang motivate. Pengasuh dan ibubapa berinteraksi semata-mata kerana duit. Ibubapa bekerja kerana duit, dan pengasuh mengasuh kerana duit.
Kualiti hidup yang berdasarkan kepada duit.
Duit itu sebahagian kecil dari kasih sayang. Mengorbankan duit kerana kasih sayang juga adalah kasih sayang. Malah kasih sayang ini lebih besar nilainya dari nilai duit yang dikorbankan.
Qana'ah (berpada pada apa yang ada) sudah menjadi satu sifat yang jarang diambil berat. Maksud qana'ah pun kemungkinan ramai yang tak tau. Apa lagi nak ambil peduli.
Aku tabik hormat kepada mereka-mereka yang berpegang kepada qana'ah dalam kehidupan sehari-hari ini yang mana dalam keadaan sekarang, orang ramai berlumba-lumba membesarkan dunia.
Semoga Allah s.w.t. memberi aku taufik untuk mengikut jejak langkah mereka. Amin.
Selalunya bini yang sedia bekerja berat nak berenti.
ReplyDeleteskang ni zaman dimana duit tak pernah nak cukup.nak tak nak kena gamble je laa abg ben..
ReplyDeleteorg dh tk qanaah maybe sbb kita selalu dgr orang ckp camni,
ReplyDeleteehh bagusnya dia tu,duit berkepuk senang hidup
cliche kan?