Klik untuk imej lebih besar
Pada masa Wawasan 2020 dibentangkan, tiada siapa tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Tetapi dengan harapan ia seperti yang diharapkan.
Realitinya seperti yang kita lihat sekarang, ia sangat berbeza dari apa yang dijangkakan.
Antara lain cara ekonomi dunia yang boleh dimanipulasikan sekarang. 1997/98 dengan cara pertukaran wang. Sekarang dengan manipulasi sektor perbankan. USA bailed-out syarikat gergasi di sana dengan jumlah US$3 trillion. Dari mana US$3 trillion tu datang? Dari bawah bantal? Ianya sekadar sehelai check yang ditulis dengan nilai sedangkan secara fizikal, duit sebegitu banyak tak wujud pun. Secara berseloroh Tun kata, bank berniaga tanpa modal. Out of nothing, they can create money.
Politik. Trend sekarang, negara kuasa besar boleh tukar kerajaan negara yang lemah ikut sesuka hati sesuai dengan kehendak mereka. Lihat saja di Iraq.
Teknologi. Informasi tanpa sempadan. Bayangkan jika seseorang mencipta satu ideologi bahaya yang kemudiannya diadaptasi oleh rakyat sesebuah negara. Dahulu, informasi sebegini boleh disekat kerana datang secara fizikal melalui sekatan kerajaan. Sekarang tidak lagi.
Topik syarahan ialah BEYOND, iaitu selepas 2020, apa akan jadi? Tun kata dia tak tahu dan dia pun dah selamat (masuk kubur) masa tu. Terpulang kepada pemimpin generasi baru untuk menghadapinya.
Wawasan 2020 BOLEH dicapai tetapi langkah-langkah sangat drastik dan radikal perlu diambil sesuai dengan perkembangan drastik dan radikal dunia masa kini dan akan datang. Kalau masih di takuk lama, Wawasan 2020 becomes impossible.
----------------------------------
Ni bukan artikel politik tau. Sekadar menambahkan laporan akhbar dalam sesi syarahan Tun Mahathir yang aku hadiri.
Syarahan beliau agak free-flow. Bersahaja dan diselit dengan humor yang berkaitan. Dari syarahan beliau, kita dapati bahawa concern beliau terhadap Malaysia masih lagi kuat. Walaupun daya usaha beliau sekadar bersyarah tetapi aku percaya banyak manfaat yang kita dapati dari syarahan sebegini.
22 tahun sebagai Perdana Menteri, sudah tentu banyak perkara yang mahu dikongsikan.
maha rules!
ReplyDeleteNice
ReplyDeletesalam..entri nih patut leh panjang lg bro..tambah sket ngan petikan dari ucapan Tun..anyway thanks..good job..
ReplyDeletetun lebih tekankan bab politik, ekonomi n sosial 'beyond 2020'time ucapan ni. tu yang ada cikgu tanya bab pendidikan. huhu.
ReplyDeleteGreat idea needs great leadership to execute them. Paklah dan Najib, hampes. Muhyidin kampung. Hishamudin pedekar pondan.
ReplyDeleteSo nak mencapai wawasan tuh, agak impossible lah at the moment.
Gua masih merasakan Tag Team TDM dan DSAI masih yang terbaik dalam sepanjang sejarah Malaysia.
ReplyDeletekita tak perlukan mahathir dah...
ReplyDelete