Tuesday, April 13, 2010

Dah nak kiamat!

Tengahari lepas makan memang suasana yang berat. Perut berat, mata berat...

Tapi gagah juga melangkah ke ofis.

Aku melangkah masuk ke dalam lif, diikuti oleh makcik cleaner.

"Tingkat 3?" tanyaku selepas memberi salam.

"Tingkat 1", jawabnya sambil tersenyum.

Lif memang slow. Walaupun nak ke tingkat satu. Kederat makcik cleaner, aku agak faham. Nak menggunakan kekuda untuk melangkah beberapa anak tangga (beberapa = banyak... lebih 30 anak tangga) ke tingkat satu, mungkin satu kerja yang berat. Nak pulak kena 7-8 kali turun naik.

Jadi, janganlah kritik beliau kerana tak bersenam.

Aku pun tak sanggup.

Kesempatan menunggu lif sampai ke tingat 1, aku penuhi dengan bicara hormat,

"Panas sekarang ni kan?" Aku memulakan bicara.

"Ha..ah... panas..." jawab beliau sambil mengerutkan dahi.

"Hari dah nak kiamat kot" sambungnya lagi.

Aku tersenyum kelat tatkala kelibat beliau hilang ditutup pintu lif yang akan meneruskan perjalanan ke tingkat 3.

5 comments:

  1. misteri gila mak cik tu

    ReplyDelete
  2. tak misteri sangat... sebab hari2 masuk bilik aku kasi clear tong sampah dalam bilik.

    ReplyDelete
  3. sam, ajak mak cik tu join tronjoi

    ReplyDelete
  4. Salam,

    betullah tu, memang hari dah nak kiamat pun.. Pemanasan global sudah pun bermula. Ketika musim panas, sebijik giler punya panas, kalau tiba musim hujan, walau hujan turun, panas tetap panas, tiada kompromi.... Apa2pun, segala2nya dalam perancangan Allah SWT.. Jadik kita semua kena redho la iya..

    ReplyDelete
  5. slm...

    makcik tuh org kerajaan langit kot...huh

    ReplyDelete