Mungkin usaha doa wife aku yang menyebabkan kereta yang dibooking 1.5 bulan lepas keluar sehari sebelum program bermula. Program di Kampung Sungai Bot, Batu 8, Tapah 19-21 March.
Alhamdulillah, kereta yang masih dara tu telah kami henjak ke jalan yang penuh liku masuk 5 kilometer dari jalan besar ke perkampungan tersebut. Lima pasang suami isteri yang telah join. Group lelaki tinggal di dalam surau sedangkan para isteri tinggal di dalam rumah tuan rumah (tuan rumah lelaki join kami di surau).
Surau yang penuh dengan rahmat. Walaupun buruk tapi Allah s.w.t. tak tengok atas rupa tapi tengok banyaknya amal yang dibuat dalam surau.
Berbual dengan Orang Asli Islam di perkampungan ini. Dalam hampir 50 keluarga, cuma 5 keluarga je yang Islam.
Pagi (selepas subuh) yang menyegarkan.
Lama tak kena dengan cuaca bukit ni...
Jalan keluar ke jalan besar Tapah-Cameron Highlands. One way lane je sejauh 5km. Eh, kereta putih sape tu?
Jalan lagi masuk ke dalam. Ada 2 lagi perkampungan Orang Asli yang tak sempat nak buat program. Satu kampung sejauh 10km dan satu lagi sejauh 13 km. InsyaAllah next time boleh redah lagi dalam.
Surau yang dibina oleh kakitangan TNB. Moga jasa Tuan-Tuan diberkati Allah s.w.t. Gereja kat sini dah lama musnah kena hempap pokok kelapa dan takde gereja baru. Cuma ada surau ni je walaupun keluarga Islam 5 out of 50. Moga jadi sumber hidayat kepada seluruh penduduk kampung ini.
Bahkayak. Nama anjing penunggu surau. Anjing memang banyak kat sini yang dibela oleh penduduk tempatan. Jinak. Makanan kami yang tak habis, memang jadi habuan Bahkayak.
Ayam kampung yeaaaa... last day. Beli ayam kampung 4 ekor dari seorang pakcik. Masak tomyam. Yummy!
Dunia untuk manusia. Termasuklah ayam ni. Tapi manusia untuk siapa? Untuk Allah s.w.t.!
Noordin. Satu keluarga masuk Islam lebih kurang 20 tahun yang lampau. Juga merupakan muazzin tetap surau. Masih mencari calon isteri (kalau ada syor, pass kat aku).
Out of topic kejap... Isa sambut harijadi ke-3 dengan kek coklat RM9.90. Dia nak semua tu, sikit pun tak nak kongsi. Salah cara sambut tu Isa wehhh...
-----------------------
Orang Asli di Tapah memang perlukan usaha tuan-tuan untuk dekatkan mereka pada agama. Sepanjang program kami, ramai wanita-wanita yang datang kepada isteri-isteri kami untuk belajar asas agama. Antara lain bab istinjak dan juga baca Al-Quran. Sampai satu tahap tu, 25 orang wanita bersama dalam rumah yang kecil, semata-mata nak belajar agama. Subhanallah.
Mereka memang mengalu-alukan kedatangan Tuan-Tuan atas agama. InsyaAllah kita sama-sama azam jadi pembantu kepada agama yang hak ini!
Dunia sementara, akhirat kekal abadi.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Nanti hang cari group orang asli ni sikit, aku ingat nak buat program pendidikan aku sikit. Nanti la tunggu balik dulu.
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesemoga Allah terima usaha tuan.
saya azam, insya-Allah.
mmg perlu kita usahakan kat seluruh kg org asli ni, kasihan mereka. tanggungjawab kita ni...
ReplyDelete..pernah satu masa wa terbaca satu surat dari Penguasa RSK di TR..minta pihak berkenaan hantar penceramah/ustaz ke situ..sebab takde yang sukarela..sedangkan mubaligh agama lainnya ramai yang datang untuk jalankan agenda mereka..Bro moga Tuhan berkati kerja kalian dan kita semua..Amin..
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeleteprogram cam nih patut diadekan selalu... harap org len pon dpt membantu.. harap jabatan agama negeri selalu jengok dorang... harap zakat negeri memberi bantuan selalu pade dorang... harap pendakwah tak pilih tempat untuk berdakwah...
Bah..nama gelaran yang sinonim ngan suku kaum Semai. Semai Perak memang ramai yang beragama Kristian walaupun kerajaan ada sediakan asrama sekolah agama khas untuk dorang.
ReplyDeleteMubaligh dorang beli jiwa masyarakat asli ni dengan duit. Masuk kristian dapat duit, dapat tv, gula dan beras. Tiap2 minggu masuk kampung ajar dorang ni nyanyi lagu2 kristian. FYI, kesukaan masyarakat asli ni ialah berhibur aka menyanyi..
Penggerak Jakim? Masuk kampung sekali sekala. Disediakan rumah dalam kampung tapi tak duduk. Lebih rela menyewa kat bandar/pekan/kampung melayu dari duduk bersama masyarakat asli.
Nak harap jabatan? Asyik dipotong bajet tahunan nak membantu masyarakat asli ni. Pernah dikuiri di Perlimen kenapa Jabatan (JHEOA) sibuk2 dalam uruskan dakwah, bukan kah itu kerja jabatan agama..hmm
Benda2 yang wa sebut ni kalau kat opis tu ada dalam fail hijau bercop "rahsia"
p/s: Sori Abg Ben ter tulis entry baru pulak dalam komen lu..hehehe
semoga Allah terima....
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteTahun lepas dpt bagi mase 7 hari jer bersame Jemaah 40 hari yg bergerak di perkampongan Org asli di sekitar Gerik, Perak.
Byk yg dpt blajar termasuk dr segi bahasa & adat suku2 mereka.
Thn ni (Insya'Allah) akan dibuka peluang lg oleh JAKIM bg jemaah2 bergerak di perkampongan2 Orang Asli pd Bln Sya'aban. Tp, tafakud tetap di Sri Petaling bersama Syura Malaysia.
p/s : Adek Necrotic dpt kluar 40 hari bersame jemaah ni. 3 thn lepas kalo tak silap aku.