Monday, March 15, 2010

myMetro | Ulat parkir calar kereta


myMetro | Ulat parkir calar kereta
KUALA LUMPUR: “Aku tak bertanggungjawab jika sesuatu berlaku pada kereta kau!” gertak seorang ‘ulat parkir’ berikutan keengganan seorang wanita membayar sejumlah wang kepadanya, walaupun mangsa meletakkan kereta di kawasan yang mempunyai mesin parkir automatik.

Menurut mangsa, dia ke sebuah pejabat kerajaan berhampiran bangunan Sultan Abdul Samad atas urusan kerja dan meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta yang sedia ada berhampiran bangunan itu, kelmarin.

“Walaupun ada mesin di situ, saya mempertikai tindakan lelaki terbabit yang meminta wang bayaran meletak kereta.

“Lelaki itu mengugut seolah-olah akan melakukan sesuatu ke atas kereta saya berikutan keengganan menurut kehendaknya” katanya yang bertugas sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan di sini.

Khuatir dengan ugutan itu, mangsa berusia 25 tahun itu menghubungi talian aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadu dan mendapatkan penjelasan berkaitan aktiviti haram yang dijalankan di situ.

Difahamkan, mangsa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi pihak terbabit, seterusnya menuju ke sebuah bilik operasi DBKL berhampiran untuk mendapatkan pertolongan.

Dia turut mendakwa tidak mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pegawai yang bertugas ketika itu walaupun menceritakan kejadian yang menimpanya.

“Jawapan yang saya terima daripada pihak terbabit amat mengecewakan, malah operator aduan ketika dihubungi tak tahu istilah ‘ulat parkir’ dan menyangka saya diganggu ulat pokok,” katanya yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Lebih mengecewakan, kereta mangsa turut terdapat kesan dicalar dipercayai dilakukan ‘ulat parkir’ terbabit sejurus selepas mangsa selesai menjalankan urusan kerjanya.

Ini berikutan, selepas kejadian, wanita itu mendakwa lelaki terbabit senyum ke arahnya seolah ‘puas hati’ dengan tindakannya sebelum menghilangkan diri.

Tanpa menuding jari kepada pihak berkuasa, mangsa memohon pihak berkuasa tempatan menjalankan pemantauan yang lebih kerap di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan ‘ulat parkir’ bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini, malam kelmarin.
Suatu tengahari yang panas, aku ikram keluargaku di Ipoh. Pakai MyVi adik perempuan sementara nak menunggu kenderaan yang dibooking tapi tak keluar-keluar lagi (sampai sekarang tak keluar aiyaaaa...)

"McDonaldsssss..." sehati sejiwa anak-anakku berteriak. Memang sudah difahami. Di Australia dulu tak boleh nak makan. Semuanya tak disembelih. Sekadar meleleh tengok signboard je.

Ditengah-tengah bandar Ipoh, restoran McDonald's yang ada cuma di Jalan Mustapha AlBakri bertentangan dengan Super Kinta (apa cerita eh? lama tak singgah).

Halangan utama, hendak mencari tempat parkir (kenapa pakai perkataan ni, aku pun tak pasti - pakar bahasa, please help?). Tetapi tetap tidak mustahil dalam keadaan sesak tengahari ini. Yang perlu buat, ialah buat pusingan 2-3 kali dah berharap doa dimakbulkan.

"Yessss..." tanpa lengah lagi, ruang kosong parkir berdekatan dengan McDonald's terus aku penuhkan.

***********

Puas semua. Masing-masing makan burger dan melecahkan mulut masing-masing dengan aiskrim. Tiba masa untuk pulang ke rumah!

Seorang tua melangkah pantas ke arahku yang sedang bersiap-sedia nak masuk ke dalam kereta.

"Takpe, saya boleh keluar sendiri" kataku.

Dia berdiri tegak tidak berapa jauh dari belakang keretaku dengan pandangan yang tajam.

"Takpe, saya boleh keluar sendiri" kataku mengulangi. Mungkin dia tak mendengar. Atau mungkin dia mendengar sesuatu yang lain dariku?

"AKU TAU LAAA... AKU BUKAN BUAT KACAU PUN!!!!" jerit si tua tersebut. Jeritan yang mengatasi hingar deruman kereta di sekitarnya.

Yang aku tau lepas ni, kawasan itu memang aku akan elak sedaya upaya untuk parkir. Sekurang-kurangnya, kalau nak parkir pun, kena toleh kiri kanan untuk elak bertembung dengan si tua tersebut.

7 comments:

  1. kenderaan apa yang dibooking tu bang?

    ReplyDelete
  2. tayar kne bocor r besenye

    ReplyDelete
  3. dapat kete baru sok, kau pakir la situ lagi..

    ReplyDelete
  4. Tak keluar lagi kereta baru???
    Macam oder Ferarri la pulak...

    ReplyDelete
  5. aku pun baru perasan perkataan parkir ni. google tgk ni perkataan indonesia.

    kenapa bahasa melayu/malaysia byk cedok dari b. indonesia aku pun tak paham...

    sedapnye mkn mcd. kat nz mkn nando's je la...

    ReplyDelete
  6. tarantulah,

    grand livina

    --------------
    ihsan,

    memang nak kena sembelih!

    --------------
    azharjaafar,

    tak dapek... dia dah cam muka aku woooo....

    --------------
    skid,

    ntah... order ferrari pun tak camni punya lama...

    --------------
    wanwarlock,

    tu la pasal... bisa putar kepala!

    ReplyDelete
  7. patut tarik pakcik tuh bwk pi underground yik foong. "kasi ceramah skit"

    ReplyDelete