Sunday, March 28, 2010

KL Book Fair 2010

 Hari Jumaat ada meeting berkenaan dengan ESTCON yang julung-julung akan diadakan di KL Convention Centre pada 15-17 Jun 2010 nanti. Aku sebagai wakil unit logistik untuk sub-conference diwajibkan hadir meeting tu untuk selidik facilities yang ada di KL Convention Centre tu untuk planning. Event besar ni. Antara tetamu kehormat yang mungkin hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ex-Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Sambi menyelam minum air. KL Book Fair 2010 pun dah sampai pada penghujung jadi aku ambil kesempatan bawa bersama family ke sana. Sebelum-sebelum ni pun dah pergi tetapi in the capacity of UTP's staff, berobjektif mencari buku-buku berkaitan dengan Civil Engineering untuk dimasukkan ke dalam perpustakaan. Kali ni dengan family.

Bawa anak 4 orang. Memang jenuhhhhhh... tapi redah juga le. Hasil dari redahan, buku-buku ini telah dibeli:

  1. Membongkar aliran Islam liberal - Hafiz Firdaus Abdullah (Jahabersa)
  2. La Tahzan Jangan Bersedih Don't Be Sad - Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Jasmin)
  3. Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia - Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Jasmin)
  4. Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi (Al-Hidayah)
  5. Stories of 25 Prophets - Ummu Zulaikha (Jahabersa)
  6. Ayop Anak Tulakang (Creative Enterprise Sdn Bhd)
  7. Pendekar Mato Tige (Creative Enterprise Sdn Bhd)
  8. Aku Budak Minang  (Creative Enterprise Sdn Bhd)
Buku-buku lain (terjemah) yang dicari tak jumpa semalam antaranya Al-Bidayah Wan Nihayah (Ibn Kathir), Talbis Iblis (Ibn Al-Jauzi) dan juga buku berkaitan dengan sejarah kerajaan Islam (khalifah Ar-Rasyidin hingga Ottoman Empire). Nak survey betul-betul pun tak sempat. Kejap anak-anak haus, letih, nak berak kencing semua cukup.

Dan kebetulan pada hari sama ada dibuat gathering kecil forummers al-fikrah.net, maka aku pun join sekali, sekejap. Sempatlah bergambar 2-3 keping.

Romi Sabihin ex-classmate MRSM Muar 91-92. Bersama di UTM Skudai tapi dia ambil Chemical Engineering. Sekarang jadi Manager of distribution Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd. Datang bersama isteri dan anaknya. It's good to see you bro! Ate nanti singgah Tronoh nengok motor-motor tu, telepon le teman yop!

Gathering al-fikrah.ne. Belah kiri tu saudara Mohd YaakobYunus, penulis beberapa buku agama. Dulu ikut kawan se-batch dalam band CHRONIC MASS (UIAM) tu...

Mohd Yaakob Yunus dan seorang lagi penulis (tak ingat nama penuh, sori Ustaz) yang menulis tentang kerajaan Ottoman. Dua-dua penulis punya buku aku tak jumpa (especially Yaakob punya).

8 comments:

  1. Pendekar Mato Tige...siri kegemaran aku masa kecik2 dalam majalah Gila-gila..Karya Shaadon kan?

    ReplyDelete
  2. tak sempat kita pekena teh..tak apa,insyaAlla lain kali..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. t-shirt iron maiden tetap maintain..hehe

    ReplyDelete
  5. ben, kalau nak cari buku berkaitan dengan sejarah berkaitan dengan kerajaan islam boleh cari buku bertajuk "sejarah umat islam". Penulis buku ini ialah Hamka. Hamka mengambil masa 14 tahun untuk mengarang buku tersebut. Awal permulaan buku ni menceritakan tentang bentuk muka buku, suku kaum asal arab, kisah sebelum kelahiran Rasulrullah, khulafah ar-rasyidin, kerajaan Umaiyah, Abbasiah, dan Uthmaniah.

    dah baca ke belum al-iktidal fi maritibul rijal karangan maulana zakaria??

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:32 PM

    haicheh, tak kabor. aku pun kat sana hari jumaat itu hari. tapi tidaklah bersama keluarga.

    ReplyDelete
  7. Voiceout...

    please bagitau dari publisher mana aku boleh dapatkan buku Hamka dan Maulana Zakariya tu

    ReplyDelete
  8. ben,
    buku maulana zakariya boleh didapati kat sri petaling tapi buku hamka tu tak tahu publisher mana sebab dah old skool, tu pun yg arwah datuk yg punya.

    ReplyDelete