Wednesday, March 31, 2010

Bacaan untuk baris pertama alif - atas, bawah, depan?

Saya nk tanya berkenaan cara bacaan yg betul bagi permulaan sesuatu ayat samada tambahan , A, I atau U.
Contohnya :

Yasin ayat 21

ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرً۬ا وَهُم مُّهۡتَدُونَ
 
Yusuf ayat 9
ٱقۡتُلُواْ يُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضً۬ا يَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِيكُمۡ وَتَكُونُواْ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمً۬ا صَـٰلِحِينَٱ

Annisa ayat 34

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّ‌ۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ سَبِيلاً‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا

Bagaimanakah kaedahnya kita hendak membaca Baris alif di hadapan ayat tersebut samada atas, bawah atau depan.

Sesetengah AQ tidak berbaris utk ayat2 seperti di atas.

Mohon yg arif dapat membantu...


----------------------
Jawapan:


maaf terpaksa tulis perkataan dalam tulisan Rumi.

Yasin: Ittabi'uu.

Yusuf: Uqtuluu.

An-Nisaa: Ar-Rijaal.

Kaedah dalam huruf alif yang tidak berbaris seperti di atas ialah:

1. Lihat huruf ketiga, dikira bermula dari huruf alif tersebut, jika huruf ketiga berbaris atas atau bawah maka perkataan tersebut mesti dimulakan dengan baris bawah.

2. Kalau huruf ketiga berbaris depan maka alif perlu diletak baris depan juga.

3. Kalau permulaan perkataan (dan dimulaan bacaan dengannya) adalah alif laam maka alif tu mesti berbaris atas.

Perlu banyakkan praktik kerana masih ada perinciannya tentang huruf ketiga sebab kekadang pada zahirnya kita nampka dia huruf kedua tetapi sebenarnya ia huruf ketiga, seperti ayat ittabi'uu, alif berbaris bawah bukan sebab huruf baa yg berbaris bawah tetapi alif berbaris bawah sebab huruf taa berbaris atas. Huruf taa berbaris atas dikira huruf ketiga walaupun zahirnya ia huruf kedua ialah sebab huruf taa tu ada sabdu maka huruf yg bersabdu bermaksud ada dua huruf dalamnya, satu taa mati dan satu lagi taa berbaris atas.

Wallahu a'lam bissowaab.



dipetik dari al-fikrah.net

17 comments:

  1. uhuk... jahilnya aku dah lama tgglkan ilmu tajwid, baca muqaddam pun berterabur...

    ReplyDelete
  2. nerzhul.moh ngaji kt surau batu 4!

    ReplyDelete
  3. ..jumpalah ustaz tuan, dapatlah pahala orang berjihad...

    ReplyDelete
  4. terima kasih en. batara

    ReplyDelete
  5. Allahu..dulu pernah belajar tapi dah lupa.
    dah lama nak tahu tapi baru hari ni tergerak hati nak search.
    terima kasih atas ilmu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun.. Alhamdulillah peneranganya pula jelas

      Delete
  6. Terima kasih atas ilmu sebab baca surah al kahfi pastu cek tajwid, rupanya perlu ikut huruf ketig..semakin kita cari ilmu semakin kita tahu kita ni jahil..

    ReplyDelete
  7. Allahumma Aamiin.. Tkasih ustaz...

    ReplyDelete
  8. terima kasih. Akan lebih jelas jika diberkan contoh2 ayat dan cara bacaannya

    ReplyDelete
  9. Salam... Kalau huruf ketiganya berbaris mati... Macam Mana ya..

    ReplyDelete
  10. Kalau huruf ketiga tanda mati?

    ReplyDelete
  11. Terima kasih banyak

    ReplyDelete
  12. Kenapa surah an nisaa tu dia jadi ar-rijaal? Sedangkan hurf 'ro' berbaris atas bukankah ar-rojaalu?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huruf ‘ro’ tu baris bwh sbnrnya.. cuba tgok smula baris tu brada di bwh sabdu, bukan di atas.. jd ianya adalah brbaris bawah.

      Delete
  13. Terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillha jelas penjelasan..

    ReplyDelete