Aku pernah berlakon teater. Teater mini. Ianya berlaku masa orientasi Tingkatan 4 di MRSM dan persembahan kelas semasa berada di Mara Language Academy. Belasan tahun dulu. Namun begitu ada sedikit minat aku dalam seni teater ni. Oleh kerana minat kepada performance art berbentuk muzik keras lebih mendalam maka aku terpaksa meninggalkan teater.
Watak yang dipegang? Penagih dadah dan syaitan ;) Sesuai kot dengan gaya semasa aku masa tu!
9 Februari lepas, aku dapat meluangkan masa untuk menonton teater secara rasminya. Itupun kerana masuk adalah percuma. Bila lagi nak tengok?
Teater tersebut bertajuk 50, yang diadaptasi dari karya asal Dinsman yang bertajuk Menunggu Kata Dari Tuhan. Ia dipersembahkan oleh kelab Tronoh Theater Shop, Universiti Teknologi PETRONAS. Teater ini adalah imaginasi pengarah terhadap apa yang berlaku kepada Kaab bin Malik r.a. yang dipulau oleh golongan Muslim kerana tertinggal semasa peperangan Tabuk. Tema yang sesuai dengan majlis perasmian Heart 4 Islam yang dianjurkan oleh UTP.
Prop di atas pentas adalah minimal. Cuma ada sebuah kerusi yang digunakan oleh pelakon. Pakaian pun juga adalah minimal. Sekadar memakai jubah dan serban. Dan jalan ceritanya pun minimal. Tambahan kepada cerita (sebenarnya hadith) pun agak minimal.
Mungkin aku tidak berapa bersedia dengan teater ini. Yang pertama-tama bermain di kepala, bolehkah melakonkan watak sahabat r.a. Seorang sahabat di sebuah forum menjawab terdapat dua pendapat: harus ikut fatwa Al-Qardhawi dan haram ikut fatwa Ibn Uthaymeen (Mufti Arab Saudi).
Keduanya, berkesankah lakonan mereka ini untuk menatijahkan perasaan sedih ketika membaca/mendengar hadith asal. Selama bacaan aku, hadith ini mendatangkan perasaan sedih yang sangat mendalam dan tidak menjadi aib apabila kadang-kadang sehingga menitiskan air mata. Membaca hadith tersebut, dalam suasana yang tenang; begitulah hasilnya.
Ketiga, sebanyak mana sunnah pemakaian yang diadaptasi oleh para pelakon? Wujudkah tasbih ketika zaman itu? Prihatin para sahabat terhadap 'tidak isbal' dalam pemakaian pula bagaimana? Mungkin jika teater ini diarahkan oleh Big Boss, Prof Madya Dr., keprihatinan itu lebih dalam persoalan ini.
Persoalan pertama memang tiada dapat dicari jawapannya. Mungkin terpulang kepada kecenderungan seseorang. Namun persoalan kedua terjawab iaitu teater ini gagal menatijahkan kesedihan itu. Apatah lagi berlaku kesilapan dialog/gagap oleh pelakon utama yang melakonkan watak Kaab bin Malik r.a. menyebabkan dewan bergema seketika dengan ketawa. Sudah tentunya ini tidak berlaku semasa membaca hadith yang asal. Ini menyebabkan hadith yang mahsyur tersebut menjadi lakonan yang terkadang menggelikan hati. Mana mungkin begitu?
Persoalan ketiga, aku biarkan kepada kita sama-sama mencari jawapan kerana bukanlah aku yang layak memberikan jawapan sebenar.
Kesimpulannya, mungkin disebabkan oleh teater percuma, maka teater ini agak kurang kualitinya. Jangan takut, nafsu aku tidak terhenti sekadar dengan teater ini. InsyaAllah, jika ada kesempatan yang lain, aku akan ikuti teater yang lain, walaupun berbayar.
Gambar-gambar boleh dilihat di sini.
fulamek......nampak trus tak de kerje lecturer2 kat Uni Msia! Kantoi!
ReplyDeletemuahahha.
Masa aku kat USM dulu pon ada strong theater culture. Tapi aku tak sempat nak pegi tengok sebab ..1)ramai sgt awek(bajet) 2)aku nerd/mat stadi.
I wish aku pegi at least satu, just for the experience.
Apalaga bro...kau la plak direct satu theater.
Dulu TTS ada open utk staff sama..kalo tak mesti nama Bentara tu dah selari dengan nama Namron, Tiara Jacquelina ataupun Fauziah Nawi..hehe. Bro MS : director dia tu boss bro ben kite..xleh komen bnyk2..hehe
ReplyDeletesalam..thx for ur comment. cuma nak bgtau, TTS hanya diberi masa beberapa hari sahaja untuk membuat persediaan. read: casting pelakon, script reading, hafal skrip, full rehearsal pun cuma 2 kali. mmg semuanya last minute kerana dpt confirmation dari event manager pun last minute jg. maaf sekiranya persembahan kurang memuaskan. lain kali jemput la datang tgk show kami yg betul2 ada 'preparation'. :)
ReplyDelete