Thursday, February 25, 2010

Terjah blog

Kisah 1:

Kelihatan di dalam masjid, orang yang sangat ramai dari masjid-masjid biasa. Maklumlah, malam perhimpunan mingguan. Ada tazkirah. Aku pun baru je sampai dari Australia beberapa hari lepas. Lama tak duduk dalam suasana beragama macam ni.

"Assalamuallaikum Abang Ben... bila sampai?" seorang kawan berkarier sebagai cikgu menyapa.

*Abang Ben tu nama di blog je, kat luar nama lain.


------------------------
Kisah 2:

Anak aku Ismail sakit demam. Makan tak mau, takde selera. Aku pun bawa ke klinik. Untuk memujuk dia makan, aku bawa ke KFC. Dapat Kid's Meal dengan mainan tu kira happy sangat le dah tu.

Selesai makan, aku turun tangga yang kecil. Aku mengecilkan diri kerana ada seorang mamat nak naik ke atas. Dia tersenyum-senyum. Aku membalas senyumannya.

"Assalamuallaikum bang... Abang ni lecturer ye?"

Aku angguk dengan raut muka confuse.

"Saya follow blog abang..."

----------------------------
Kisah 3:

Sejuk aircond dalam meeting room ni. Aku dengan beberapa rakan sekerja sedang menunggu bermulanya meeting besar ni. Meeting dengan seorang profesor dari NUS untuk melihat ruang koloborasi antara UTP dan NUS.

Direktor Research Enterprise Office masuk. Nampak aku, dia tersenyum. Lantas memegang bahu aku yang sedang duduk tu dari belakang.

"Bila balik?" Tanyanya.

"Dah sebulan lebih..." jawabku dengan tersenyum.

"My wife itu hari bukak you punya blog... apa nama tu... kren? kren?"

***********

MORALNYA???

23 comments:

  1. moralnys..hang tak patut jd lecturer. baik jd blogger saja

    ReplyDelete
  2. moralnya kat blog ni kena letak banyak2 iklan la. side income. heheee

    ReplyDelete
  3. setuju bebenor dgn fakirfikir...
    nk tnya skit, awk same badge dgn noordzuhaidah othman & badrulhisham ke?ankbuah saya tu...

    ReplyDelete
  4. moralnya dunia makin kecik. dulu aku dengar je nama ko ni. bila beli kaset metal2 lokal, ada la nama ko, nama krenmaut. tak sangka sekarang dpt berinteraksi dengan abang ben! hehe

    ReplyDelete
  5. artist & lecturer paling glamour 2010!

    ReplyDelete
  6. org pemes mmg gitu....=)

    ReplyDelete
  7. fakirfikir,

    kalau gaji mencecah 5 angka, insyaAllah consider tukar karier

    -------------------
    aishah conteng,

    idea baik. MLM apa yang bagus dan halal sekarang ni?

    -------------------
    Umma_ali,

    maaf, tak kenal nama2 tu... batch apa ni?

    -------------------
    rahimin,

    memang kecik dunia ni. Rumah pun sempit2 je...

    -------------------
    Nor,

    nak lari dari glamer camana pulak?

    ReplyDelete
  8. 1. sbb tu ramai blogger yg malu/segan/sengaja xnak letak pic muka sendiri dlm blog...

    2. kdg2 nama glamer/pena/online/avatar lbh 'glamer' drp nama btl

    ReplyDelete
  9. emm xpe laa...alahai mkcik ni eja batch pun silap ek?kepala ada pusinglah ni...rasanya bdk2 tu sama mrsm muar...lps tu pg uk.

    ReplyDelete
  10. nanti dah femes, jgn jadi macam Lars Ulrich bang.

    ReplyDelete
  11. Moralnya jangan buat benda tak bermoral.. Nanti kecoh 1 Malaysia..

    ReplyDelete
  12. Moralnya, blog hang dah tak metal. Yg baca cikgu, budak nerd student uni yg keje KFC dan bini lecturer uni.
    Kau telah tersesat dari matlamat asal penubuhan blog ini Ben!
    Izinkan daku malu untuk muuu....

    ReplyDelete
  13. Moralnya...eeemm...segala yang ditulis, satu dunia boleh perhati dan menilai. Sedang sebaliknya, segala yang kita lakukan, dari pagi sampai kembali kepagi, seluruh langit, malaikat memerhati dan beristgifar.

    ReplyDelete
  14. lu dah jadi rockstar beb..

    ReplyDelete
  15. moralnya.... blog ni menemukan lu ngan gua...

    sajer nak bukak cerita...1st time jumpa blog ni masa baca kat blog Azharjaafar... ntah macam mana ter'link' ke blog ni...2 thn lps rasanya, masa tu tak tau pun lu orang ipoh dari tronoh.

    Tapi bila baca entry2 lama lu...khasnya terbaca entry pasal "IPOH’S METAL MILITANT SUPREMACIST" tu, tiba2 rasa macam kenal jer. Apa lagi, jadi ejen csi ler...explore punya explore...tengok lu rapat ngan adik (crotic choas). Adik ni pulak memang satu marhala ngan aku.
    Teruskan csi, akhirnya terjawablah ler, rupanya kita memang pernah jumpa kat Markas Ipoh suatu ketika dulu sebelum lu ke Adelene..tapi tak penah tegur pun masa tu...

    dan...bila lu balik ke msia..Allah temukan lagi kita kat markas...dan masa tu baru bertegur saper sebab dah jumpa kat blog ni...ituler moralnya kot...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum abg ben!

    Semoga di berkati Allah Insya Allah

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  17. abg ben,

    moralnya, blog ni mmg terbaik!
    saya mamat dlm kisah 2 tu..
    start follow blog ni bila terbaca review boxset Cynic. tak mau tolak ka boxset tu?

    -------------------

    mangkuk,

    hang silap..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. dah femes lah tu... bro.. balik area sabak bernam kontek2 lah... blh lepak2

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. aritu aku ade jumpe sorang bloggers bundle... dah lame aku nak tanye dia pasal aku cam pasan muke dia dedulu..
    aku pon tanye adekah dia seorang aggota band ***** yg pernah wujud 90an dulu... dia pon mengiyakan nyer...


    terus ler bukak cite band tu band nih... budak tu budak nih.. memacam lagi ler...

    termasuk ler cite sorang guitaris band ********* yg ade blog...

    tapi kebanyakkan nyer aku tak tau name sebenor... hanye name glemer/nick dll... heheheh

    dan aku rase ok kalo sesorang mengenali aku tanpe mengetahui name sebenor aku..

    hehehehh zaman dah berubah.. tapi seronok bile bercerite pasal zaman dulu...

    ReplyDelete
  22. perh.. ni belum sampai tahap bergambo n sain autograf nih... kalu dah penah.. memang tahap dewa2 la.. hahaa..

    ReplyDelete