Saturday, February 06, 2010
Ala la la la ALONG!
Mata sungguh sakit.
Ini adalah pemandangan di sekitar Taman Universiti, Skudai, Johor. Kebetulan aku ke sana untuk melawat pelajar praktikal.
Sememangnya pembangunan sangat pesat di kawasan Taman Universiti berbanding zaman aku dulu (1993-1998). Taman-taman perumahan dan hypermarket.
Tapi pemandangan pelekat iklan ALONG yang ditampal tak kira tempat sangatlah menyakitkan hati. Tengok je pada contoh gambar di atas tu. Sampaikan papan tanda jalan pun jadi mangsa!
Sangat tidak bertamadun! Macam takde otak.
Iklan tampal along seperti ini sangat merata. Kalau dienglishkan, perkataan yang terbaik ialah RAMPANT atau EPIDEMIC! At least di Taman Universiti.
Memalukan kerana ia berlaku di Taman Universiti yang turun naiknya disebabkan oleh pemangkin utama Universiti Teknologi Malaysia. Aku yang alumni pun jadi malu.
Autoriti pun macam tak kisah.
Mungkin itulah suasana negara yang nak maju tetapi rakyatnya kronik 3rd world mentality.
jangan lah cakap Ahlong tak der otak, kecik hati dorang, dorang ada otak tapi penuh ngan sampah he he
ReplyDeletesbb market baik nyer kat area2 tmn u tuh.
ReplyDeletestudent2 nk pkai duit utk belanje awek, bli moto etc kot
Yg tak tahan tu menutup nama jalan. Menyusahkan orang nak cari jalan. Tapi menyenangkan orang yg nak berhutang!!!
ReplyDeleteSatu ketika dulu, SKMM (suruhanjaya komunikasi & multimedia malaysia) mengeluarkan arahan meWAJIBkan semua pemilik telefon bimbit untuk mendaftarkan no. mereka (pra dan pasca bayar).
ReplyDeleteRasa2 dapat tangkap tak apa yang wa nak kasi tau ni?
ah long pandai,
ReplyDeleteskarang dorang gajikan runners budak2 melayu ( lelaki pompuan teenagers )
untuk buat kerja dorang..
yang kena tangkap simbah cat , bakar pintu depan smua budak2 mim skarang..
orang2 atas takkan kena punye..
Ingatkan kau cerita pasal aku. Orang panggil aku Along juga (ejaan ganas Arlong). Tapi aku "Along mau tolong punyeee".
ReplyDeletesekarang dah kurang skit bro lepas depa buat operasi.
ReplyDeleteSetahun dua lepas, lagi sakan. Macam poster pilihanraya.
Kenepe la along2 ru tak pasang2 poster tu jadi kete kebal ke, kapal terbang ke. Baru power marketing
Bro,
ReplyDeleteaku dah contact orang baru tu. Isu selesai.
beberapa bulan lepas mmg ada operasi Majlis Bandaraya JB membuang iklan2 along ni semua...clear la kejap...tapi tu la...ni bisnes baik...dorang tampal semula...
ReplyDeleterasanya org Majlis kena buat satu jabatan baru kot...jabatan koyak iklan baru boleh clear semua...