Aku sampai tanahair lebih kurang 8pm selepas hampir 7 jam berada di dalam kapalterbang MH138. Barangan kami dibenarkan 150kg, terlebih sampai 163kg. Nasib baik dengan budi bicara officer yang menimbang, ianya dilepaskan tanpa ada apa-apa charge.
Sebaik sahaja keluar dari kapalterbang, cuaca Malaysia menyelubungi kami. Badan yang jarang berpeluh di Australia (melainkan dengan bersenam), automatik jadi berpeluh.
Dua van telah menunggu kami. Sepupu aku yang memang selama ni banyak menolong dengan kawannya.
Pecutan van yang meluncur highway mula menggamit kembali wajah sebenar tanahairku yang tercinta. Sehinggakan anak-anakku yang duduk di belakang berkata, "Hold tight!"
Perjalanan ke Sabak Bernam mengambil masa 2 jam lebih termasuk berhenti sebentar di restoran KFC untuk melepas rindu. Jumlah belanja KFC hampir RM100 diredhakan juga. Dalam hati, oh, inilah yang dikatakan oleh rakanku yang baru datang ke Adelaide, "Sekarang pergi shopping habis RM300 pun kira biasa".
Udara yang dihirup tidak sebersih di Australia. Udara di Australia hanya ada satu. Tetapi di tanahairku, aku kira ada 3-4 jenis. Udara normal (berkuap), udara asap pembakaran, udara asap kelapa sawit...
Tapi aku sangka baik. Orang yang seluruh hidupnya bergelumang dengan tahi lembu dan tak pernah bau benda lain sudah tentu mengatakan bau tahi lembu itulah yang paling wangi. Apabila dihembuskan dengan minyak wangi kepada orang itu, sudah tentu beliau akan pengsan terkejut sebab tak pernah bau macam tu.
Aku anggap udara di Australia tu sebagai tahi lembu.
Lagipun bukannya aku tak pernah bau minyak wangi (udara di Malaysia). Mengada-ngada lah!
Aslmkm..
ReplyDeleteSelamat kembali ke tanah air bro.. :)
bolehla bebila free nanti sembang sekali minum teh kat markaz..
itu baru bau tahi lembu, belun bau tahi kucing hahaha...
ReplyDeleteanyway welcome home (seni-tari-yum) dah melantak nasik kandaq?
kawan lu dyg baru datang Adeliade tu nama dia Nasrul Amri ke?
ReplyDeleteWelcome Home (Sanitarium) bro....
ReplyDeletewelkam tu malaysia ada bau sikit..kehkehkeh....
ReplyDeletehujan emas di negeri org,hujan batu d negeri sdr,lbh baik d negeri sdr....
hehehe....
jom jumpa minum2....
lawak lak part udara ada tiga empat jenis..
ReplyDeleteselamat pulang sam...
ReplyDeletewah, abg ben kembali ke tanahair. langsuyr kembali aktif la lps ni,hehe..
ReplyDelete