Wednesday, December 02, 2009

Ulasan: IRON MAIDEN No Prayer For The Dying CD

Album ke-8 IRON MAIDEN yang menyaksikan keluarnya H (Adrian Smith) dan masuknya Janick Gers (Fish, Gillan) sebagai gitaris. Ramai peminat IRON MAIDEN yang komplen dengan cara Janick menggoreng solo. Tak sama langsung dengan H yang melodik dan penuh emosi. Janick adalah berlawan, impromptu, kasar dan segala-galanya yang opposite dengan H.

Yang nak di highlight oleh IRON MAIDEN bukanlah Janick sebagai pengganti H (kerana takde ganti pun) tapi apa yang boleh Janick lakukan untuk meneruskan IRON MAIDEN. Dan kekuatan Janick bukanlah pada solo gitarnya tetapi showmanship. Janick sangat ligat, bersahaja, stuntman dan banyak senda guraunya di atas pentas. H membosankan, yang menarik hanya apabila beliau menyolo.

Album ini juga mengubah sikit arah IRON MAIDEN yang sebelum-sebelum ini terkenal dengan epiknya (Powerslave, Somewhere In Time dan Seventh Son Of A Seventh Son), kini meninggalkan posisi yang selesa tersebut (kerana sudah terbukti berjaya) dan merekod sebuah album yang bolehlah dikatakan sebagai straight Hard Rock (yang dimetalkan). 10 buah lagu dengan playing time dibawah 45 minit (tiada lagu melebihi 6 minit) dan lagu-lagu straightforward seperti Tailgunner, Holy Smoke dan Hooks In You.

original pressing

2-CD version

remastered version. Perhatikan tangan Eddie yang tidak lagi mencekik orang.

Bring Your Daughter... To The Slaughter adalah lagu solo Bruce Dickinson yang mana Steve Harris memaksa Bruce mengulang rakam semula untuk album ini. Lagu ini sangat catchy hingga menyebabkan ia menjadi lagu tema filem A Nightmare On Elm Street Part 5 (versi solo Bruce). Inilah juga satu-satunya lagu single IRON MAIDEN yang mencapai posisi no 1 dalam carta muzik UK. Memang catchy pun lagu ni. Best!

Produksi album ni memang crystal clear dan lebih kasar. Kurang polishing pada bunyi gitarnya. Kurang (atau tiada) efek synth guitar yang tahap gaban seperti dalam album Somewhere In Time. Lebih kasar dari bunyi gitar dalam album SSOASS. Dan produksi keseluruhan lebih kehadapan dari Powerslave.

Cover album ni masih lagi catchy dan striking. Eddie masih menyerlah. Tanpa logo IRON MAIDEN pun orang pasti tau ianya adalah album IRON MAIDEN. Melihat Eddie yang keluar dari tomb tu membawa kepada interpretasi aku bahawa keluarnya H dari IRON MAIDEN menyebabkan IRON MAIDEN harus keluar kembali dengan semangat yang baru. Yang tak difikir kemudiannya ialah satu lagi bencana akan mendatang, iaitu keluarnya Bruce selepas album Fear Of The Dark.

Pandangan aku? Overall ini album adalah fun-hardrocking side of IRON MAIDEN. Takde dah album macam ni dari katalog IRON MAIDEN selepas ni. Malang sekali, inilah album paling kena ignore dengan IRON MAIDEN. Tiada lagu dari album ini yang dimainkan di atas pentas (cuma lagu Bring Your Daughter, sekitar May-July 2003 je). Sedangkan banyak juga lagu yang sesuai untuk live selain Bring Your Daughter seperti Tailgunner, Holy Smoke, Public Enema Number One dan Fates Warning.

Track listing

1. "Tailgunner" (Bruce Dickinson, Steve Harris) – 4:15
2. "Holy Smoke" (Dickinson, Harris) – 3:49
3. "No Prayer for the Dying" (Harris) – 4:23
4. "Public Enema Number One" (Dickinson, Dave Murray) – 4:13
5. "Fates Warning" (Murray, Harris) – 4:12
6. "The Assassin" (Harris) – 4:37
7. "Run Silent Run Deep" (Dickinson, Harris) – 4:34
8. "Hooks in You" (Dickinson, Adrian Smith) – 4:08
9. "Bring Your Daughter... to the Slaughter" (Dickinson) – 4:45
10. "Mother Russia" (Harris) – 5:31
11. "Listen With Nicko! Part VI (Hidden Track on US Version)

1995 Reissue Bonus CD

1. "All in Your Mind" (Stray cover)
2. "Kill Me Ce Soir" (Golden Earring cover)
3. "I'm a Mover" (Free cover)
4. "Communication Breakdown" (Led Zeppelin cover)

7 comments:

  1. aku suka 'tailgunner'... siap jd nick aku waktu gila main counterstrike (beta version) awal 2000 dulu

    ReplyDelete
  2. Album ni aku agak kureng le sikit... tak tau le kenapa...

    ReplyDelete
  3. album inilah yg perkenalkan aku kpd iron maiden! tq zam gemuk sbb bg aku pinjam kaset hang. hehehhe

    ReplyDelete
  4. gua sama ngan Doc Wan, kenal IM melalui elbem ni. semestinya nostalgia bagiku..ewah

    ReplyDelete
  5. gua pulak sama macam Ijau suka lagu Tailgunner.

    ReplyDelete
  6. running silent running deep..

    best giler ni lagu.

    dan title track dan mother russia jugak..

    ReplyDelete
  7. ntah nape aku suka ngan album ni.. walau ramai membandingkan album tak segah album2 sebelum2nya.

    ReplyDelete