Merupakan album keenam DREAM THEATER dan setakat ni satu-satunya album 2-disc mereka. Album ini merupakan sebuah album balas dendam kepada album paling komersil mereka, Falling Into Infinity yang banyak dikongkong oleh syarikat rakaman dan produser. FiF bukanlah teruk sangat, banyak lagu-lagu yang masih dalam ramuan DREAM THEATER. Namun SDOIT ini lebih menyerlahkan DREAM THEATER seperti yang dikehendaki oleh penggeraknya.
Album ini merupakan album berkonsep. Disc pertama dengan dengan 5 buah lagu dengan durasi melebihi 50 minit yang berkisar tentang kehidupan dan liku-likunya. Disc kedua dengan sebuah lagu yang terbahagi kepada 8 bahagian, mencecah 43 minit menceritakan tentang 6 individu yang mengalami sakit jiwa; bipolar, post-traumatic stress disorder, schizophrenia, post-partum depression, autism, dan dissociative personality disorder.
Seperti biasa, elemen progresif DREAM THEATER menyinari di setiap lagu-lagu di dalam album ini. Cuma kelebihan album ini dari album yang lain ialah elemen Metal yang begitu menyerlah. Begitu keras. Bunyi distortion gitar Petrucci memang Metal sungguh terutamanya dalam lagu The Glass Prison, Misunderstood dan The Great Debate.
Vokal LaBrie juga begitu baik sekali. Walaupun tugas beliau adalah penyanyi semata-mata (beliau tidak contribute untuk lagu, cuma satu lirik, Blind Faith) namun penghayatan beliau terhadap semua lagu-lagu di dalam album ini begitu menjiwai.
Aku paling minat dengan lagu The Great Debate. Lagu memang best ditambah dengan lirik yang sangat excellent, berkisar tentang debat mengenai stem-cell research! Berapa banyak band yang boleh buat lagu/lirik berkisar dengan sesuatu yang kita tak berapa nak fikir macam ni?
Pada aku, ini adalah antara album DREAM THEATER yang paling strong. Sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan DREAM THEATER kerana ini bukanlah band yang senang nak dihadam. Banyak twistnya. Tetapi sekali dah terjerumus, there is no turning back!
Disc 1
1. The Glass Prison - 13:52
2. Blind Faith - 10:21
3. Misunderstood - 9:32
4. The Great Debate - 13:45
5. Disappear - 6:45
Disc 2
6. Six Degrees of Inner Turbulence - 42:02
1. Overture
2. About to Crash
3. War Inside My Head
4. The Test That Stumped Them All
5. Goodnight Kiss
6. Solitary Shell
7. About to Crash (Reprise)
8. Losing Time/Grand Finale
Personally, Blind Faith is \m/. :)
ReplyDeleteBlind Faith has similar song structure with Iron Maiden's Infinite Dreams. Starts with slow & calm, pastu, well, you know the rest. :)
Strongest album, maybe. But, the best still Metropolis Part 2. Hehehehe.
images and words satu2nya album (cd) dream theater yg aku ada buat masa ni... klu mp3 maybe la ada bbrpa kerat lagu
ReplyDeletedreamtheater ?
ReplyDeleteaku tau another day, silent man and sorrounded je...hehe
Falling Into Infinity je sesatunya album dorang yang aku senang nak hadam...lainnya adoi..
ReplyDeleteYeah, aku pun ada CD ni. Mmg betul,sekali dah terjerumus, there is no turning back!. Aku start beli CD DT selepas Metropolis Pt2 sampai la ni. Yang kreatifnya, diorang buat lagu cerita bersambung-sambung pasal group terapi A.A. dari album SDOIT hinggalah album terkini.
ReplyDelete