Anak aku yang bongsu, Isa (english name: Jesus), 2-3 hari ni batuk kuat.
Sebelum ni batuk macam tu juga. Pergi jumpa doktor. Doktor suspek asthma. Bagi ubat asthma. Alhamdulillah reda. Apa? Korang tak tau asthma pebende? Malas nak explain.
Kali ni kena bagi ubat yang sama, tak kurang-kurang pulak batuk. Makin teruk ada la. Terutamanya malam. Susah betul dia batuk. Sampai terdesak bahu dia ketika batuk. Imagine, budak tak cukup 3 tahun batuk macam tu.
Akhirnya, aku bawak ke Tea Tree Surgery klinik pagi tadi. Doktor kata mungkin asthma. Mungkin pneumonia. Dia tak boleh nak decide. So beliau refer ke Benson Radiology untuk X-Ray.
Aku balik. Beberapa minit kemudian, doktor tu call aku kat rumah. Dia dah tengok X-Ray tu dan dia suspek pneumonia iaitu agak kritikal berbanding dengan asthma. Dia kata, better pergi ke Modbury Hospital, Emergency Department. Kelam kabut le aku. Kali ni aku pergi bawak wife pulak sebab ada kemungkinan kena admit.
Doktor kat Modbury Hospital pun tengah buat testing nak determine apa penyakit. Ikut X-ray pun tak berapa jelas.
Penyudahnya... kena admit. Bermalamlah wife aku dengan Isa di hospital. Tiadalah bantal pelukku malam ni... (rasa syahdu pulak).
Tapi menunggu di hospital, satu penyeksaan. Hampir 4 jam menunggu untuk admittance. Memang kat sini emergency kena tunggu lama. Ramai orang komplen. Aku dah lupa kat Malaysia camana. Rasa aku takde la lama macam ni. Ke camana?
Moga Isa sihat esok insyaAllah. Kalau takde perubahan dia kena transfer ke Women & Children Hospital pulak. Berat punya kes.
insya-allah nanti isa akan sihat... aku pun kesian tgk hg.
ReplyDeleterasanya sama saja kat mana2 pun kena tunggu kat ED (emergency dept) mmg lama. hg kena triage dulu, 1 to 4 kot, 1 tu tahap trauma la kena tgk segera, 4 tu lebih baik blk umah or pergi clinic private. selalunya bebudak/paeds cases cepat sket dr akan tgk.
dulu kat sini, anak aku yg 1st jatuh kena bucu meja berdarah teruk, tapi mcm superficial jer, kami pun p la ED, kena tunggu lama jugak (walaupun kami keja kat spital tu!) last2 kami self discharge, mintak dressing sket, buat sendiri. aiman ada la parut kat tepi mata kanan sebab ni...
Semoga Isa cepat sembuh.
ReplyDeleteSemoga Allah memberi kesembuhan kepadanya dan memeliharanya dari sebarang kemudaratan.
ReplyDeletesian..semoga cpt smbuh...usahakn la supaya cpt baik..=)
ReplyDeleteSemoga Isa cepat sembuh!!
ReplyDeletekl after hours or weekend mmg lame gle. sume kes masuk emergency
ReplyDeleteso far aku xdek kne tggu berjam2 ag so ok r
semoga Isa cepat sembuh.
ReplyDeleteteringat masa aku Form 1 dulu, eksiden kena langgar ngan keta masa berjalan kaki nak ke masjid.
Dalam berdarah2 hampir2 pitam, dekat 2 jam baru dapat xray.
aku ada asthma.... errr tapi tak la severe sangat... doktor kata kalau budak2 ni ada tanda nak dapat asthma nanti kalau ada maqsa bagus suruh drg p swiming.. alasannya utk kasi kuat paru2.... so, bila dia besar nanti selain boleh menjadi atlit renang dia juga tak dapat asthma tu.... satu perkara yang menyebabkan dia asthma tu mungkin pasal selsema dia... kerana kalau aku, kena selsema then ada hingus. he.. hingus tu yang buat asthma ni keluar..... apa2 pun semoga anak ngko cepat sembuh
ReplyDeletedulu aku ade asthma.... bapak aku leh bagi daging unta kat aku... terus ilang....
ReplyDeleteanak aku yg kecik nih pon ade... aritu kene.. dia nyer lendir dalam tekak banyak... tak reti nak buang... care dia buang... dia muntah...
harap anak ko sembuh segera... begitu jugak anak aku..
semoga isa cepat balik bersama bantal peluk lu..
ReplyDeleteabg ben,
ReplyDeleteanak aku biasa dpt ni..dan skang dah kurang saspennya kalo diorg start batuk2..
adakalanya berakhir dgn admit...dan ada juga sembuh ngan obat ja..
kawan-kawan,
ReplyDeleteterima kasih atas kata2 perangsang korang. InsyaAllah ISA will rise again!
coobaan...
ReplyDeletesemoga Isa cepat sihat...
ReplyDeleteanak anda adalah amat sgt comelll..semoga cpt sembuh
ReplyDeleteAslmkm..
ReplyDeleteAs'alullahal 'azim Robbil 'arsyil 'azim an-yasyfiyahu..
Moga Allah sembuhkan isa..
Sobar na..
berat mata memandang, berat lg bahu memikul.. kami doakan Allah mudahkan semua urusan tuan..