Friday, December 18, 2009

Kenapa susah dapat anak?

Ni jawapan saintifik. Saintifik ni bukan penentu (hakiki). Yang hakiki ialah apa-apa yang Allah s.w.t. dan RasulNya katakan.

Namun kitaran hidup kita berkisar kepada asbab. Asbab tu apa? Kita nak kenyang, kena makan nasi contohnya. Jadi, nasi itu adalah asbab kepada kenyang. Sunnatullah, kita kena makan untuk kenyang. Namun kenyang atau lapar tu Allah s.w.t. yang bagi. Boleh aje Allah s.w.t. bagi kenyang tanpa asbab (rujuk kisah Ashabul Kahfi yang ratusan tahun tidur dalam gua tak mati pun atau kisah Nabi Yunus a.s. dalam perut ikan selama 40 hari).

Setelah kita memahami ini, mari kita lihat apakah antara punca kita susah nak dapat anak. Walaupun dah usaha dan doa. Mungkin juga kita skip bab asbab yang penting yang menyebabkan antara kita susah nak dapat anak.

Dongeng:
Hanya wanita je yang patut risau tentang merokok dan mengandung.

Fakta:
  • Lelaki yang merokok lebih berisiko menghadapi masalah kesuburan. Sperma yang dihasilkan oleh perokok berbentuk ganjil dan kurang mobiliti daripada mereka yang tidak merokok. Sperma yang terhasil juga kurang dan pengeluaran hormon testosterone adalah terkesan dengan kandungan chemical dalam rokok.
  • Bila seseorang wanita mengandung, asap rokok dari suaminya akan mengakibatkan bayi yang dilahirkan kurang berat dan lebih berkemungkinan menyebabkan bayi mati selepas kelahiran. Ini mungkin disebabkan oleh wanita tersebut terdedah kepada asap rokok ataupun kerosakan sperma.
diambil dari risalah Men Who Smoke, The Facts, reproduced from Quit WA, Population Health Division, Dept. Of Health, Western Australia.

Diterjemah secara bebas untuk KRENMAUT.

Untuk lagi-lagi fakta berkenaan tentang Smoking & Fertility, google je...

p/s: Terbaca risalah ni masa menunggu appointment Isa dengan doktor. Kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang menghadapi masalah nak dapat anak dan pada masa yang sama, merokok, mungkin puncanya dari tabiat diri sendiri. Kepada sahabat-sahabat yang belum berumahtangga, berhentilah merokok sebelum nikah untuk elak diri dari dipersalahkan. Jadikan tahun baru ini lembaran yang baru dan bermakna (bukan takat doa awal /akhir tahun yang kosong je).

5 comments:

  1. brapa ramai geng2 bloggers yg dah quit smoking dan yg akan bernawaitu azam thn baru quit smoke? harap2 berjaya dgn warna2 terbang

    ReplyDelete
  2. doakan aku...
    pertama akali dapat berenti lebih daripada 2 hari. TOTAL.

    penuh poket aku ngan chewing gum dan cokelat. jangan kena kencing manis sudah....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah saya memang tak smoking. ada le dolu-dolu zaman bebudak kejap...untuk rakan2 yang nak berenti wish u all the best.



    abang Ben, lawa ah banner kalajengkings tu.

    ReplyDelete
  4. Aslmkm..

    -Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan: 74)

    selamat majujaya berhenti merokok.. :)

    ReplyDelete
  5. Berhenti merokok memang payah. Tapi kalau berjaya...tu dah kira satu pencapaian terbaik...Selamat Tahun Baru Bro...

    ReplyDelete