Thursday, December 24, 2009

Bersama koala di Cleland Wildlife Park

Setelah sekian lama kena pujuk dengan wife, akhirnya hari ni aku menyerah kalah.

Kita ke Cleland Wildlife Park, yea!

Dari rumah mengambil masa dalam 30 minit drive nak sampai. Merentas Adelaide Hills, perjalanan yang mendaki bukit bukau dan jalanraya seumpama ular melingkar.

Negara maju macam Australia ni bab conservation of wildlife dan environment memang le maju. Sistematik dan teratur. Malas nak komplen pasal Malaysia ;)

Kalau nak ke sini, pakai baju tebal sikit sebab sejuk. Kat bawah tadi panas tapi bila sampai kat Park ni, rasa sejuk. Grrr... aku ingat panas sampai ke atas. Outfit aku summer.

Berbeza dengan Adelaide Zoo, kat sini binatang-binatangnya dibiarkan bebas (kecuali yang menggigit le).


Tiket untuk family (2 adults + 2 children = $43.50) tambah anak pompuan above 4 years old = $9 (dan yang bongsu = free) so jadi berapa eh... tolong tekan calculator.


Masuk-masuk gate je ada keeper tengah demonstrate ular kat pengunjung. Ular sawa ke apa aku tak sempat nak tangkap.

Emu yang dibiarkan bebas berkeliaran.

Itik-itik exotic yang terkedek-kedek manja datang apabila dihulur makanan (yang dibeli di kaunter $3 sepeket)

Tasmanian Devil! Ala binatang yang dalam kartun Looney Tunes tu... Dia punya mengilai memang setan habis! Takut wooo... malang sekali masa ni depa dok tengah senyap.

Meh la wehhh... jangan la segan-segan... Datang jauh ni...

Luas juga Park ni. Dalam brochure, amik masa 3 jam nak cover semua. Memang betul pun. Aku tertipu dengan map. Nampak kecik je, padahal luas.

Kangaroo antara binatang yang menarik perhatian. Ye la, menatang native Australia. Tempat lain mana nak cari?

Yang ni jinak sikit. Kangaroo dan joey (anak kangaroo). So sapa nickname joey tu, elok le tukar ;)


Dalam hati ada taman bunga....

Potoroo. Dibiarkan merata kat park ni. Wife aku geli. Tiba-tiba je muncul tengah jalan. Imagine, tikus sama size dengan arnab tiba-tiba melompat tengah jalan. Tapi aku rasa cute lak. Nak bela boleh?

Koala. Satu lagi menatang native Australia yang tak leh nak cari kat tempat lain. Antara cita-cita wife aku kat Australia ni. Nak pegang koala. Sudahla... amik gambar orang tak cun. Gambar dia, I amik cun (tuju kat wife). Tak nak letak kat blog I (sambil toleh tempat lain). Nak merajuk lak rasa...

Cute kan? Rasa nak peluk-peluk je. Tapi kami dibenarkan untuk sapu-sapu kat belakang bawah je. Pantang koala ni sapu kat muka/kepala. Macam kita juga la. Tiba-tiba orang datang dari mana tiba-tiba sapu kepala kita, tak mengamuk?


Suka la tu (tuju kat wife)...

Sapa lagi suka?

Banyak-banyak menatang kat sini, aku rasa wombat ni la paling brutal dari segi penampilan. Rupa dia ni macam kucing + tikus yang overweight ataupun yang telah mutated. AWAS, they bite!

Sumaiyyah dah serender. Aku OK je... nak round lagi sekali pun no hal!

Ohhh nikmatnya peluk suamiku ;)

Oh nikmatnya menggesel replika kaki bewak!


Sibuk la Isa... Bapak nak posing solo pun tak leh... (nota: baju Dream Theater tour)

8 comments:

  1. tasmanina devil tu cm ganas je..lg stu wombat tuh!gile ah!!!!!

    Apsl abgben mc tkut2 je nk bg mkn kt burung kasawari tu?hahahaha..tkut kena patuk la tuh!!!hahahah...

    dalam hati ada cinta!!mmuahh!!!!!

    kem slm kt akak n anak2!

    ReplyDelete
  2. aku dah 2 kali datang usha cleland.tapi sekali pun x penah bag makan kenggeru.EEEE GELIIII!

    ReplyDelete
  3. ni kira tour terakhir sblm blk m'sia hahaha... ada jumpa kucing warna hijau x kat situ?

    ReplyDelete
  4. tuh r cleland park nih aku g ngn uni mase orientation uni dlu.

    mmg luas n berjam2 nk cover. tp puas ati r.

    ReplyDelete
  5. nanti tolong simpan apa-apa maklumat untuk kami yang nak melawat ke australia untuk melancong

    ReplyDelete
  6. wah wah best nyerr...
    animal kingdom (broken hope)

    ReplyDelete
  7. Cet Lutfie..dengar metal ganas2..bg makan kangeru pun geli...hahaha

    Best gila taman binatang kat sana..binatang pelik2 dan boleh main2..lu tak try main tinju2 sama kengeru tu?haha

    ReplyDelete
  8. menarik gak zoo sana...kalau tempat kita ada zoo haiwan bebas berkeliaran camnih kompom jd tarikan utama....

    ReplyDelete