------------------------------------------------------------------
[28/30]
Ini adalah lanjutan review bersiri IRON MAIDEN The First Ten Years CD singles.
CD kedua dalam siri ini bertajuk Purgatory/Maiden Japan yang menggabungkan dua buah singles dalam satu CD. Purgatory asalnya muncul pada 15/6/81 sementara Maiden Japan pada 8/81.
Purgatory ini adalah satu-satunya single dari album Killers. Dan single yang paling tak laku IRON MAIDEN. Dalam buku autobiography IRON MAIDEN sendiri mengatakan bahawa album Killers ni bermasalah. Vibe dari album pertama hilang. Dan expectation orang ramai pun tinggi selepas album pertama. Ditambah lagi dengan masalah Paul Dianno yang makin rockstar + dadah.
Cover single asal Purgatory adalah cover album The Number of the Beast! Baru aku tau rupanya. Dan Purgatory ni ada kesinambungannya bermula dengan potret setan dan Eddie pada Purgatory yang kemudiannya setan bersilat dengan Eddie dalam cover single Run To The Hills dan akhirnya Eddie membunuh setan tu pada album TNOTB.
Dua lagu je dari single ni, Purgatory dan Genghiz Khan. Genghiz Khan adalah salah satu dari beberapa lagu instrumental IRON MAIDEN (selain Losfer Words (Big Orra) dari Powerslave dan Transilvania dari album pertama). Lagu Purgatory asalnya bertajuk Floating dan telah dimainkan sejak tahun 1976 jadi ia merupakan antara lagu terawal IRON MAIDEN.
Bahagian kedua CD ini ialah Maiden Japan yang pada asalnya diberi nama Heavy Metal Army. Tajuk Maiden Japan ini sendiri adalah sindiran kepada album DEEP PURPLE, Made In Japan. Ini adalah single accident IRON MAIDEN. Band sendiri tak mau nak rilis tapi orang Jepun nak jugak, maka rilis le jugak. Oleh sebab tak berapa hendak, maka rilisan single ni tak berapa widely available. Untuk kolektor IRON MAIDEN, single ni antara yang rare untuk didapati dalam bentuk asalnya, vinyl record.
Cover album ni pun menarik juga. Eddie dengan pedang samurainya. First time aku ternampak cover ni masa kecik-kecik dulu terus jadi minat. Nampak macho dan ganas dan Metal sungguh! Tulisan Jepun di sisi Eddie tu pun nampak menarik.
Lagu-lagu dalam Maiden Japan dirakamkan di Nagoya Jepun. Vokal Dianno masih power dalam rakaman ni. Tak seperti yang dilaporkan dalam sejarah IRON MAIDEN yang mana keadaan mabuk/dadah beliau yang peak menyebabkan suara beliau tak keluar. Mungkin ini antara sesi Dianno yang strong. Lagu-lagunya pun macam terlebih laju pulak. Mesti drummer yang terlebih excited ni.
Akhirnya speciality The First Ten Years CD ni ialah komentari Nicko McBrain yang gila-gila tu tentang kedua-dua single ni. Bermula dengan dengkuran Nicko dan terkejut dengan kata "Eh, dah start rakaman eh?"
TITLE : PURGATORY - MAIDEN JAPAN
FORMAT : CD E.P
COUNTRY : UK
RELEASE : 1990
LABEL : EMI
SERIAL # : CDIRN 3
TRACKS : 7
SPECIAL : THE FIRST TEN YEARS - 3
Purgatory - Genghis Khan - Running Free (live) - Remember Tomorrow (live) - Killers (live) - Innocent Exile (live) - Listen With Nicko! III
Standard stickered jewel case, picture CD,collecting all vouchers available in each UK edition you got a limited edition box to contain the complete set, this opportunity was available in UK only
Purgatory - Genghis Khan - Running Free (live) - Remember Tomorrow (live) - Killers (live) - Innocent Exile (live) - Listen With Nicko! III
Standard stickered jewel case, picture CD,collecting all vouchers available in each UK edition you got a limited edition box to contain the complete set, this opportunity was available in UK only
abg ben!raRE beb!!!!!yeahh!!!
ReplyDelete