Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.
------------------------------------------------------------------
[26/30]
Semalam jam 4pm aku jumpa dengan sorang mamat ozzie kat sini yang nak trade CD. Namanya Julian. Jumpa di hadapan Woolsworth di Rundle Mall jam 4pm. Masuk yang ini, dah 3 kali kami bertransaksi. Dulu beliau seorang cikgu sekolah. Sekarang dah masuk Uni balik untuk jadi vet. Makin maju dia ni. Muka mat ofis habis (macam aku gak). Takde rupa seorang peminat Black Metal langsung (genre yang paling diminatinya). Apa yang ditukar hari tu? Aku punya DISMEMBER Death Metal CD dengan BESTIAL WARLUST Vengeance War 'Till Death CD. Aku untung sebab BESTIAL WARLUST beliau lebih rare. Yea!
Lepas tu aku ke sebuah kedai menjual CD/LP terpakai di Synagogue Place. Baru aku perasan, ada satu kuil Yahudi sedang direnovasi di situ. Lambang bintang David besar terpampang. Anyway, ini cerita kedai tu CD/LP terpakai tu, bukan cerita kuil Yahudi. Aku tak ingat namanya buat masa ni. Nanti aku ingat, aku bagitau ye.
Ada beberapa staffs orang dalam kedai. Tak tau yang mana tokey yang mana kuli sebab semuanya berumur 40 ke atas. Dah beruban. LP memang penuh kat situ. Tapi yang Metal dan Hard Rock tak le banyak sangat. Aku pun bukan nak mencari LP. Aku datang nak membrowse CD yang ada. Mana tau kot ada yang rare.
Salah sorang tokey yang agak chubby dan berambut separas bahu menegur aku ketika aku tengah berkira-kira nak membeli atau tidak CD beli 3 = $20 tu.
"You're into Death Metal mate?" tanya beliau. Aku membalas dengan senyuman je. Aku kenal dia ni memang peramah tahap gaban. Dia tak ingat aku pernah datang sebelum ni. Tapi aku ingat dia.
"Do you listen to other types of Metal?" tanyanya lagi.
"Yeah, sure... progressive, Heavy..." jawab ku.
"Let me see if I have more for you..." Dia beredar ke seksyen lain.
Beberapa lama kemudian dia datang kembali.
"How about these?" sambil menghulur kepadaku CD Nazareth, Strapping Young Lad dan beberapa keping lagi.
"Ahh... no thanks!" jawabku. Aku tak berminat.
"That's fine... just asking... thought you might have liked those" katanya sambil memulangkan kembali CD tersebut.
"You know AGRESSOR? I have that one album on vinyl... what's that call..." katanya sambil mengerutkan dahi.
"Neverending Destiny!" jawabku.
"Yes!" beliau mengiakan dengan senyuman.
"I have like these rows of vinyls at home... I got Celtic Frost... 6 of them... you know Darkthrone? I got the Blaze In The Northern Sky... when I was young, you know... when my hair was this long..." katanya sambil meletakkan kedua-dua belah tangan ke paras dada.
Beliau memerhatikan CD yang ku pegang. Dia tahu CD tersebut adalah bergenre Death Metal.
"You know when growl singer started?" tanyanya. Aku menggeleng kepala. Aku tak paham soalan beliau. "When" tu maksud tahun bila ke?
"It's the accent!"
Aku tak paham.
"You know that Metal has been global since very long and not everyone can have that standard English accent. People like in the Japan, Germany for example... Motley Crue is not even as good as Scorpions but Motley Crue sells more. Because the accent!"
"It can be funny you know..."
Aku mengangguk setuju.
"So when you growl, accent is no longer needed!" katanya dengan senyuman. Yang serius.
Aku mengangguk. Ye tak ye jugak. Kalau cakap English dengan kepekatan Jawa 90% pun akan hilang tatkala vokal digrowlkan. Ada ke kedengaran English Jawa kalau dah digrowlkan? Sudah tentu tidak!
"Dude, you're a genius!" kataku dalam hati sambil membayar CD yang kupegang tadi.
kata nak kosongkan ruangan cd kat umah..
ReplyDeletedulu aku suka benor vocal bisikan lucifer dlm king diamond dan jugak wisper glen benton (deicide).
ReplyDeleteSelain growl, suara wisper pun pelbagai kaum dpt buat tanpa fail dgn konsep 1Msia!!
Jawa growl? teringat pulak band indon undergound, dah tak hingat namanye sekarnag.
Band rudra (mamat india, Singapore kot) pun growl tak hingat punya.
oo.. aku igt sbb kang jambu2 nyanyi lagu metal, mcm xseswai je
ReplyDeleteshopping cd...
ReplyDeletebukan pasal accent ajer...kamikaze english pun boleh..bukan org paham pun bunyi butir yg di growl tu..haha
ReplyDeleteaku selalu terpikir kenapa susah payah buat lirik...sedangkan kalau takat vocal growl tu...lirik huwa..huwa..sampai satu album pun boleh...hehe
Tu la... aku ingat kalau tak de lirik pun tak pe.. huuuaaaa!! huuuaaa!! sampai abis...
ReplyDeletebetul jugak tu. kadang2 aku sampai tak paham bila dah growl, kena lcari lirik gak
ReplyDeletekorang ni tak ada kerja ke?
ReplyDeleteBalik la ngaji ngaji ke!