Saturday, October 24, 2009
Sakit tapak kaki Part I
Sebulan yang lepas, aku bangun dari tidur dan merasakan tapak kaki kanan aku sakit sangat. Nak pijak untuk berdiri pun susah. Nak jalan apa lagi. Rasa tapak kaki aku macam bengkak. Berdenyut tidak. Tetapi bila tekan je tapak kaki kanan aku ke lantai, rasa sakit gila.
Kepala aku terus teringat penyakit gout. Kebetulan semalamnya ada kenduri kambing. Makan memang tak ingat (feveret le katakan).
Aku pergi jumpa doktor. Dia check sambil godek-godek kaki aku. Aku tanya, gout ke? Dia kata tak. Kalau gout, sentuh kulit je dah menjerit sakit. Alhamdulillah kata aku dalam hati. Dia bagi painkiller. Bila makan painkiller, OK aku rasa. Tapi sepanjang sebulan tu kadang datang kadang hilang sakit kakiku.
Last week, memang tak tahan. Sakit gila. Nak berjalan memang perit sungguh. Lepas makan painkiller aku jumpa doktor kembali. Aku buat X-Ray. Dia check, takde fracture takde torn ligament. Everything looks fine. Dia hantar aku kepada podiatrist.
Podiatrist check kaki aku dan dia kata tapak kaki aku flat, jadi mudah untuk cedera. Cuma dia tak boleh nak kata apa sebab cedera (sebab aku bangun pagi je terus rasa sakit - bukannya semalam aku terseliuh). Penyudahnya, dia refer aku ke physiotherapist.
Appointment aku dengan physiotherapist, Isnin ni. So tak tau apa cerita. Maknanya, entry ni pun to be continued....
Jangan dia refer hang kat kaki potong dah la...
ReplyDeleteaku rasa mase kau muda2 dulu , mase kau dok mengangkang sambil mengoreng gitar, peha kanan engkau kene sapport berat gitar puaka engkau tuh.
ReplyDeleteJadi berat selepas itu ditransfer ke lutut kanan, ke ankle kanan dan seterusnya ke bumi melalui tapak kaki kanan engkau. Itu pasal lama2 tapak kaki kau flat.
Maka berakhirlah sudah era gitar engkau bro. Sila lah beralih ke alat2 muzik lain macam tamburin ke, angklung ke, gong ke apa yg patut.
aku sarankan pi cari pakar refleksologi urutan kaki... aku dulu lutut injured main futsal, dia urut pressure point kat ujung kaki bleh baik... migrain pun blh baik dia main urut ujung kaki tp pressure point berlainan
ReplyDeletetp cerita hang ni mcm reversed headstock... er i mean reversed order
flat foot tuh bese r, tp mcm kate azam ade kaitan ngn berat bdn or kasut ko pkai. tp npk mcm bengkak bese.
ReplyDeleteaku rs ko pkai wheelchair je r skang, ble ag nk merase naik ramp atas bas
Sakit tapak kaki tu satu perkara. Tapi painkiller tu jangan amalkan brader.. Cuma dapat hilangkan rasa sakit tanpa hilangkan punca sakit sebenar.
ReplyDeleteApa pun, biar pakar yang check..
So wht hpn ...da check x...sbb I seem to have the similar problem. ..pls share...tnk q
ReplyDeleteIt's a plantar fascitis syndrome bro. Just like me.
ReplyDeletePlantar facitis.
ReplyDeleteSalam..sy pun rasa yg sama..apa la sakit ni? Bleh wasap sy 0143772707 kamil tq
ReplyDeleteSalam..sy pun rasa yg sama..apa la sakit ni? Bleh wasap sy 0143772707 kamil tq
ReplyDelete