Monday, October 19, 2009

MEGADETH Live In Adelaide 11 Oktober 2009

Oleh: Lutfie

2 minggu lepas gig Kreator, Megadeth dijadualkan beraksi di Adelaide berkongsi stage dengan Slayer,malang tak berbau, gig ni tinggal Megadeth je sebagai headliner selepas Tom Araya hilang suara kat show mereka di Melbourne. Tapi, tour ni bukan berakhir kat situ je…

Gig ni merupakan gig terbesar aku pernah pergi berbanding gig-gig band lagenda yang lain.Besar tu maksud aku hanya pada venue dan status band tu (in my opinion). Lepas sekian lama mimpi nak tengok legend-legend thrash metal, at last, sampai masa aku dapat menyaksikan Megadeth( patut dah dapat tengok Slayer tapi menyesal macam mana pun tak guna, kena la tunggu dalam setahun dua lagi). Personally, aku menyampah dengan cancellation Slayer. Nampak sangat tak professional. I mean, at least other members of the band should have remembered the lyrics and take over the show. Hari tu jugak kantoi dek Dave Lambardo masa drum clinic beliau di HQ kelmarin (2 jam sebelum show), bahawa Slayer mungkin join Soundwave 09/10 sebagai ganti show Adelaide.

Kali ni pergi show dengan Din.Lepas masuk venue, dan beli shirt tour Megadeth yang mahal nak mampus, aku terus lepak kat stage. Opening show ni dilangsungkan oleh Double Dragon, band premiere metalcore Adelaide yang dah muak aku tengok sejak dari awal aku layan gigs di Adelaide. Support band yang totally inappropriate, they bored me to death!

Setting stage untuk Megadeth dilakukan oleh crew yang exclusively hired and brought all the way from US. Setting stage punya execution nampak sangat professional, dari setting amp sampai setting backdrop ‘MEGADETH’. Drumkit Drover paling menyerlah dari kaca mata aku yang minat tengok drummer. No question asked. Setting last minute before show sudah solid, touch up drum beat sikit-sikit, tune gitar and volume balance sikit, and everything is ready to go!.

Ada perkara yang agak annoying bagi aku sebelum show ni, crowd lambat chanting. Dalam jarak aku yang agak-agak 3 meter dari stage, beberapa pakcik ajak crowd chanting yang typicalnya memang malas nak response(ah well..).selang beberapa ketika, chanting bergema satu dewan tapi putus-putus sampai lah lampu props dimalapkan dan intro Megadeth dimainkan. Aku pun mula rasa the excitement running through my blood!.

Lagu first ‘Set the world afire’ began blasting the Megadeth set. Aku somehow tak rasa sangat vibe Megadeth masa ni sebab sound diorang jauh lebih perlahan dari sound band opening tadi. Introduction band members of Megadeth sangat epic at the beginning;macam ’Walking into the lime light’haha. Lagu ni laju tapi sebab bunyi slow, rasa excited terbantut serta merta. Sekejap-sekejap nampak Broderick suruh crew backstage naik kan volume gitarnya yang agak slow. Macam mana pun, sampai bait-bait lirik-lirik yang aku ingat dalam lagu ni aku sing along (walaupun suara sengau Dave Mustaine tak berapa nak dengar masa ni). Selain dari gasak menyanyi, band members yang nampak energetic hanya Chris Broderick dan James yang asyik menguasai stage. Mustaine nampak ‘chill’ berkeliaran atas stage( sebab dah tua kot 40 something) dan drummer surprisingly main dgn smooth and effortless (you know it when you see them play without forceful beat).

Sampai lagu ‘Hangar 18’ crowd mula mengganas. Lagu ni la yang aku punya tunggu nak sing along sebab dari banyak-banyak live show ayng aku pernah tgk dari DVD live Megadeth, lagu ni antara paling best dinyanyikan ramai-ramai. Tengah seronok sing along, crowd mula henyak orang-orang depan yang memang tak ingat dunia. Yang kat barricade kalau bukan atlit ragbi, mungkin mati lemas. Aku yang dah rasa tak sedap kena henyak, make move ke belakang dan cari port yang aman sikit.

Setlist:
Set The World Afire
Wake Up Dead
Hangar 18
Skin Of My Teeth
She Wolf
Kick The Chair
In My Darkest Hour
Devils Island
Headcrusher
Washington Is Next
Rattlehead
Sweating Bullets
Tornado Of Souls
Symphony Of Destruction
Mechanix
Peace Sells
1,320 (minus vocals)
Holy Wars
Sumber:AdelaideMetal.com










Selang beberapa lagu, dan aku pun dah serak tekak menyanyi, Mustaine explain to the crowd the ‘awkward situation’ yang terjadi pada malam tu. Megadeth terpaksa main extended set untuk ganti kan slot Slayer yang pull out pada pukul 10 pagi hari yang sama akibat Tom Araya yang kehilangan suara. Aku expect Mustaine buat lawak sinis tentang masalah ni tapi nampaknya dia lebih matang dan professional berbanding perangai-perangai beliau yang selalu nampak dalam interview-interview MTV. Crowd macam biasa, agak kecoh Slayer tapi Mustaine asyik berseloroh; ‘If you see Kerry somewhere in the crowd, ask him to come up play with us tonight coz I sent him an invitation to play with us today but still haven’t got any confirmation from him’. Lebih kurang macam tu lah Mustaine explain the situation pada crowd. Lagu ‘Kick the Chair’,‘In My Darkest Hour’ dan ‘Devils Island’ di mainkan sekali harung 3 lagu tanpa henti yang lagi buat aku rasa excited gila!. Lagu ‘in my Darkest Hour’ aku layan habis dgn beberapa line lirik/chorus yang aku ingat. Kena pulak ending dengan ‘Devil’s Island’, memang truly classick!

Dalam gig kali ni, Megadeth hanya present 2 lagu dari album baru ‘Endgame’ (aku dah beli dah), iaitu hit single ‘Headcrusher’ dan ‘1320’ yang di sajikan dengan extra surprise untuk crowd Adelaide. Mustaine nampak yakin dengan performance crowd malam tu. Sorakan ‘Death by the headcrusher…’ yang ada dalam lirik lagu Headcrusher, di ajak bersahutan dengan ‘Headcrusher!!!’ sekali dgn Mustaine. Line ‘bercakap’ lagu ni dinyanyikan secara live oleh Mustaine sendiri instead guna tape, yang mana aku rasa agak berlainan untuk band yang main live (alah macam dalam part baca doa tidur dalam lagu Enter Sandman tu ler).

Aku sebenarnya tertarik nak dengar Mustaine berinteraksi dengan crowd sebab ada laporan dari state-state lain in the show before, Mustaine tak cakap banyak. Tapi surprisingly, (mungkin sebab terpaksa cover Slayer) beliau lebih peramah. Lepas cerita macam-macam pasal cancellation malam tu, Mustaine offer crowd kalau nak Megadeth main lagu 1320 tanpa vocal. YEAAAAA….This is actually a ‘Surprise’ yang Mustaine sediakan untuk crowd malam tu and it is surprisingly ‘rare’ than any other gigs.

Antara lagu-;agu highlight yang aku tak sabar-sabar nak dengar malam tu ialah Hangar 18, Symphony of Destruction, Sweating Bullet(nak dengar Mustaine cakap sorang-sorang.haha),Headcrusher(single terbaru), Peace Sells, RattleHead(patut main dengan Kerry King tapi dia tak datang-datang)., Mechanix(kantoi nyanyi ikut lagu 4 Horsemen Metallica,hahahaha), She wolf(part solo panjang tu memang paling best, Cuma takde drum solo je macam dalam DVD Rude Awakening).Kalau nak ikut kan, semua lagu yang dimainkan malam tu best belaka and obviously, Megadeth don’t substitute quality for nothing.

Satu lagi highlight menarik gig ni adalah Mustaine marah somebody in the crowd.Hahahah. Memang terkenal Mustaine ni dgn perangainya yang ‘I do anything If I get a microphone’. Antara yng aku berjaya rakam, ada dalam video 1,320. Crowd nampak gaya memang nak tengok Mustaine ‘pissed off’ dengan pekik lolong, sumpah-menyumpah yang agak keji tapi aku hanya perhatikan gelagat Dave Mustaine yang agak rare bila sampai live show macam ni.hehe.

Lagu penutup Holy Wars adalah jangkaan yang tepat. Crowd masa tu memang all out habis boleh kata the whole standing floor (mula-mula yang belah belakang agak laid back).Aku push diri sendiri sampai ke barrier balik untuk tangkap gambar-gambar terakhir Mustaine secara dekat (dan cuba nasib capai pick/drumstick) dan dapat few good shots. Too bad tak dapat apa-apa.hahaha. Laungan ‘You’ve been great, we’ve been Megadeth!’ di penghujung lagu menandakan that’s the end of the show. Overall, it was a hell of a ripper show by Megadeth,enough said. Walau macam mana pun , aku still kecewa tak dapat tengok Slayer sekali. Mungkin tahun-tahun depan kot dengan legend-legend thrash metal lain hehe..




Skin O My Teeth


1320 Instrumental

9 comments:

  1. gua baca punyalah seronok... macam gua pulak yg facing the megadeth...!

    good job lutfie!

    ReplyDelete
  2. ahh..lupa nak kirim tshert

    ReplyDelete
  3. fullamak dh outsource dh skang

    ReplyDelete
  4. adoi..gua dapat baca review pun jadi la...

    ReplyDelete
  5. review2 yang best best best best best haha..

    kalo ada Slayer tu malam, aku tak tahu cammana excited lagik aku baca reviews ni

    ReplyDelete
  6. endgame best ke abg ben?tk dgr lg ah...

    wow...mmg peberet ah megadeth nie!syok maa klu ade kt sana..yg mmbace ni pon feel the spirit!yeah!mustaine my hero..hehe!gila ah best!!!wargh!!!the world need a heroooooo!!!!!

    ReplyDelete
  7. aik.. biasanya mustaine guna Flying V je ..
    kenapa dia guna gitar shape lain je mlm tu?

    ReplyDelete