MANOWAR punya principal, aku rasa sama macam PETRONAS. Apa-apa yang nak ditayang kat orang, mesti on high calibre, canggih dan grand. Tengok le KLCC Twin Towers dan UTP. Memang grand punya architecture. MANOWAR pun sama. Semenjak dua menjak ni, sejak MANOWAR dah ada badan korporat sendiri (Magic Circle), rilisannya mesti mau grand.
Album Gods Of War ni selain dari versi standard biasa, edisi istimewa juga tak ketinggalan. Gods Of War was also released as a limited edition in an embossed metal slipcase containing a high grade mediabook bound in leather. Ulang balik: 1. embossed metal slipcase dan 2. high grade mediabook bound in leather (kulit woii kulit!!!). Aku kalau rilisan special macam ni, selalu meleleh air liur.
Album ni ramai orang komplen sebab terlalu banyak symphony dan narration macam baca buku cerita. Lagu yang betul-betul lagu, kurang. Dari 16 buah lagu yang dipaparkan, hampir separuh je lagu yang proper. Dengan nada defensif, MANOWAR pula jawab, symphony tu pun kira Metal apa? Metal pebendenya yeop! Sikit-sikit sudah le.
Mungkin nak kenakan dengan konsep album kot yang merupakan the first of a series of concept albums dedicated to different war gods from various mythologies. Tak kisah la. Ni bukan kitab nak dibaca. Orang nak headbang sambil dengar Metal woiii...
Apapun, lagu yang proper dalam album ni tak berapa strong. Tapi apa yang buat taik telinga cair dengar ialah apabila dengar gitar solo Karl Logan. Memang gila improve dia punya solo album ni. Best gilos! Cuma potong stim, bila tengok DVD yang disertakan sekali dalam edisi ini, Karl Logan memperkenalkan gitar baru dia, yang dibuat sendiri oleh Magic Circle. Buruk seh bentuknya. Tak caya korang video tengok. Better dia stick pada Flying V dia tu.
Edisi ni memang grand la. Casing besi embossed dengan logo MANOWAR. Lepas tu buku kulit. Cuma yang tak paham tu tulisan-tulisan dalam tu pakai lettering Greek ke apa. Tak boleh baca! Cis! Apa la nak susahkan orang. Tulis huruf biasa sudah la kan. Ni sape nak translate pulak dah...
Kadang-kadang nak bagi grand tu boleh jadi silap kalau terover self-indulgence. Ye la, label pun sendiri. Sendiri bos, sendiri rilis. Takde sapa nak tegur. Kot dengan EMI atau WARNER ke, ada la yang maki-maki dulu ke sebelum rilis. Tersedar la sikit.
Apapun, album baru pun dah nak rilis. Special edition macam ni pastikan dirilis juga. Walaupun mahal, mesti ada jalan untuk dapatkan dengan murah. Deal dia, sabar dan always look around. Macam CD ni, aku trade dengan 2 CD yang aku tak nak je.
1. "Overture to the Hymn of the Immortal Warriors" – 6:19
2. "The Ascension" – 2:30
3. "King of Kings" – 4:17
4. "Army of the Dead, Part I" – 1:58
5. "Sleipnir" – 5:13
6. "Loki God of Fire" – 3:49
7. "Blood Brothers" – 4:54
8. "Overture to Odin" – 3:41
9. "The Blood of Odin" – 3:57
10. "The Sons of Odin" – 6:23
11. "Glory Majesty Unity" – 4:41
12. "Gods of War" – 7:25
13. "Army of the Dead, Part II" – 2:20
14. "Odin" – 5:26
15. "Hymn of the Immortal Warriors" – 5:29
16. "Die for Metal" (Bonus Track) – 5:16
manowar manowar,
ReplyDeletegua dah stop beli album zaman Louder than Hell lagi...lama dah...
tu tulisan tu dah macam nak pecah kod purba harta karun pulak...menyirap juga kalau nak baca pun tak paham.
itu tulisan nama runes, klu dlm dunia dungeon & dragons fantasy atau dunia tolkien itu tulisan org2 dwarf, dwarvish runes... nak translate, pi cari buku tolkien's lord of the rings atau hobbit bhgn appendix
ReplyDeletegitar logan tu mmg buruk, klu banding dgn sape (gambus org iban) aku rasa lawa lagi sape...
album ni aku tak paham dan tak masuk. cuma ada satu lagu aku suka.
ReplyDeleteskarang ngah tunggu seken Ross The Boss album.
deme udah tua...ekekkeke...lagu pon dh tua...muahahhaha..gitar pon dh pesen org tua....
ReplyDeletekesimpulannya-jadilah muda sentiasa sungguhpon tua....
rock will never die...
ReplyDeletesaya memang minta sangat dengan IRON MAIDEN. dulu lead gitaris tubuh band nama SINTHAR di Penang.
tapi skrg tinggal kenangan saja..terjumpa blog anda...teringat balik zaman rockers..he..he..sekarang zaman dah berubah...masa sudah berlalu..
namun iron maiden masih diingatan..wasted years
Minta maaf banyak-banyak dahulu Ben, cuma nak kata bahawa senikata Album Manowar in, banyak sonsangnya. Gambar pun, alahai...Rasanya tak serasi dengan orang kita. Cthnya:
ReplyDeleteNow Valhalla's calling us
Immortal
We are gods of war
Immortal
We are gods of war.....eemm..tak tahu le apa bende yang diperkatakan.
Rilis best tapi isi tak berapa best. Boleh disimpulkan macam tu ker Bang Ben?
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteabg ben, layan primal fear tak? dorg tu x bape bijak sgt tulis lirik tapi lagu dorg leh tahan gak la. suke ngan gitar dorg, energetic
p/s promote Petronas nampak..hehe
bosan ahh album ni..makin mengarut..sama macam Deaf..layan Ross The Boss lagi best.
ReplyDeleteALBUM PALING LETIH NAK DGR..HUHUU AKU DGR TAK PERNAH KHATAM..CUMA LAGU BONUS TRACK TU JER LA OK SKIT..
ReplyDeleteaku ingatkan album warriors of the world dulu dah mengarut dgn lagu2 folks mcm nessum dorma, an american trilogy... rupanya album gods of war ni lg mengarut... x enjoy langsung, xblh lawan album fighting the world, kings of metal, louder than hell
ReplyDeleteAku dah lama tak layan Manowar ni....pasal dah tak masuk kepala...Tapi rilis dia cantik tu..
ReplyDeletelawa dia punya packaging. kulit jenis apa dia guna ni?
ReplyDeletebest apa lagu2 dlm album ni.
GUa baru tingkatan dua masa lu orang rancak main gig.baru belajar tulis zine bodoh bodoh..
ReplyDelete7 headed Dragon of Pelangi - Arghhh Legend!!
gua sangat suka dengan artwork cover yang dilukis oleh mr ken kelly sejak dari album kings of metal. tapi cover gods of war sungguh mengecewakan!tapi layan gak la lagu2 dalam album ni kerana mr joey demaio. yeah! solo mr karl makin kejam!
ReplyDeletegua suka manowar kerana mereka tidak berubah!
hail and kill!