Tuesday, August 18, 2009
Ulasan: FLOTSAM & JETSAM No Place For Disgrace CD
Album kedua selepas No Place For Disgrace (NPFD) ini menyaksikan Jason Newsted (ex-Metallica) sudah pun keluar dan join Metallica. Keluarnya Jason juga memberikan wajah baru kepada FLOTSAM & JETSAM dari segi muziknya. NPFD yang lebih speed, agak celaru berubah bentuk dengan lebih fokus kepada melodik dan kelajuan yang lebih sederhana. Dari Speed Metal kepada Thrash Metal.
Kekuatan album ini sangat bergantung kepada kekuatan melodi rhythm gitarisnya Edward Carlson dan Michael Gilbert. Padu dan melodik. Ditambah dengan suara Eric AK yang mempunyai tone yang strong. Beliau memang boleh menyanyi. Bukan setakat sekadar menjerit malah boleh mencapai pitch yang tinggi tanpa hilang tune. Pada aku ini elemen yang sangat kritikal pada masa itu. Lambakan band Thrash Metal yang subpar, dengan melodi plagiat dan vokal yang tak kena menyebabkan scene Thrash Metal pada masa tu menjadi tepu.
Album ini konsisten dengan lagu-lagu yang menarik. Takde lagu filler. Kalau ada pun mungkin cover lagu Elton John, Saturday Night's Alright for Fighting, yang seolah-olah tak masuk frame album ni. Kenapa FLOTSAM & JETSAM memilih lagu ini untuk dimasukkan ke dalam album tak dapat nak dijawab. Namun tolak lagu tersebut, album ni memang konsisten.
FLOTSAM & JETSAM di dalam album ini bijak meletakkan part Thrash Metal dengan part slow intermediate di dalam lagu-lagunya. Kena sungguh. Menjadikan lagu-lagunya konsisten dan flow jadi cantik. Untuk itu kena dengar lagu No Place for Disgrace, Dreams of Death, Escape From Within dan Misguided Fortune.
Juga, jangan lupa untuk beri perhatian lebih kepada double lead guitar solo dari Michael dan Edward. Sedap sungguh!
1. "No Place for Disgrace"– 6:13
2. "Dreams of Death" – 5:39
3. "N.E. Terror" – 5:57
4. "Escape from Within"– 6:47
5. "Saturday Night's Alright for Fighting" – 3:52
6. "Hard on You"– 4:50
7. "I Live You Die" – 5:49
8. "Misguided Fortune" – 5:41
9. "P.A.A.B." – 5:32
10. "The Jones" – 4:07
suara dia pun best ni flotsam jetsam
ReplyDeletesetuju..aku memang suka vocal Eric Ak ni
ReplyDeletebetul betul betul <-- baca ikut stail upin & ipin
ReplyDeleteLamanya dah tak dengar pasal diaorang ni..
ReplyDelete