Wednesday, August 12, 2009

Islamic Awareness Week

Flyer

Aku dah lama target nak pergi sejak nampak flyer tertampal kat board tapi entah macamana boleh lupa pulak. Manusia = pelupa. Mujur masa lepas solat Zohor, nak balik ke ofis ada student senyum kat aku bagi salam lepas tu hulur flyer. Terus aku patah balik. Venue dalam satu bangunan dengan musolla.

Mungkin masa tu lunch, tak berapa ramai orang dalam venue. Ada la 3 orang Aussie tengah dok dengar explaination dari volunteers mengenai Islam tu. Yang ramai student Malaysia. Ye, memang student Malaysia ni paling menonjol dalam bab agama kat sini. Bukan student Arab. Bukan India. Bukan Pakistan.

Aku tak prepare, so tak bawa kamera. Ada beberapa booths yang display literature tentang Islam. Aku ni pantang sikit tengok kitab-kitab ni. Masa kat Malaysia dulu pun macam ni la. So setelah belek 2-3 round, aku pun beli...


Vol 1 & 2, THE CHOICE (Islam and Christianity) tulisan Ahmad Deedat. Tak kenal Ahmad Deedat? Sila ke youtube dan lihat koleksi debat beliau. Hebat debat beliau. Buku ni sempat aku baca semalam masa naik bas, pun menarik. Engrossing!

Book of the End: Great Trial & Tribulations karangan Ibn Kathir. Ibn Kathir ni terkenal dengan Tafsir Ibn Kathir tu. Tafsir tu kira kitab muktabar le. Aku cari Al Bidayah Wan Nihayah, takde pulak in translation kata brother kat booth tu. Al Bidayah Wan Nihayah tu kira first volume le lepas tu baru beliau karang kitab ni. Kitab ni bagus sebab cerita bab akhir zaman bedasarkan Al-Quran dan Al-Hadith. Sekarang ni kan macam-macam dok orang tulis bukan-bukan hal akhir zaman ni. Tak tau mana betul mana tak so moga kitab ni boleh jadi reference aku la nak check insyaAllah.

Kat bawah ni pulak, free punya.

Tafsir 10 surah terakhir.

Booklet on Rasulullah s.a.w.

terjemah Al-Quran in English

DVD tentang Islam for free!

Kat negara non-Muslim ni bagus buat pameran camnih. Tak salah aku kat Uni ni sekali setahun kot (ke 2 kali setahun). Ikut laporan pameran yang lepas ada juga student Aussie yang masuk Islam masa pameran ni. Kadang-kadang depa ni dah lama nak masuk Islam tapi tak tau camana. Time ni la nak convincedkan mereka tentang keluasan Islam dan kesempitan dunia. Moga Allah s.w.t. bagi ganjaran tak terhingga kepada volunteers pameran ni, amin!

8 comments:

  1. demmm.gua lupa lagi event ni!

    ReplyDelete
  2. Bagus ada event camni kat tempat camtu....

    ReplyDelete
  3. Wow! Buku tulisan Allahyarham Ahmad Deedat. Kat sini susah nak dapat bro, U R lucky.

    ReplyDelete
  4. mmg best jadik volunteer IAW, dr 1st yr aku wat tp cam bese xramai yg nk volunteer

    taun nih aku miss sbb UNISA miss out (atas sbb2 politik n organisasi yg kucar kacir) n aku pon dok kat hospital je

    lepak kjp arituh, mmg best sembang2!

    ReplyDelete
  5. bagus ada pameran cam gini kat negara2 islam tu minoriti kecik..

    mungkin orang2 bukan Islam yang datang pameran ni dapat lebih info yang tepat mengenai Islam dan bukan asyik baca pasal perang dan benda2 violent aje kat paper.

    ReplyDelete
  6. Seperti biasa aku memonteng event ni. Aku inggat untuk org bukan muslim je. Tak terpikir plak ke-relevan-nan-nya kpd aku. Next taim iA aku try gi la gini.

    ReplyDelete
  7. metal metal jugak....agama dilupa jangan,..kan abg ben?

    ReplyDelete
  8. banyaknye mende free. semua free!

    ReplyDelete